Search This Blog

Tuesday, May 30, 2017

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 14

9:11 AM 0 Comments
HADI, NIA DAN HAQIEM diam memandang satu sama lain di meja makan itu. Suasana di antara mereka tegang. Tiada siapa mahu mengalah. Dalam diam, mereka cuba membaca fikiran masing-masing. Tersilap langkah, diri sendiri yang akan menanggung akibatnya.

“Satu!” 

“Dua!”

Nia berdiri laju. Dia bertukar pandang dengan Haqiem yang senyum melebar sepertinya. Hadi yang bersandar malas pada kerusi mula buat muka menyampah. Terasa permainan yang dimulakan Nia tidak adil untuknya. 

Mak Timah yang dari tadi hanya memerhati akhirnya bersuara. “Tak apa. Biar Mak Timah yang kemaskan meja makan tu. Kamu bertiga pergi berehat.”

Haqiem laju melarang. Denda tetap denda, katanya. Bukan selalu mereka dapat bermain begini. Asyik dengan kerja dan hal sendiri. Sesekali, tidak salah rasanya jikalau mereka membiarkan Mak Timah berehat dari rutin tugasnya.

“Apa kata kita pergi main bowling?” Haqiem tiba-tiba memberi cadangan. Inilah jadinya bila kerja yang dihadap berhari-hari siap juga akhirnya. Mood mahu bergembira semakin menjadi-jadi.

“Adik baru nak ajak abang pergi hantar barang kat rumah adik.” Tangan Hadi berhenti dari mencuci pinggan yang disusun bertingkat di dalam sinki. Dipandang abangnya yang masih berada di meja makan. 

“Baru teringat. Abang ada hal sikitlah hari ni.” Haqiem laju menjawab. Rancangan yang diatur dengan Rafiq tiba-tiba mengetuk ingatannya. Nyaris sahaja dia terlupa.

“Nia?” 

Nia sekadar mengangguk setuju. Memandangkan kerjanya sudah siap, dia menurut sahaja. Haqiem yang sedang memandangnya dibuat tidak endah. Bukannya dia lupa janji. Dia cuma mahu keluar mengambil angin. Terasa dirinya sudah menjadi katak yang belum sempat keluar dari bawah tempurung.


RAFIQ MEMANDANG TEMANNYA yang sedang tekun memerhati barisan cenderamata yang tersusun kemas di dalam kedai. Bukan perkara biasa-biasa bila Haqiem mengajaknya keluar mencari hadiah. Apatah lagi, jika penerimanya adalah seorang perempuan dan Puan Sri Azizah bukanlah orangnya.

“Kau rasa apa hadiah yang patut aku bagi?” 

Ekspresi wajah Haqiem jelas menunjukkan dia sudah mati akal mahu memilih hadiah yang sesuai. Baru dia sedar, masih banyak yang dia tidak tahu mengenai gadis itu. Termasuklah benda semudah warna kegemarannya.

Satu-persatu kedai di dalam kompleks itu dimasukinya. Hendak dibelikan pakaian, dia tidak tahu saiz sebenar yang dipakai Nia. Hendak dibelikan cenderahati dengan tulisan ‘Terima Kasih’, terasa terlalu formal dan tidak kena dengan jiwanya. Akhirnya, dia kembali termenung mencari pilihan yang sesuai.

“Manalah aku tahu si Nia tu suka apa. Kenapa kau tak bawa je dia? Kan lagi senang kerja kau.” Rafiq cuba berseloroh. Namun, hanya dibalas dengan pandangan serius Haqiem.

“Kau kan selalu buat kejutan untuk semua girlfriends kau. Mesti kau tahu apa yang orang perempuan suka, Romeo.” 

Mohon terasa. Sudah bertunang dengan sepupu aku pun perangai buaya tembaga tak cukup tanahnya masih tidak dibuang. Haqiem menahan ketawa. Gelaran yang diberikan Nia untuk Rafiq sedikit menggelikan hatinya.

