Search This Blog

Friday, June 30, 2017

Biskut raya yang paling dinanti

10:23 AM 0 Comments
Siapa kat sini yang masih bermood raya? Of courselah. Raya kan sebulan. Dah masuk kerja pun Mya masih bermood raya ni. Bukan apa. Biskut raya yang paling dinanti setiap tahun masih tak sampai ke dalam perut ni. Amboi Mya. Beria-ia sangat ni. Sebab sejenis biskut raya je sampai buat entri. Mestilah. Sebab biskut raya yang paling dinanti ni hanya makcik Mya je boleh buat kena dengan tekak Mya dan ayah. Biskut apa? Biskut Makmur nama dia.

biskut raya yang paling dinanti | sumber gambar : google

Biskut raya yang paling dinanti : Biskut Makmur

Setakat biskut makmur, kat mana-mana pun ada dijual, kan? Tapi, tak akan pernah sama resepi tradisional dan resepi yang dah divariasikan. Bentuk biskut makmur pun dah berubah. Ada yang bujurlah, bentuk daunlah dan bentuk macam-macam lagi. Siap ada yang variasikan rasa lagi tu. Mya pernah jumpa yang berperisa pandan *airmataku menitis di pipi* Tak salah pun nak variasikan rasa dan rupa. Cuma nilai tradisional tu dah tak ada.

Mya sukakan biskut makmur yang dibuat makcik sebab resepi tu turun-temurun dari arwah opah. Walaupun kakak ipar sepupu cuba buat macam makcik buat, rasa dia takkan pernah sama. Cerewet kan? Bab tu, Mya mengaku. Mya dengan ayah memang agak cerewet. Kalau beli kat kedai pun, ayah tak akan sentuh banyak. Mungkin sebab tak dapat rasa air tangan makcik atau istimewanya resepi arwah opah. Bagi Mya pulak, kebanyakkan makmur yang Mya beli di kedai, rasa minyak sapinya kurang atau saiznya terlalu kecil. Ada jugak yang inti kacangnya terlalu 'kedekut'.

Apa-apapun, semoga Mya berjaya belajar cara membuat biskut makmur sama macam resepi arwah opah. Kalau bukan Mya, siapa lagi yang nak sambung legasi resepi arwah kan?

Saturday, June 24, 2017

Kisah duit raya lima kupang

11:47 AM 2 Comments
Assalamualaikum w.b.t dan salam 29 Ramadhan kepada semua. Insya-Allah, hari ni merupakan hari terakhir kita menjalankan ibadah puasa. Semoga semuanya baik seperti yang diharapkan. Ada yang masih on the road, dalam perjalanan balik ke kampung ke tu? Merisik khabar dari berita trafik, masih berjuta kereta di atas jalan hingga ke saat ni. Moga semuanya bertabah. Apa kata sambil-sambil tu kita kenang balik zaman beraya muda mudi dulu? Dengan kisah baju rayanya, kisah duit rayanya, kisah saudara mara sepupu sepapat dan banyak lagi. Tapi, untuk entri yang ni, Mya nak kongsi sikit kisah duit raya masa Mya masih kecil dulu. 

Kisah Duit Raya Lima Kupang


Mya dari kecil lagi suka balik ke kampung belah sepupu my dad di Pulau Tiga. Memang tiap tahun kena balik. Kalau tak balik tu, rasa macam tak lengkap raya. Both Mya and Cik Lyn *my closest cousin* pun rasa macam tu. Tapi, matlamat kami lain-lain la. Masa kecil-kecil dulu memang kepala ingat duit raya je. Sebab bila balik kampung di Pulau Tiga, ramai pakcik dan makcik yang rajin hulur duit raya. Boleh la nak dapat cecah berpuluh juga dalam satu rumah tu sahaja. 

