Search This Blog

Wednesday, May 3, 2017

# enovel

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 13

SELAMBA NIA MENGETUK hujung jari Haqiem dengan belakang senduk kayu. Mana tidaknya, dengan tanpa rasa bersalahnya lelaki itu meratah ikan kerapu yang sudah berpenat lelah dia dan Lutfi membakarnya sejak selepas solat Asar. Boleh pulak dia tarik muka tak bersalah depan aku? Hati kecil Nia geram.

“Abang nak rasa sikit je. Nak tengok dah masak ke belum.” Senyum Haqiem penuh makna. Alasan yang dibuat-buat. 

Nia menyambut senyuman dengan senyuman, sebelum menukar riak wajahnya. Pandangannya tajam. Dia panggil tu alasan? Nia mengetap giginya rapat. Kalau tak kerana mama angkatnya juga berada di dapur tika ini, mungkin ada yang nak kena pelempang Nia Atilia si Wonder Woman.

“Ingat Nia dengan Abang Lutfi tak reti bakar ikan ke? Pergilah naik mandi ke tukar baju ke, buat kerja lagi berfaedah lagi bagus tau. Kacau kerja orang kat dapur pulak.” Balik kerja terus sibuk nak menempel kat dapur ni sakitkan hati aku pulak. Menyesal pulak tak lempang je mamat psiko ni betul-betul.

“Kamu berdua ni kalau tak bergaduh sehari tak boleh ke? Sakit kepala Mak Timah tengok perangai kamu berdua ni.” Serentak Nia dan Haqiem berpaling. Telunjuk Nia terlebih ditudingkan ke arah Haqiem yang mengangkat bahu tanda dirinya tidak bersalah. 

“Sudah-sudahlah abang oi. Tak payah la nak mengusik Nia je kerjanya. Kejap lagi tetamu sampai, tak sempat nak mandi.” Puan Sri Azizah yang masuk semula dari pintu dapur menegur lembut. Perangai kuat mengusik anak sulungnya itu memang tak dapat nak dibendung lagi. Tak kira masa dan tempat.

“I’ll be back.” Perlahan suara Haqiem berbisik. Namun cukup jelas kedengaran di telinga Nia. Laju dia menayang penumbuk di depan muka Haqiem. Baru sahaja Haqiem hendak membalas, Mak Timah berdehem kuat. Laju langkah Haqiem memanjat tangga balik ke biliknya.

Loceng pintu yang tiba-tiba berbunyi mematikan pekerjaan Mak Timah di hujung dapur. Baru sahaja dia hendak bergerak menuju ke pintu, Nia sudah terlebih dahulu mendahului. Puan Sri Azizah sekadar memerhati. Tak perlu bertanya lebih lanjut. Jika tidak Farah dan Nadia, pastinya Rafiq. Bukannya ramai tetamu yang dijemput malam itu. Sekadar makan malam biasa sebelum dia dan Syazwani ke Bali esok pagi untuk memenuhi jemputan istimewa dari sana.

“Jemput masuk.” Nia tersenyum nakal dengan suara yang sengaja dilembutkan. Rafiq yang muncul di sebalik pintu juga mengucapkan terima kasih dengan nada yang sama. 

“Nak minum apa-apa? I boleh tolong buatkan.” Nia bertanya sebaik Rafiq melabuhkan duduk di ruang tamu. 

“Tak payah nak mengada. Minum air sejuk je dah cukup. Bukannya tetamu istimewa sangat pun.” Belum sempat Rafiq mahu memesan, Haqiem terlebih dahulu memotong dari tingkat atas. Langsung Rafiq menggeleng kepada Nia sebelum gadis itu kembali semula ke dapur dengan wajah separa kelat. Tak puas hati dengan Haqiemlah tu!

Rafiq mengalih pandangan ke arah Haqiem yang sedang menuruni tangga. Ini seorang lagi tayang muka tak puas hati. Baru je nak berborak baik-baik dengan Nia, dia potong ayat aku. Takkan Nia nak layan aku macam tetamu pun tak boleh. Tak puas hati apa?