“Tak semuanya suka benda yang sama. Kawan-kawan perempuan aku tu typical materialistic yang kau biasa jumpa dalam drama. Aku bagi contoh paling dekat. Ellyna tu sendiri lain pulak perangainya. Dia lagi suka kalau aku hadiahkan bunga matahari tu.”

Pemberitahuan. Semua gadis yang sering keluar dengannya hanya dianggap sebagai kawan. Cuma orang lain yang sering tersalah sangka. Termasuklah tunangnya sendiri. Haqiem hanya menggeleng kecil dengan penerangan Rafiq yang agak kebudak-budakkan. 

Farah Ellyna dan bunga matahari memang tidak dipisahkan. Sejak kecil lagi sepupunya itu cukup sukakan bunga matahari. Bila ditanya mengapa bunga matahari, jawapannya cuma satu. Biarpun batangnya kecil dan sering diganggu serangga, bunga matahari masih boleh berkembang dengan mekar, besar dan cantik.

“Tapi, kenapa tiba-tiba je kau nak belikan hadiah untuk Nia? Ada apa-apa yang aku tak tahu?” Soalan Rafiq mematikan ingatan zaman kanak-kanaknya. 

“Aku cuma nak belikan hadiah tanda penghargaan dan ucap tahniah atas kejayaan projek majlis amal nanti je.” Entah kenapa dia sendiri bagaikan tidak yakin dengan jawapannya. Wajahnya seperti teragak-agak.

Rafiq buat muka tidak percaya. Sungguh, kawan baiknya itu tidak berkelakuan seperti Haqiem yang biasa dikenalinya. Haqiem yang dia kenal tidak ambil peduli dengan perkara remeh sebegitu. Setiap perbuatan yang dilakukan harus disertakan dengan sebab yang jelas. Tetapi, hari ni dia dapat melihat Haqiem bagaikan menyembunyikan sesuatu. 

“Kau ni tak membantu langsunglah. Macam tak ada fungsi aku ajak kau temankan aku.”

Sudahlah dia tidak biasa melakukan perkara sebegini, Rafiq pula tidak habis-habis mahu mengusiknya. Kalau diikutkan hati, sekarang juga dia mahu membatalkan niatnya. Tetapi, apabila difikirkan semula, itu sahaja yang mampu dilakukannya sebagai tanda berterima kasih.

“Ala, janganlah marah. Aku bergurau saja. Aku ada cadangan untuk kau. Kebetulan semalam El ajak aku ke sini juga.”

Ditolak belakang tubuh Haqiem keluar dari kedai cenderamata itu. Langkahnya diatur mendahului Haqiem menuju ke wing kanan bangunan itu. Walaupun dia tidak tahu selera Nia, setidaknya, cadangannya mungkin boleh diterima pakai. Kedai dengan papan tanda besar bertulis TOMEI itu dimasuki tanpa berlengah.


HADI MENOLAK PINTU RUMAH SELUASNYA. Rumah yang hampir lengkap dengan segala keperluan diperhati lama. Sebulan sahaja lagi sebelum dia dan Wanie bakal berpindah masuk ke sini. Entah bila Wanie datang mengemas rumah, dia pun tidak tahu. Almaklumlah, semakin dekat dengan tarikh pernikahan mereka, semakin banyak tugas yang diberikan Haqiem kepadanya. Ganti cuti berbulan madu katanya.

“Kau tunggu sini kejap. Aku angkat yang berat dulu masuk rumah.” Sekadar menunjukkan isyarat ‘OK’ dengan jari. Matanya masih menghadap telefon bimbit yang tidak lekang dari tangan. 