Tapi itu cerita dululah. Masa kami kecil-kecil. Bila dah besar ni, Cik Lyn suka balik sana sebab dia boleh perasan muda tiga empat tahun *nasib lah kau tak suka baca blog aku. gelak jahat* Disebabkan kami berdua berbadan agak kecil molek dan muka pun tak berubah sejak masuk sekolah menengah sampailah sekarang, orang sangkakan kami baru habis sekolah. Mya pulak suka balik kampung sebab dapat makan masakan kampung. Yelah, dah balik ke KL nanti mana nak dapat makan puyuh goreng free kan?

Kisah duit raya lima kupang
Okey, kita balik kepada cerita asal pasal duit raya yang pernah Mya dapat. Lebih kurang sebelas tahun yang lepas. Mya temankan adik Mya dan sepupu-sepupu lelaki yang masih kecil ni beraya di sekitar kawasan rumah pakcik Mya. Adik-adik yang seronok dapat kaki ni habis mengetuk semua rumah yang nampak berpenghuni dengan niat nak duit raya. Mya pun ikutkan sajalah.

Tiba di satu rumah ni, makcik yang menyambut kedatangan dan melayan kami pun tersenyum bukan main lagi. Macam biasalah. Bukannya mereka bertiga ni berniat nak beraya pun. Sekadar nak kumpul duit raya sahaja. Makan pun sekadar nak bermanis muka je. Tak sampai sepuluh minit, sepupu Mya pun dengan gagah dan beraninya minta izin nak balik dan beraya di rumah jiran-jiran yang lain pulak.

Bukan main senyum lagi semua bila makcik tu suruh kami tunggu sekejap kerana dia mahu berikan duit raya. Terbayang-bayang muka excited semua orang masa tu. Yelah, tengok rumah bukan main cantik. Zaman tu pun orang dah mula beri sekurang-kurangnya sekeping duit kertas RM1. Mesti makcik ni bagi banyak. Semua berbisik dalam hati.

Sekali, hamek kau! Makcik ni keluar dengan satu bekas gula-gula yang penuh dengan duit syiling di tangan. Masa ni, semua dah tarik muka ketat. Makcik tu pulak yang senyum sampai ke telinga. Mungkin beliau bangga kerana telah berjaya prank kami empat beradik *sampai hati makcik*. Disebabkan Mya paling tua, Mya dapat dua keping duit syiling 50 sen. Adik-adik pulak dapat sekeping 50 sen masing-masing. Tak cakap banyak, laju je masing-masing keluar dari rumah makcik tu.

Bila kami pulang ke rumah petang tu, pakat satu rumah gelak besar pada kami yang balik dengan duit 50 sen dalam sampul masing-masing. Terus je pakcik cakap : "Tu petanda dia taknak korang datang raya rumah dia dah tahun depan kot. Tak makan terus nak duit raya. Padanlah muka!". Terus malu kami semua. Oh, makcik! Why you did this to me? 

Kisah duit raya
Tapi, Mya belajar something berharga masa tu. Amalan beraya rumah jiran ni dah jarang dilakukan dalam zaman sekarang. Sebab tulah kadang-kadang duduk sekampung pun tak tahu apa si A ni buat, si B ni sakit apa. Tapi, Mya sendiri pun dah segan nak beraya rumah jiran sekampung sejak lepas PMR *facepalm*

Thursday, June 22, 2017

Lepak Chill di TAPAK Urban Dining Street

10:37 AM 4 Comments
Tengok tajuk pun dah tahu apa yang Mya buat pada hujung minggu lepas kan? Tambah-tambah lagi awak-awak yang ada follow instagram Mya. Tak habis-habis Mya asyik berkongsi gambar dengan kawan-kawan seDiploma dulu yang Mya dah anggap macam keluarga sendiri. Kami memang sangat rapat dengan satu sama lain, sampaikan lepak dengan family pun sempoi je. Okey. Ini bukan entri nak cerita pasal kami punya friendship. Ini entry nak cerita pasal tempat bernama TAPAK Urban Dining Street ni. Masa Mya ajak kawan-kawan pergi sana lepas berbuka hari tu, ramai yang tersalah dengan SETAPAK. Jenuh jugak nak ulang nama penuh TAPAK Urban Dining Street dua tiga kali, siap bagitahu landmark terdekat dan sebagainya. 

