Search This Blog

Monday, June 5, 2017

# makan # resepi

Resipi Bendi Goreng Belacan

Bila awak seorang anak dara yang nak berjimat-cermat dan tahu nafsu diri sendiri bila pergi ke bazar Ramadhan *yang suka membazir* adalah lebih baik memasak sendiri di rumah. Resepi bendi goreng belacan yang Mya nak share ni pun bukan susah mana nak dimasak. Bahan-bahan pun simple sangat. Ceritanya, kebetulan masa ke Pasar Tani pada pagi Sabtu lepas Mya ternampak ada gerai yang menjual kacang bendi ni. Jadi, Mya dengan rajinnya membeli. Kononnya, dah lama sangat tak makan ulaman ni. Maka, tercetuslah idea nak masak bendi goreng belacan.


Resipi Bendi Goreng Belacan


Bahan-bahan:
Bendi *potong serong
Cili Api Hijau *boleh campurkan dengan yang merah
Belacan
Bawang Merah
Garam / MSG
Cili Merah *optional
Fishball belah empat *optional
Telur *optional

Bahan-bahan | Resepi Bendi Goreng Belacan

Cara:
Tumbukkan cili api, belacan dan bawang sehingga lumat.
Tumiskan bahan yang sudah ditumbuk tadi hingga naik bau. Tuang suku cawan air untuk membuat kuah. Kacau sebati.
Masukkan fishball dan gaulkan. Masukkan pula garam secukup rasa.
Masukkan bendi dan cili merah dan gaulkan sebati hingga bendi masak elok.
Boleh masukkan telur jika mahu, dan kacau sehingga semua bahan sebati.


Untuk resepi diatas ni, ada juga yang suka masukkan ikan bilis atau udang kering semasa menumis. Untuk menambah rasa, katanya. Terpulang kepada selera masing-masing. Oh ya. Mya tak gunakan MSG ya. Itu untuk yang sudah biasa gunakan MSG dalam masakan. Tapi, sebaiknya, elak-elakkanlah ya.

3 comments:

  1. Hi Ucing singgah dari segmen mia liana (^_^).Selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. simple tapi menyelerakan..

    ReplyDelete