“Kau ni ada je yang tak puas hati dengan aku kan? Eh, tapi aku nak tanya. Nia tinggal sekali kat sini ke?” Huluran tangan Haqiem untuk berjabat disambut lambat. Fikirannya disapa rasa ingin tahu. 

Dahi Haqiem berkerut. Lain macam saja soalan yang keluar dari mulut kawan baiknya ni. Ni dah kenapa tayang senyum macam kerang busuk pulak? Pelik-pelik saja perangai Rafiq sejak sampai tadi. “Yes. Why?”

“Patutlah kau dah jarang balik rumah. Asyik melekat kat sini je. Ada bidadari rupanya.” Dipandang Rafiq tajam. Pantanglah Nampak perempuan dahi licin sikit. Mulalah nak buat kelakuan kurang sihat dia tu. Bukan semalam dia beritahu aku yang dia nak berubah ke? Eh, licin ke dahi anak angkat mama tu? Ah, dengan aku ikut kepala mengarut manusia sebelah aku ni!

“Ini rumah mama aku tau. Suka hati akulah. Lagipun, kalau balik rumah tu, asyik tengok muka kau je, bosan jugak. Itu pun kalau kau ada. Selalunya aku kena tinggal sorang.” Riak wajah Rafiq berubah kelat. Aku nak kenakan dia, aku yang terkena balik.

“Ke kau nak lari dari Kyra?” Sengaja nama itu disebut. Sekadar memulangkan paku buah keras. Namun, riak wajah Haqiem masih tidak berubah. Mesti dia tengah fikirkan jalan nak kenakan aku semula. Rafiq mengukir senyum kecil, tanda berpuas hati kerana berjaya mengenakan Haqiem.

“Sorry air terlambat sampai. Ingat nak hidang air kosong je tadi. Tapi, macam tak appropriate pulak.”

Nia muncul dengan dulang berisi dua gelas jus oren dalam tangannya. Dihidang satu persatu kepada Haqiem dan Rafiq yang ralit memandangnya. Giliran Nia pula yang memandang dua lelaki di hadapannya itu bergilir-gilir. Aku ni ada kacau perbincangan penting ke sampai dua insan ni tenung aku macam ni sekali?

Haqiem menarik nafas lega dalam diam. Nasib baik sahaja dia tidak menjawab soalan Rafiq tadi. Jika tidak, sampai ke hadapan Nia pun belum tentu topik itu akan berakhir. Kalau sekadar terhenti di hadapan Nia sahaja, tak mengapa. Bagaimana jika sampai ke pengetahuan mama? Mahunya kena bebel sebab masih biarkan Kyra mengganggu dirinya.

“Dah nak maghrib ni. Mama tunggu kat bilik solat.” Nia terus berlalu ke dapur tanpa menunggu. Serius semacam sahaja riak wajah Haqiem pada pandangannya. Ada salahkah yang sudah dilakukannya? Nia menggeleng halus. Apa-apa sajalah. 

“Jomlah. Nanti lambat, mama bising pulak.” Haqiem menepuk bahu Rafiq yang masih tidak putus memandang Nia. Amboi, melebih-lebih nampak!

Menanti sendirian di ruang tamu membuatkan Nia terasa sunyi sendiri. Selalunya, bila dia cuti solat sebegini, masih ada yang menemani. Kalau semasa di Hongdae, sementara menunggu Raihana solat, boleh juga dia berbual dengan teman sepejabatnya yang lain. Di rumah ini, hanya dia seorang sahaja anak dara yang ada.

Loceng rumah yang tiba-tiba berbunyi mematikan ingatannya. Farah dan Nadia rupanya. Sedikit terlewat kerana masalah kereta yang tidak dapat dielakkan. Nasib baik masih sempat sampai ke destinasi. Jika tidak, berpatah kakilah mereka nak sampai ke mari. Nadia berbaik hati bercerita tanpa diminta.