Lepak Chill di TAPAK Urban Dining Street

TAPAK Urban Dining Street


Bagi yang tak pernah dengar atau tak tahu pasal TAPAK Urban Dining Street ni, tempat ni merupakan kawasan makan yang gunakan style open foodtruck chilling area. Mya taklah mengira dengan tempat, tapi rasanya ada lebih 20 foodtruck yang menjual segala macam jenis makanan dan minuman kat sini. Memang pelbagai. Bak kata kawan baik Mya, segala jenis makanan dan minuman di-hipster-kan. Tak kisahlah. Perut kita, kita pilih sendiri apa yang kita nak makan. Semuanya bermula jam 5 petang sampai tengah malam.

Nak cari pun tak susah. Cari guna Google Maps pun jumpa. Nak guna Waze pun tak ada masalah. Nak kata jauh sangat dari Suria KLCC pun tidaklah juga. Tapi, kalau menapak, lebih kurang sepuluh ke lima belas minit juga. Kedudukannya pun di tepi jalan sahaja. And, do expect tempat ni akan jadi sesak bila menjelang hujung minggu. Almaklumlah, dah namanya pun tempat lepak chill, kan? Agak berebut jugalah untuk dapatkan meja dan kerusi. Nampak macam banyak sudah kerusi dan meja yang disediakan. Tapi, masih tidak mencukupi.

Anyway, kalau awak masih mencari tempat lepak terbuka yang menawarkan berpuluh pilihan makanan, bolehlah cuba datang ke sini. Sambil makan, sambil layan muzik dan nyanyian dari busker yang ada di sini. Sangat chill.

Lepak Chill di TAPAK Urban Dining Street | My Familia

Wednesday, June 21, 2017

Senarai Pemenang Giveaway Raya by Mya & Friends

9:05 AM 21 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Salam ramadhan ke 26 kepada semua reader yang setia dengan blog Mya ni, walaupun jarang-jarang Mya update. Terima kasih yang tak terhingga Mya ucapkan kepada semua. Untuk entri kali ini, Mya nak umumkan keputusan akhir Giveaway Raya by Mya & Friends yang baru je tamat pada 19 Jun yakni Isnin lepas. Tapi, sebelum tu, Mya nak ucapkan terima kasih kepada 62 penyertaan yang telah dihantar dan juga kepada 5 sahabat AFB yang sudi sponsor giveaway kali ini. Dah bersedia semua? Jeng jeng jeng...


Senarai Pemenang Giveaway Raya by Mya & Friends


Tempat Pertama:
http://www.leaazleeya.com/

Tempat Kedua:
http://www.maisarahsidi.com/

Tempat Ketiga:
http://mulan-sahbanu.blogspot.my/

Tempat Keempat:
http://ciknurul23.blogspot.my/

Tahniah kepada semua pemenang yang sudah berjaya. Yang tak berjaya tu, takpe. Teruskan join giveaway atau segmen lain yang akan dianjurkan oleh kami berenam diblog masing-masing. InsyaAllah, rezeki yang ditulis untuk kita takkan salah alamat.

P/S: Diminta semua pemenang untuk hubungi Mya di Facebook Page ye

Tuesday, June 20, 2017

[LYRICS] Symphony - Clean Bandit ft Zara Larsson

10:28 AM 0 Comments
[LYRICS] Symphony - Clean Bandit ft Zara Larsson [LYRICS] Symphony - Clean Bandit ft Zara Larsson

Lyrics Symphony
Clean Bandit ft Zara Larsson


I've been hearing symphonies
Before all I heard was silence
A rhapsody for you and me
And every melody is timeless
Life was stringing me along
Then you came and you cut me loose
Was solo singing on my own
Now I can't find the key without you

And now your song is on repeat
And I'm dancin' on to your heartbeat
And when you're gone, I feel incomplete
So if you want the truth

I just wanna be part of your symphony
Will you hold me tight and not let go?
Symphony
Like a love song on the radio
Will you hold me tight and not let go?