“Terima kasih banyak-banyak sebab kau tolong temankan aku hari ni. Dahlah dua tiga hari ni kau sibuk dengan majlis amal mama, kau tolong buat persedian majlis nikah dan resepsi aku pula. Sampai tak cukup tidur dibuatnya. Teruk kau kena buli, kan?” Suara Hadi sekejap mendekat, sekejap menjauh dek dia sibuk memunggah barang dari dalam kereta ke dalam rumah. Nia hanya tersenyum halus.

“No biggies. Janji kau doakan giliran aku pula jumpa orang yang betul-betul sayangkan aku. Macam kau dengan Wanie. Sayang each other.” Tutur Nia ikhlas. Tiada sekelumit pun rasa terpaksa saat kata-kata itu diluahkan. Dia sedar, itu yang sepatutnya dilakukan dari awal. Bukan dia jodoh yang tertulis untuk Hadi.

“Ada tu. Entah-entah dekat je dengan kau selama ni.” Hadi mengusik. 

Riak wajah Nia berubah. Well, yang dekat tu menunggu hari menjadi suami orang. Entahlah. Malas dia hendak berfikir mengenai itu buat masa ini. Amanah demi amanah yang diberikan Puan Sri Azizah sudah cukup membantu dia melupakan tujuan asal dia kembali ke Malaysia dahulu. 

“Aku dah angkat semua barang masuk. Kau tolong kemas yang di dalam rumah. Aku nak kemas barang yang dalam kereta. Bersepah dah jadinya.” Nia hanya mengangguk mendengar permintaan Hadi. Kaki yang dirasakan kian lemah dibuat tidak endah. Lagi cepat kerjanya selesai, lagi cepat dia dapat berehat. 

Kotak bunga telur yang tadinya dibiarkan Hadi di atas sofa disusun kemas di tepi kabinet televisyen. Terbongkok-bongkok dia cuba memastikan laluan di dalam rumah itu kosong dari sebarang gangguan. Bimbang pula nanti sekiranya mereka yang akan membantu membuat persiapan akhir akan berasa tidak selesa dengan keadaan rumah yang agak bersepah.

“Nia. Tolong ambilkan aku air mineral dalam kotak kat dapur.” Hadi muncul di muka pintu dengan wajah kepenatan. Jika dia sudah sepenat ini, bagaimana dengan Nia? Soalan Hadi hanya terluah di dalam hati. 

Sama-sama kehausan, Nia bangun tanpa membantah. Entah mana silapnya, saat dia berdiri untuk ke dapur, pandangannya gelap tiba-tiba. Kakinya lemah langsung tanpa tenaga. Badannya mula rebah tanpa sedar. Dunianya terasa berpusing.

“Nia!” Pergelangan tangan Nia laju dicapai Hadi. 

Namun, percaturannya tidak mengena. Buku lalinya terlebih dahulu tersadung dek kaki meja. Serentak dia dan Nia jatuh terduduk di atas lantai. Hadi dapat merasa badan Nia lemah tidak berdaya dari pegangan pada lengan Nia yang masih belum dilepaskannya. Kalau dibiarkan, mungkin tumbang menyembah lantai.

“Nia, kau okey tak ni?” Mata Nia masih tertutup kejap. 

“Aku okey. Pening sikit je ni. Tadi bangun tiba-tiba.” Dalam penglihatan yang masih kabur, Nia memaksa dirinya berdiri. Dipaut tubuh sofa sebagai bantuan. Belumpun sempat dia melangkah, tubuhnya mula rebah semula. Kakinya ingkar mengikut arahan akal.

“Kau tak okey ni. Jom balik jelah.” Lengan kiri dan kanan Nia dipegang Hadi, erat. Risau pula melihat keadaan kawan baiknya yang sebegini. 

“Apa kau orang buat ni?” Suara Haqiem yang meninggi tiba-tiba memecah kesunyian. Serentak Hadi dan Nia berpaling memandang pintu yang masih luas terbuka. Wajah Haqiem yang memerah laju menyapa.

“Nia ni. Dia...”

