Search This Blog

Friday, June 30, 2017

# personal

Biskut raya yang paling dinanti

Siapa kat sini yang masih bermood raya? Of courselah. Raya kan sebulan. Dah masuk kerja pun Mya masih bermood raya ni. Bukan apa. Biskut raya yang paling dinanti setiap tahun masih tak sampai ke dalam perut ni. Amboi Mya. Beria-ia sangat ni. Sebab sejenis biskut raya je sampai buat entri. Mestilah. Sebab biskut raya yang paling dinanti ni hanya makcik Mya je boleh buat kena dengan tekak Mya dan ayah. Biskut apa? Biskut Makmur nama dia.

biskut raya yang paling dinanti | sumber gambar : google

Biskut raya yang paling dinanti : Biskut Makmur

Setakat biskut makmur, kat mana-mana pun ada dijual, kan? Tapi, tak akan pernah sama resepi tradisional dan resepi yang dah divariasikan. Bentuk biskut makmur pun dah berubah. Ada yang bujurlah, bentuk daunlah dan bentuk macam-macam lagi. Siap ada yang variasikan rasa lagi tu. Mya pernah jumpa yang berperisa pandan *airmataku menitis di pipi* Tak salah pun nak variasikan rasa dan rupa. Cuma nilai tradisional tu dah tak ada.

Mya sukakan biskut makmur yang dibuat makcik sebab resepi tu turun-temurun dari arwah opah. Walaupun kakak ipar sepupu cuba buat macam makcik buat, rasa dia takkan pernah sama. Cerewet kan? Bab tu, Mya mengaku. Mya dengan ayah memang agak cerewet. Kalau beli kat kedai pun, ayah tak akan sentuh banyak. Mungkin sebab tak dapat rasa air tangan makcik atau istimewanya resepi arwah opah. Bagi Mya pulak, kebanyakkan makmur yang Mya beli di kedai, rasa minyak sapinya kurang atau saiznya terlalu kecil. Ada jugak yang inti kacangnya terlalu 'kedekut'.

Apa-apapun, semoga Mya berjaya belajar cara membuat biskut makmur sama macam resepi arwah opah. Kalau bukan Mya, siapa lagi yang nak sambung legasi resepi arwah kan?

No comments:

Post a Comment