Search This Blog

Thursday, May 11, 2017

# personal # travelog

Berehat sejenak di Terengganu

Assalamualaikum semua. Lama dah rasanya Mya tak up entry yang berkaitan dengan personal life Mya. Busy sikit sekarang ni. Tapi, dalam busy ni pun sempat jugak menyelit pergi kenduri seorang kawan di Terengganu. Dah alang-alang sampai di sana tu, Mya berniat ambil sedikit masa untuk berehat sekejap dari timbunan kerja yang sememangnya menanti disiapkan di office. Terus booking tiket jam 10 malam.

Sampai kat sana, dah boleh agaklah awal pagi, kan? Sempatlah Mya tumpang solat Subuh di sebuah masjid dan jalan-jalan sekitar pantai Dungun *area UiTM Dungun je* sebelum kawan Mya datang ambil. Seronok sangat tengok pemandangan matahari terbit awal pagi tu. Rasa lega sangat sebab keputusan Mya tinggalkan KL untuk sehari tak salah.

Settle je segala urusan di pagi sabtu tu, Mya dengan kawan terus ke Kuala Terengganu. Lama sangat dah Mya tak ke Terengganu sebenarnya. Boleh dikatakan lebih tiga tahun. Jadi, dah alang-alang sampai, kita menyinggah di Masjid Tengku Tengah Zaharah dulu, menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.

Dah puas ambil angin di sini, Mya terus ke Pantai Batu Buruk. Memang terasalah yang Mya dah lama tak ke sini. Banyak dah perubahan. Tapi, yang paling Mya ingat adalah reaksi kawan Mya bila tengok peniaga menjual anggur secara lambak di atas meja di kawasan sekitar pantai. Yalah. Bagi kami berdua, perkara itu sedikit uniklah. Mana taknya. Selama ni beli anggur di tempat sejuk *dalam pasaraya*



Petang tu, lepas makan kat kenduri, Mya dan kawan terus gerak ke Kemaman. Apa lagi? Kita pekena Sata dan Otak-otaklah dulu sebelum balik. Jauh perjalanan tu kita tolak ke tepi. Memang sedaplah sata di Warung Otak-otak Che Wan ni. Kalau datang Kemaman, mesti kena cuba makan otak-otak dan sata kat sini, tau.

Sekarang dah balik KL dan hadap kerja. Tiba-tiba rasa rindu pada bayu laut kat Pantai Batu Buruk. Mungkin dah patut rasanya mula rancang percutian ke pulau untuk hujung tahun ni ? Bolehlah sementara tu kita berangan je dulu.

2 comments:

  1. best jugak jenjalan KT ni.. byk tempat leh lawat..

    ReplyDelete
  2. aikk belah mana yg ada buaian tu ritu pergi takder pun hehhehe

    Jemput singgah ke blog MamaJue

    ReplyDelete