“I cannot believe you could break your promise hanya sebab pentingkan perasaan sendiri. You do lie to me like how you did to mama and Hadi, all just for your own good, right?” Laju kata-kata Hadi dipotong. Pandangan Haqiem tajam kepada Nia yang masih menunduk. Dia pasti, sangkaannya tepat. Membuat Nia diam tanpa jawapan.

Lengan yang masih dipegang Hadi direntap lemah. Entah dari mana datangnya kekuatan, Nia tidak tahu. Beg tangan yang disangkut pada tombol pintu diambil tanpa sebarang kata. Dia langsung tidak memandang Haqiem yang masih memandangnya.

“Chup. Apa maksud abang?” Wajah Hadi kebingungan. Sungguh dia tidak faham walau sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut abangnya. Janji? Tipu? Nia tipu keluarganya? Dipandang pula Haqiem yang tampak berang dan kecewa.

“Ini semua salah faham, Hadi. I’ll explain to you later. Encik Haqiem, saya akan jelaskan semuanya dalam kereta.” 

Nia terus memasuki kereta yang tidak berkunci tanpa menunggu jawapan dari Haqiem. Lebih lama dia berada di situ, lebih banyak salah faham yang mungkin terjadi. Dia tahu, masanya pasti akan tiba untuk dia jelaskan semuanya kepada Hadi dan Puan Sri Azizah. Tetapi, bukan dalam keadaan sebegini.

Nia memejamkan matanya rapat. Dengan kepalanya yang terasa berat, bahu pula ditimpa beban yang datang tiba-tiba. Dia harus menyelesaikan segalanya segera. Sebelum ianya meleret lebih lama. Sebelum Puan Sri Azizah dan Syazwani pulang dari Bali lewat petang esok.

Suasana sunyi di dalam Nissan Murano itu seakan menyesakkan dadanya. Sesekali, Nia mengerling ke arah Haqiem yang hanya memandang jalan. Riak wajahnya masih tidak berubah dari tadi. Sepatutnya, aku yang marah. Sebab dia yang salah faham dan naikkan suara dengan aku. Bertambah sakit kepala aku dengar dia mengamuk tadi, getus hati Nia. Tetapi, dia sedar satu perkara yang pasti. Jika dia ikut sama berkeras hati, keadaan mungkin akan bertambah buruk. Ditarik nafas sedalamnya, sebelum memulakan kata.

“Sebenarnya, tadi tu...”

“Sebenarnya apa? You tak sengaja? You unknowingly ikut perasaan you, macam tu? Patutlah bersemangat bila Hadi ajak pagi tadi.” Senafas sahaja kata-kata Haqiem. Langsung tidak memberi peluang Nia menyambung semula ayatnya. Suasana di dalam kereta kembali sunyi. 

“Encik dah salah faham ni. Saya tak ada niat macam tu. Tadi tu, saya...” Nia cuba mengawal nada suaranya dari meninggi. Api tidak boleh dipadam dengan api. Mata Haqiem telah dibutakan dengan salah sangka.

“Salah faham macam mana lagi? I nampak dengan mata sendiri. You cuba nak kata tadi tu bukan cubaan nak rampas Hadi daripada Wanie? Macam mana kalau tadi bukan I yang datang, tapi pegawai Majlis Agama Islam?” Nia hanya diam.

Dia akui, bukan sekadar Haqiem, malah orang lain pun mungkin akan tersalah anggap dengan apa yang telah terjadi. Tetapi, semua itu bukannya disengajakan. Dia sendiri pun tidak pernah menyangka yang keadaan akan menjadi seperti itu. Ini bukanlah kali pertama dia tidak cukup tidur. Malah, tenaganya masih ada sehingga kemalangan itu berlaku.

