Search This Blog

Saturday, June 24, 2017

# personal

Kisah duit raya lima kupang

Assalamualaikum w.b.t dan salam 29 Ramadhan kepada semua. Insya-Allah, hari ni merupakan hari terakhir kita menjalankan ibadah puasa. Semoga semuanya baik seperti yang diharapkan. Ada yang masih on the road, dalam perjalanan balik ke kampung ke tu? Merisik khabar dari berita trafik, masih berjuta kereta di atas jalan hingga ke saat ni. Moga semuanya bertabah. Apa kata sambil-sambil tu kita kenang balik zaman beraya muda mudi dulu? Dengan kisah baju rayanya, kisah duit rayanya, kisah saudara mara sepupu sepapat dan banyak lagi. Tapi, untuk entri yang ni, Mya nak kongsi sikit kisah duit raya masa Mya masih kecil dulu. 

Kisah Duit Raya Lima Kupang


Mya dari kecil lagi suka balik ke kampung belah sepupu my dad di Pulau Tiga. Memang tiap tahun kena balik. Kalau tak balik tu, rasa macam tak lengkap raya. Both Mya and Cik Lyn *my closest cousin* pun rasa macam tu. Tapi, matlamat kami lain-lain la. Masa kecil-kecil dulu memang kepala ingat duit raya je. Sebab bila balik kampung di Pulau Tiga, ramai pakcik dan makcik yang rajin hulur duit raya. Boleh la nak dapat cecah berpuluh juga dalam satu rumah tu sahaja. 

Tapi itu cerita dululah. Masa kami kecil-kecil. Bila dah besar ni, Cik Lyn suka balik sana sebab dia boleh perasan muda tiga empat tahun *nasib lah kau tak suka baca blog aku. gelak jahat* Disebabkan kami berdua berbadan agak kecil molek dan muka pun tak berubah sejak masuk sekolah menengah sampailah sekarang, orang sangkakan kami baru habis sekolah. Mya pulak suka balik kampung sebab dapat makan masakan kampung. Yelah, dah balik ke KL nanti mana nak dapat makan puyuh goreng free kan?

Kisah duit raya lima kupang
Okey, kita balik kepada cerita asal pasal duit raya yang pernah Mya dapat. Lebih kurang sebelas tahun yang lepas. Mya temankan adik Mya dan sepupu-sepupu lelaki yang masih kecil ni beraya di sekitar kawasan rumah pakcik Mya. Adik-adik yang seronok dapat kaki ni habis mengetuk semua rumah yang nampak berpenghuni dengan niat nak duit raya. Mya pun ikutkan sajalah.

Tiba di satu rumah ni, makcik yang menyambut kedatangan dan melayan kami pun tersenyum bukan main lagi. Macam biasalah. Bukannya mereka bertiga ni berniat nak beraya pun. Sekadar nak kumpul duit raya sahaja. Makan pun sekadar nak bermanis muka je. Tak sampai sepuluh minit, sepupu Mya pun dengan gagah dan beraninya minta izin nak balik dan beraya di rumah jiran-jiran yang lain pulak.

Bukan main senyum lagi semua bila makcik tu suruh kami tunggu sekejap kerana dia mahu berikan duit raya. Terbayang-bayang muka excited semua orang masa tu. Yelah, tengok rumah bukan main cantik. Zaman tu pun orang dah mula beri sekurang-kurangnya sekeping duit kertas RM1. Mesti makcik ni bagi banyak. Semua berbisik dalam hati.

Sekali, hamek kau! Makcik ni keluar dengan satu bekas gula-gula yang penuh dengan duit syiling di tangan. Masa ni, semua dah tarik muka ketat. Makcik tu pulak yang senyum sampai ke telinga. Mungkin beliau bangga kerana telah berjaya prank kami empat beradik *sampai hati makcik*. Disebabkan Mya paling tua, Mya dapat dua keping duit syiling 50 sen. Adik-adik pulak dapat sekeping 50 sen masing-masing. Tak cakap banyak, laju je masing-masing keluar dari rumah makcik tu.

Bila kami pulang ke rumah petang tu, pakat satu rumah gelak besar pada kami yang balik dengan duit 50 sen dalam sampul masing-masing. Terus je pakcik cakap : "Tu petanda dia taknak korang datang raya rumah dia dah tahun depan kot. Tak makan terus nak duit raya. Padanlah muka!". Terus malu kami semua. Oh, makcik! Why you did this to me? 

Kisah duit raya
Tapi, Mya belajar something berharga masa tu. Amalan beraya rumah jiran ni dah jarang dilakukan dalam zaman sekarang. Sebab tulah kadang-kadang duduk sekampung pun tak tahu apa si A ni buat, si B ni sakit apa. Tapi, Mya sendiri pun dah segan nak beraya rumah jiran sekampung sejak lepas PMR *facepalm*

2 comments:

  1. Hahhahahah comel gila semua tak baik tau makcik tu 50sen jee.bebudak skrg lg la kemain semua nak duit raya 10,20 je

    ReplyDelete
  2. hahaha. hadoi kelakar lah makcik. tapi pernah jugak dapat. taktahulah sengaja letak atau dia anggap sedekah. rm10.15. pelik kan?

    ReplyDelete