“Dia orang sebenarnya tengah solat kat atas. Tapi, kalau you guys nak jemaah sekali, rasanya dah tak sempat. Apa kata kalau Farah dan Nadia solat dalam my room?” Nadia laju mengangguk tanpa menunggu jawapan daripada kakaknya. Dia sudah terlebih selesa dengan Nia sebenarnya. Kalau ini anak angkat Mak Longnya, bermakna Nia sepupunyalah. Kenapa mesti dirumitkan keadaan?

“You know? I ingatkan you ni jenis pendiam sebab tak banyak berborak dengan orang. Tapi, bila tengok you boleh layan perangai si Nadia ni, barulah I tahu I salah faham.” Farah terus menegur Nia yang tekun menunggu mereka sebaik usai solat Maghribnya. Nia hanya senyum, tanda mengiyakan tanggapan baru Farah kepadanya.

“Anak-anak, mari turun makan semuanya.” Suara Mak Timah di hujung tangga kedengaran sayup-sayup. Nadia yang baru sudah solat menyarung tudungnya ala kadar. Farah dan Nia masih dengan perbualan mengenai kegemaran mereka yang kedengaran asing di telinganya. Dipulas pintu bilik perlahan. Pintu bilik hadapan yang sama-sama terbuka menarik perhatiannya.

Eh?

“Hai abang Haqiem, abang Fiq.” Nadia ringan mulut menegur.

Farah yang leka berbual jadi terkedu. Langkahnya juga. Laju dialih pandangan ke arah Nia yang sama-sama terdiam di sebelahnya. Cuba mencari kepastian. Tetapi, melihat wajah Nia yang serba salah tika ini, dia tahu, Nia tahu mengapa Rafiq ada di sini, malam ini. 

“Nia, you tak cakap pun dengan I yang kita ada tetamu lain.” Nada suara Farah jelas berubah walaupun riak wajahnya kekal sama. Nia menelan liur. Seram pulak tiba-tiba...

“Sorry Farah. He personally asked us to help him. Tapi, ni rancangan abang Haqiem.” Nia berbisik perlahan. Cuba memohon belas dari Farah agar dikecualikan dari dikira bersubahat dengan Rafiq. Selamba dia menjual nama Haqiem tanpa rasa bersalah. Lantaklah. Memang ini rancangan mamat psiko pun. Tapi, ni kalau dia tahu ni, dengan aku sekali bertukar jadi psiko sebab nak berdebat dengan dia.

Sunyi.

“Okey. Apa kata kita sambung perbincangan ini sekejap lagi. Sebab abang lagi takut kalau mama marah kita tak turun-turun.” Haqiem menyuarakan cadangan terbaik. Laju Nia menarik lengan Farah yang tampak masih tidak puas hati menuruni tangga. Nak jadi apa-apa, biar lepas makan. Lepas mama dah berehat dalam biliknya sendiri. Tanpa sedar, Nia dan Haqiem melepas keluh serentak.


MALAM SEBELUMNYA...

NIA MENEGUK MINUMAN COKLATNYA tanpa mempedulikan keadaan di sekeliling. Sudahlah penat dengan berkejar ke sana ke mari demi urusan projek majlis amal dan majlis resepsi Hadi, boleh pula dia diheret sama dalam permasalahan ini. Haqiem di sebelahnya juga nampaknya tidak selesa.

“Kau orang tolonglah aku. Kau sepupu yang paling rapat dengan dia. Nia pulak sama-sama perempuan. Mesti dia dengar cakap kau orang punya.” Rafiq sudah hampir mahu melutut di hadapan Nia dan Haqiem yang langsung tidak memberi apa-apa reaksi. Jika disuruh buat begitu pun dia sanggup.

Haqiem menutup mulut dengan belakang tangan, cuba menahan kuap yang mula singgah. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia mengangkat punggung dan terus berlalu pergi. Namun, memikirkan yang sedang merayu meminta bantuan di hadapannya kini adalah sahabat baiknya, dia memujuk hati untuk bertahan.