Nia menarik nafas panjang. Angin Haqiem tidak boleh dibawa berbincang. Selepas ini, dia perlu menerangkan semuanya kepada Hadi pula. Jika masalah ini tidak selesai sehingga esok, tempatnya di rumah itu sudah tiada. Nafasnya ditarik panjang sekali lagi saat rumah agam milik keluarga Puan Sri Azizah mengisi ruang mata.

“You nak pergi mana? Kita tak habis bincang lagi.” Nada suara Haqiem masih tinggi. Nia berpura-pura tidak dengar lalu melangkah laju mahu meninggalkan garaj. Melihat Nia yang buat tidak endah, Haqiem memanggil gadis itu sekali lagi dengan suara yang agak keras. Lengan Nia ditariknya kuat. Hampir sahaja Nia tergelincir di anak tangga. Riak wajah keduanya jelas tidak puas hati. Lengan yang masih dipegang Haqiem, direntap kuat.

“Enough is enough, Encik Haqiem. Saya cuba nak jelaskan semuanya dari dalam kereta tadi. Tapi, ada encik cuba dengar? All that matter, apa yang encik nak cakap dan apa yang encik nak dengar saja. Jadi, apa lagi yang kita nak bincang?”

Nia terus masuk ke dalam rumah tanpa berpaling. Sakit kepalanya sudah hilang, sakit hati pula menyusul. Geram sungguh bila memikirkan Haqiem yang langsung tidak beri ruang kepadanya untuk menjelaskan kejadian sebenar. Sekarang, apa nak jadi, jadilah.

Monday, May 29, 2017

Pilihan menyelerakan di Restoran Ikan Patin Kg. Baru

3:37 PM 2 Comments
Tak puas. Memang rasa tak puas bila makan di Restoran Ikan Patin Kg Baru pada hari Khamis yang lepas. Sebab apa? Sebab sedap sangat. Memang rasa nak menambah berkali-kali. Kena betul dengan selera Mya yang sukakan resepi ikan patin masak tempoyak asli dari Pahang. Tak rugi Mya datang mencuba selera baru di Restoran Ikan Patin Kg Baru ni. Rasa nak lagi.

Pilihan menyelerakan di Restoran Ikan Patin Kg. Baru


Patin Gulai Tempoyak | Restoran Ikan Patin Kg. Baru

Selain ikan patin masak tempoyak, ada banyak lagi hidangan lain yang disediakan oleh pihak restoran untuk para pelanggan yang datang menjamu selera di Restoran Ikan Patin Kampung Baru ini. Dari ikan bakar, masak lemak hinggalah ke hidangan ayam goreng kunyit kegemaran adik Mya, semua ada disediakan dalam pakej buffet di sini. Sampai rambang mata Mya nak pilih lauk. Nyaris buat keputusan nak makan nasi sahaja *over sangat kakak oi* Overlah sikit sebab Mya ke sana dengan hanya berjalan kaki. Tak susah pun nak mencari kedainya. Hanya lebih kurang 8 minit sahaja berjalan kaki dari Stesen LRT Kampung Baru. Sampai je kedai, bau makanan dulu yang sapa hidung. Terus rasa tak sabar nak makan.

Ikan Bakar | Restoran Ikan Patin Kg. Baru

Ayam Goreng Kunyit | Restoran Ikan Patin Kg. Baru

Kangkung Tumis Belacan | Restoran Ikan Patin Kg. Baru

Kerabu Taugeh | Restoran Ikan Patin Kg. Baru

Sempena bulan Ramadhan ni, Restoran Ikan Patin Kampung Baru menawarkan pakej buffet berbuka puasa yang sangat membuka selera dengan harga hanya RM65 bagi seorang dewasa dan RM30 bagi seorang kanak-kanak. Memang tak rugi sebab pilihan makanannya pelbagai dan tak terhad kepada masakan ikan patin sahaja. Well, manalah tahu kalau-kalau dalam kumpulan awak ada yang tak sukakan ikan patin atau sesetengah jenis makanan, kan? Pencuci mulutnya pun sedap-sedap semua. Buah-buahan ada, pudding dan agar-agar ada, kuih-kuih tradisional pun ada. Kalau nak demand masakan ala carte pun boleh sahaja. Pilih je dari seleksi menu yang disediakan.