I'm sorry if it's all too much
Every day you're here, I'm healing
And I was runnin' out of luck
I never thought I'd find this feeling
'Cause I've been hearing symphonies
Before all I heard was silence
A rhapsody for you and me
(A rhapsody for you and me)
And every melody is timeless

And now your song is on repeat
And I'm dancin' on to your heartbeat
And when you're gone, I feel incomplete
So if you want the truth

I just wanna be part of your symphony
Will you hold me tight and not let go?
Symphony
Like a love song on the radio
Will you hold me tight and not let go?

And now your song is on repeat
And I'm dancin' on to your heartbeat
And when you're gone, I feel incomplete
So if you want the truth

I just wanna be part of your symphony
Will you hold me tight and not let go?
Symphony
Like a love song on the radio
Symphony
Will you hold me tight and not let go?
Symphony
Like a love song on the radio
Will you hold me tight and not let go?

Lyrics | Symphony - Clean Bandit ft Zara Larsson

Thursday, June 8, 2017

Tips Dekorasi Rumah menjelang Hari Raya

10:32 AM 7 Comments
Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari ketiga belas kita berpuasa. Tinggal separuh bulan sahaja lagi sebelum kita aakan bergerak meninggalkan bulan penuh keberkatan ini dan menyambut Syawal. Masa ni lah kita mula mengemas dan mencantikkan rumah dan diri sendiri. Teringat masa belum bekerja dulu, pada waktu  begini, tugas Mya adalah memanjat tangga dan menggantikan langsir. Selalunya Mya dan mama akan bertukar tips dekorasi rumah sambil membeli-belah di pasaraya. Cerita pasal bekas juadah, susunan di atas meja, lapik meja dan sebagainya. So, hari ni, Mya nak kongsi sedikit tips dekorasi rumah sempena hari raya yang bukan sahaja mencantikkan, malah membuatkan rumah lebih teratur.

Tips Dekorasi Rumah

Tips Dekorasi Rumah menjelang Aidilfitri


Selalunya, bila hari raya, ada masanya ramai tetamu datang serentak pada masa yang sama. Mungkin untuk open house atau sebagai tempat berkumpul saudara mara, sepupu sepapat, dua pupu tiga pupu and the list go on. Jadi macam mana kita nak buatkan ruang rumah yang sempit nampak lebih luas dan kemas? Caranya mudah. Cari perabot pelbagai fungsi. Contohnya macam this one storage cabinet yang Mya jumpa dalam laman web Lazada sempena Riang Ria Raya 2017 ni. Bukan sekadar berfungsi untuk menyimpan barang, awak juga boleh gunakan ia sebagai meja untuk menghidangkan juadah hari raya kepada tetamu. Sangat recomended untuk ambil warna cerah atau ptih kalau rumah awak menggunakan base warna yang sama.

Storage Cabinet | Tips Dekorasi Rumah menjelang Hari Raya

Itu kalau masalah ruang rumah terhad. Macam mana pula kalau ruang rumah awak luas sampaikan budak-budak jadi gatal kaki nak berlari? Tak perlu ambil contoh jauh. Ruang hall rumah Mya sahaja sudah cukup luas untuk menjadi gelanggang futsal anak-anak sepupu yang nakal-nakal tu. Jadi, bagaimana Mya solve masalah ni? Mudah. Bila besar atau luas, kita kecilkan pula. This is how I solve my problem. Basically, awak cuma perlu cari satu hall divider yang sesuai. Tapi, Mya sangat sukakan Flabber Hall Divider yang ada dalam promosi Marhaban Ya Ramadan yang dianjurkan Lazada ni. Lebih moden dan mampu menaikkan seri rumah.