“Ini ke masalah besar yang kau cakap dalam telefon tadi? Sampai tak sempat aku dengan Nia nak balik rumah, segarkan badan dan tukar baju dulu? Kau tahu tak hari ni kami sibuk ya amat?” Beberapa pasang mata sesekali menjeling ke arah mereka. Mungkin sedikit terganggu dengan suara Haqiem yang agak meninggi. 

Nia sekadar mengisyaratkan dengan tangan, meminta Haqiem untuk lebih bersabar. Dia tahu lelaki itu kepenatan. Namun, tidak perlulah sehingga meninggikan suara di hadapan khalayak ramai sebegitu. Dia juga merasakan penat yang sama. Cubalah bertahan untuk sedikit waktu lagi. 

“Rafiq, I bukan tak nak tolong you. Tapi, I pun baru kenal you. Then, I baru dua kali jumpa Farah. Jadi, I tak rasa I orang yang sesuai untuk pujuk dia bagi pihak you.” Nia cuba menyuntik rasional dalam fikiran Rafiq.

Memang mengarut rasanya bila memikirkan Rafiq meminta dia memujuk dan menasihatkan Farah Ellyna untuk kembali menerima Rafiq dan mematahkan rancangan Farah untuk memutuskan pertunangan mereka. Kali pertama dia berjumpa Farah adalah pada majlis hari lahir Hadi lebih empat tahun lalu. Sekadar bertentang mata tanpa kata. 

Pertemuan kedua beberapa hari lepas juga begitu. Nia lebih selesa berada di dapur membantu Mak Timah daripada menyertai perbualan keluarga yang dirasakan bukan tempatnya. Berbanding Farah, adiknya Nadia lebih banyak mengajaknya berbual apabila mengetahui dia anak angkat Puan Sri Azizah.

“So, you guys tak boleh tolong?” Suara Rafiq merendah. Riak wajahnya juga berubah tidak semena. Kecewa kerana dua insan yang paling diharap-harapkan tidak mahu membantu. Mungkin ini petanda dia dan Farah Ellyna tidak berjodoh.

“Yalah, aku tolong. Tak payah nak buat muka cekodok basi tu boleh tak? Tapi, ini last time aku tolong kau. Jangan nak buat pasal lagi dah.” Riak wajah Rafiq terus berubah saat dia mendengar persetujuan dari pihak Haqiem dan Nia. Dia tahu, jika salah seorang bersetuju, dia pasti akan dapat bantuan dari kedua-dua mereka sekaligus. Sekali pun mereka sering tidak sebulu dalam pelbagai perkara.

“Betul. Sudah-sudahlah dengan perangai buaya tembaga tak cukup tanah tu.” Nia selamba menyokong. Benda salah, jangan ditegakkan benang yang basah. Kalaupun bukan semata salah sangka, jika dia yang berada di tempat Farah, dia juga akan merajuk sebegitu. Manakan tidak. Baiknya dengan perempuan mana pun tidak ada perbezaan dan batasan. Kalau ditanya, katanya sekadar kawan. Tetapi, keluar berdua berpimpin tangan. Memang teringin makan penangan. Eh, macam berpantun pula.

“Thanks, korang. Aku janji aku tak buat hal lagi. Lagipun, aku memang tengah berusaha nak berubahlah ni. Silapnya, aku terlebih baik hati nak temankan Meela hari tu. Sebab fikir yang kami berdua sama-sama dah berstatus tunangan orang.” Rafiq menunduk kembali. 

Haqiem dan Nia berpandangan. Terasa bersalah kerana menekan Rafiq yang nampaknya sedang belajar berubah demi tunang tersayang. Sepatutnya mereka menyokong usahanya itu, bukannya lagi mengutuk dan memarahi. 

“Okey, macam ni je lah. Malam esok, join us for dinner. Aku dah jemput keluarga Pak Ngah datang sekali sebenarnya. Tapi, mungkin Farah datang dengan Nadia je sebab Pak Ngah kena attend event lain. Kau jangan tak datang pulak. Ini last aku tolong ni.” Haqiem laju pamer wajah serius. Rafiq yang mendengar cadangannya itu mengangguk berkali-kali tanda faham.


No comments:

Post a Comment