Cerita panjang pun bunyi macam exaggerate sangat kan? Tapi, kalau tak percaya, awak boleh ajak kawan-kawan dan cuba sendiri di Restoran Ikan Patin Kampung Baru ini. Kalau nak reserve tempat awal-awal pun boleh. Hubungi terus pemilik restoran iaitu Encik Kamarul di 0182916250. Kalau nak pergi terus, just bukak apps Google Maps dan masukkan alamat di bawah ni:

63D, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru.

atau klik je Google Maps di bawah ni.



Selamat menjamu selera 😋

Friday, May 26, 2017

Giveaway Raya by Mya & Friends

12:00 PM 62 Comments
Selamat berpuasa untuk semua pembaca myafarisha.com yang disayangi. Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda. Ada RM 240 untuk awak cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, kita usha syarat dan hadiah kat bawah.


Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Follow Instagram kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow / Add FB kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow Google+ kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow blog kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
↳ Copy and Paste code di bawah dalam HTML and Publish.
↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen
↳ Selesai

*kalau awak tak ada Instagram atau FB, please do mention it dalam entry*

Hadiah :
💕 Tempat pertama : RM 100
💕 Tempat kedua : RM 70
💕 Tempat ketiga : RM 50
💕 Tempat keempat : RM 20

So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Muah cikitt.

Thursday, May 25, 2017

[LYRICS] Most Girls - Hailee Steinfeld

5:00 PM 0 Comments
[LYRICS] Most Girls - Hailee Steinfeld [LYRICS] Most Girls - Hailee Steinfeld

Lyrics Most Girls - Hailee Steinfeld


Some girls feel best in their tiny dresses
Some girls in nothin' but sweatpants, looking like a princess
Some girls kiss new lips every single night
They're stayin' out late cause they just celebrating life

You know some days you feel so good in your own skin
But it's okay if you wanna change the body that you came in
Cause you look greatest when you feel like a damn queen
We're all just playing a game in a way, tryna win that life

Most girls are smart and strong and beautiful
Most girls work hard, go far, we are unstoppable
Most girls, our fight to make every day
No two are the same

I wanna be like, I wanna be like most girls
I wanna be like, I wanna be like most girls
I wanna be like, I wanna be like
I wanna be like, I wanna be like
I wanna be like, I wanna be like

Some girls like to keep their physique real private
Some girls wear jeans so tight 'cause it feels so right, yeah
Some girls, every day searching, keep the page turning
Sleepin' in late cause they're just celebrating life

You know some days you feel so good in your own skin
But it's okay if you wanna change the body that you came in
Cause you look greatest when you feel like a damn queen
We're all just playing a game in a way trying to win that life

Most girls are smart and strong and beautiful
Most girls work hard, go far, we are unstoppable
Most girls, our fight to make every day
No two are the same

I wanna be like, I wanna be like most girls
I wanna be like, I wanna be like most girls
I wanna be like, I wanna be like
I wanna be like, I wanna be like
I wanna be like, I wanna be like

Most girls, yeah
Most girls
Wanna be, wanna be, wanna be
Most girls, our fight to make every day
No two are the same

I wanna be like most girls
I wanna be like, I wanna be like most girls
I wanna be like, I wanna be like
I wanna be like, I wanna be like
I wanna be like

Lyrics Most Girls - Hailee Steinfeld

[REVIEW] Pirates of the Caribbean - Salazar's Revenge

9:55 AM 3 Comments
To be honest, Mya bukanlah pengikut setia siri Pirates of the Caribbean ni. Even kalau tayangan semula di televisyen pun selalunya ada bahagian yang terlepas pandang atau sengaja tak nak pandang. Well, everyone knows yang siri Pirates of the Caribbean ni selalunya tak pernah terlepas dari melibatkan watak atau prop yang boleh mengakibatkan nausea. Ingat tak dulu ada siri yang tunjukkan jantung berdegup yang nampak SUPER real? Atau mungkin pakcik muka sotong yang memang Mya tak pernah teringin nak tengok muka dia sebab SUPER menjengkelkan? So, these kinds of elements selalunya membuatkan Mya rasa terbantut untuk minat sesuatu filem.