Hall Divider | Tips Dekorasi Rumah menjelang Hari Raya

So, ini sebahagian dari tips mudah untuk menghias dan mengemas rumah sempena Aidilfitri sebenarnya. Sebab, selain kita nak rumah kita nampak cantik, kita juga mahukan rumah yang kemas dan selesa untuk dihadiri tetamu. Barulah hari raya jadi lebih meriah, kan? Anyway, raya tu raya jugak. Puasa masih panjang lagi. Semoga kita sempat mengumpul keberkatan dan pahala yang berganda dalam hari yang masih berbaki ini.

Tuesday, June 6, 2017

Resepi Sambal Udang Petai

3:00 PM 4 Comments
Alang-alang dah ada kesempatan nak update ni, Mya nak share jugaklah resepi berbuka Mya semalam. Iaitu , sambal udang. Mya ni sebenarnya gilakan sambal udang petai. Tapi sebab cari punya cari kat pasar tani *dua tiga kali pusing* tapi tak jumpa petai, Mya balik jelah dengan perasaan hampa. Anyway, tak ada petai, kita buat saje sambal petai tanpa petai.  Kurang sikitlah umphh! dia. Anyway, resepi sambal udang ni pun tak adalah luar biasa sampai sedap kalah orang-orang yang dah lebih berpengalaman memasak sampai bertahun. Tapi, untuk anak-anak dara yang jarang masuk dapur tu, sila-silalah mencuba. Mudah sangat. Boleh pilih nak guna cili kering atau cili boh. Mya akan senaraikan cara memasak sambal udang petai untuk kedua-dua pilihan bahan.

Resepi Sambal Udang Petai


Bagi yang mahu menggunakan cili kering, ambil lebih kurang segenggam dan potongkan kepada beberapa bahagian. Kemudian, rendamkan dalam air panas sehingga nampak kembang. Senang cerita, biarkan sampai air dah beransur sejuk, barulah diblender. Bagi yang mahu menggunakan cili boh, mudah sangat. Cuma perlu sediakan lebih kurang 3 ke 4 sudu makan cili boh sahaja. Bajet ikut banyak mana udang dan petai akan digunakan.

Okey, jom kita tengok senarai bahan lain yang diperlukan
untuk memasak sambal udang petai ni.

Bawang merah / Bawang putih
*diblender dgn cili kering atau potong halus jika guna cili boh*
Air asam jawa *Secukup rasa*
Udang *Ikut suka*
Petai *Ikut suka*
Sos Tiram *Optional*
Garam & Gula *Secukup rasa*

Resepi sambal udang petai

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah diblender, iaitu cili kering, bawang putih dan bawang merah. Kacau sehingga naik bau.
Jika anda menggunakan cili boh pula, tumis dahulu bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan cili boh.

Masukkan air asam jawa secukupnya.
Kacau lagi hingga sebati.

Mya suka menambah sos tiram dalam masakan sambal.
Jadi Mya masukkan satu sudu sos tiram dan kacau lagi hingga sebati.

Biarkan sekejap dalam api rendah sehingga pecah minyak.

Masukkan pula udang dan petai,
gaul rata sehingga semua udang dan petai sebati dengan sambal.

Monday, June 5, 2017

Resipi Bendi Goreng Belacan

10:23 AM 4 Comments
Bila awak seorang anak dara yang nak berjimat-cermat dan tahu nafsu diri sendiri bila pergi ke bazar Ramadhan *yang suka membazir* adalah lebih baik memasak sendiri di rumah. Resepi bendi goreng belacan yang Mya nak share ni pun bukan susah mana nak dimasak. Bahan-bahan pun simple sangat. Ceritanya, kebetulan masa ke Pasar Tani pada pagi Sabtu lepas Mya ternampak ada gerai yang menjual kacang bendi ni. Jadi, Mya dengan rajinnya membeli. Kononnya, dah lama sangat tak makan ulaman ni. Maka, tercetuslah idea nak masak bendi goreng belacan.