Review Pirates of the Caribbean - Salazar's Revenge


One word - Refreshing! 

Jalan ceritanya tak membosankan dan tak kelam kabut. Sangat mudah untuk difahami sebab tak ada lewah or bahagian yang tak penting. Mya langsung tak sedar yang masa dua jam dah habis macam tu saja semasa menonton filem ni. Well, to be frankly speaking, Mya ni jenis suka tengok jam untuk membandingkan penggunaan masa dan perkembangan plot *ayat konon hebat . cakap je la bosan* Tapi, semalam Mya langsung tak ingat nak usha jam, walaupun perut dah lama memulas minta carikan tandas. 

Review Pirates of the Caribbean Salazar's Revenge

NO nausea elements. Pirates of the Caribbean - Salazar's Revenge kali ini agak berbeza sedikit dari segi penampilan watak. Kalau yang geli-geli sikit tu adalah. Tak ada lah sampai bila teringat tu pun masih terasa di hujung-hujung tekak *euwww* Anyway, Salazar's Revenge berbeza sikit dari segi itu. Apa yang ada ialah hantu yang terbang, muka pucat, kepala sekerat, badan sahaja kepala tak ada *err, do I need to mention that they kill mercilessly because they are ghost?* 

Rasanya tak perlulah Mya nak mention pasal cinematography or CGI or kesesuaian watak, sebab siri Pirates of the Caribbean ni merupakan salah satu siri terbesar bawah naungan Jerry Bruckheimer, kan? Rasa macam kerdil sangat pulak nak bercakap soal tu. Lagipun, siapa je yang tak tahu kehebatan Johnny Depp bila dia dah mendalami watak. Dia buatkan watak Jack Sparrow jadi SUPER charming walaupun karakter tu sebenarnya tersangatlah annoying, pemabuk, miang, kuat ambil kesempatan dan licik *he is my kind of prince charming actually* Anthony De La Torre yang bawakan watak Jack Sparrow semasa muda pun tersangatlah bagus, sebab kita boleh rasa aura Jack Sparrow yang kita biasa tonton dalam lakonan dia.


Anyway, thanks to TV3 Malaysia yang memilih Mya sebagai salah seorang pemenang tayangan perdana Pirates of the Caribbean Salazar's Revenge. Kalau awak mencari satu filem di pawagam yang mampu buatkan awak pecah perut ketawa tak henti, atau untuk lupakan sekejap dunia kerja atau assignment yang bertimbun tu, Mya sangat cadangkan awak pergi tonton filem Pirates of the Caribbean - Salazar's Revenge ni cepat!

Tuesday, May 23, 2017

[LYRICS] Say You Won't Let Go - James Arthur

9:18 PM 0 Comments
[LYRICS] Say You Won't Let Go - James Arthur [LYRICS] Say You Won't Let Go - James Arthur

Lyrics Say You Won't Let Go - James Arthur


I met you in the dark
You lit me up
You made me feel as though
I was enough
We danced the night away
We drank too much
I held your hair back when
You were throwing up

Then you smiled over your shoulder
For a minute I was stone-cold sober
I pulled you closer to my chest
And you asked me to stay over
I said, I already told you
I think that you should get some rest

I knew I loved you then
But you'd never know
'Cause I played it cool when I was scared of letting go
I knew I needed you
But I never showed
But I wanna stay with you
Until we're grey and old
Just say you won't let go
Just say you won't let go