Resipi Bendi Goreng Belacan


Bahan-bahan:
Bendi *potong serong
Cili Api Hijau *boleh campurkan dengan yang merah
Belacan
Bawang Merah
Garam / MSG
Cili Merah *optional
Fishball belah empat *optional
Telur *optional

Bahan-bahan | Resepi Bendi Goreng Belacan

Cara:
Tumbukkan cili api, belacan dan bawang sehingga lumat.
Tumiskan bahan yang sudah ditumbuk tadi hingga naik bau. Tuang suku cawan air untuk membuat kuah. Kacau sebati.
Masukkan fishball dan gaulkan. Masukkan pula garam secukup rasa.
Masukkan bendi dan cili merah dan gaulkan sebati hingga bendi masak elok.
Boleh masukkan telur jika mahu, dan kacau sehingga semua bahan sebati.


Untuk resepi diatas ni, ada juga yang suka masukkan ikan bilis atau udang kering semasa menumis. Untuk menambah rasa, katanya. Terpulang kepada selera masing-masing. Oh ya. Mya tak gunakan MSG ya. Itu untuk yang sudah biasa gunakan MSG dalam masakan. Tapi, sebaiknya, elak-elakkanlah ya.

Thursday, June 1, 2017

Rezeki Ramadhan Mya

2:36 PM 6 Comments
Alhamdulillah. Syukur ya Tuhan atas rezeki yang Kau tuliskan ke atasku. Serius Mya agak terkejut masa ternampak pengumuman pemenang Bloggers' Video Contest by Milagro Coffee tu tadi. Well, niat sebenar cuma nak habiskan masa dengan scrolling Instagram dari atas ke bawah sementara tunggu giliran nak solat di surau sahaja tadi *hehehe* 

Sebenarnya pertandingan ini dah agak lama dijalankan. Dan niat Mya semasa menyertai pertandingan ini pun sekadar suka-suka dan mahu menyokong aktiviti rakan-rakan blogger lain. Jujur. Mya langsung tak ada idea bagaimana mahu menyiapkan satu video yang menarik. So, at the end, Mya just decided untuk buat je video sebagaimana yang awak semua boleh lihat di Facebook rasmi Milagro Coffee atau pun di channel Youtube Mya.


Jadinya, bila diisytiharkan terpilih sebagai pemenang tempat ketiga untuk pertandingan ni, perasaannya, ya Allah. Gembira campur bangga sebab video kemahiran seni Mya tu terpilih. Terima kasih kepada geng #afbdotmy yang support. Dan terima kasih juga buat pihak Milagro Coffee yang memilih video Mya.

p/s: Tahniah juga buat geng #afbdotmy :
Kak Uyul dan Kak Linda yang menang tempat pertama dan kedua,

GIVEAWAY POSKAD ANIMASI AIDILFITRI BY BONDE ZAIDALIFAH

9:03 AM 3 Comments
Assalamualaikum semua. Hari ni dah masuk Ramadhan keenam? Macam mana setakat ini? Ada yang sakit-sakit ke? Buat-buat sakit? Yang demam, batuk, sakit tekak dalam bulan puasa ni,harap bersabar dan bertahan. Insya-Allah segala kesakitan tu dipandang Allah. Yang buat-buat sakit tu, lempang nak?

Anyway, Mya sebenarnya nak ajak awak semua join satu giveaway yang best ni. Sempena bulan Ramadhan tahun ini, Pos Malaysia dah tampilkan satu kelainan dalam dunia kad raya tradisional apabila menampilkan kad raya animasi yang menggunakan kaedah Augmented Reality. Atau bahasa melayunya, bila kita halakan smartphone pada kad raya ni, imej akan berubah kepada video dengan iringan muzik.

Klik banner untuk join

Nak tengok atau nak dapatkan lebih maklumat lanjut mengenai kad raya animasi dari Pos Malaysia ni? Klik banner kat atas ni ya. Nak join giveaway pun sempat lagi ni. Semoga raya kali ini lebih meriah, lebih berseri dalam dunia era teknologi yang kian berkembang. Assalamualaikum w.b.t.