I wake you up with some breakfast in bed
I'll bring you coffee
With a kiss on your head
And I'll take the kids to school
Wave them goodbye
And I'll thank my lucky stars for that night

When you looked over your shoulder
For a minute, I forget that I'm older
I wanna dance with you right now, oh
And you look as beautiful as ever
And I swear that every day you get better
You make me feel this way somehow

I'm so in love with you
And I hope you know
Darling, your love is more than worth its weight in gold
We've come so far my dear
Look how we've grown
And I wanna stay with you
Until we're grey and old
Just say you won't let go
Just say you won't let go

I wanna live with you
Even when we're ghosts
'Cause you were always there for me
When I needed you most

I'm gonna love you 'til
My lungs give out
I promise till death we part
Like in our vows
So I wrote this song for you
Now everybody knows
That it's just you and me
Until we're grey and old
Just say you won't let go
Just say you won't let go

Just say you won't let go
Oh, just say you won't let go


Tuesday, May 16, 2017

I'm officially graduated!

2:29 PM 13 Comments
Bulan februari lepas, group chat Whatsapp dah start riuh balik after berbulan-bulan senyap. Sebab apa? Sebab pihak Konvokesyen UiTM dah keluarkan notis untuk para graduan sahkan kehadiran untuk istiadat Konvokesyen UiTM Perlis *masa nilah masing-masing muncul dalam group chat* 


The day has come. Finally, I'm an official graduate of Bachelor (Hons.) in Information Technology! 



Seronok jumpa balik kawan-kawan yang dah lebih setahun tak jumpa. Yang dah ada anak, yang bakal jadi ibu, yang bakal berumahtangga, semuanya ada. Lega bila semuanya dah selesai. Masing-masing pun dah berkerjaya. 

Thanks to all lecturers yang sudah mengajar kami warga #ITACLIQUE Mac 2014. Maafkan kami yang ada masanya degil, menyembang dalam kelas, tidur dalam kelas dan ada masanya terlajak tidur *alasan tak sengaja ponteng kelas*

Thursday, May 11, 2017

Berehat sejenak di Terengganu

12:39 PM 2 Comments
Assalamualaikum semua. Lama dah rasanya Mya tak up entry yang berkaitan dengan personal life Mya. Busy sikit sekarang ni. Tapi, dalam busy ni pun sempat jugak menyelit pergi kenduri seorang kawan di Terengganu. Dah alang-alang sampai di sana tu, Mya berniat ambil sedikit masa untuk berehat sekejap dari timbunan kerja yang sememangnya menanti disiapkan di office. Terus booking tiket jam 10 malam.

Sampai kat sana, dah boleh agaklah awal pagi, kan? Sempatlah Mya tumpang solat Subuh di sebuah masjid dan jalan-jalan sekitar pantai Dungun *area UiTM Dungun je* sebelum kawan Mya datang ambil. Seronok sangat tengok pemandangan matahari terbit awal pagi tu. Rasa lega sangat sebab keputusan Mya tinggalkan KL untuk sehari tak salah.

Settle je segala urusan di pagi sabtu tu, Mya dengan kawan terus ke Kuala Terengganu. Lama sangat dah Mya tak ke Terengganu sebenarnya. Boleh dikatakan lebih tiga tahun. Jadi, dah alang-alang sampai, kita menyinggah di Masjid Tengku Tengah Zaharah dulu, menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.

Dah puas ambil angin di sini, Mya terus ke Pantai Batu Buruk. Memang terasalah yang Mya dah lama tak ke sini. Banyak dah perubahan. Tapi, yang paling Mya ingat adalah reaksi kawan Mya bila tengok peniaga menjual anggur secara lambak di atas meja di kawasan sekitar pantai. Yalah. Bagi kami berdua, perkara itu sedikit uniklah. Mana taknya. Selama ni beli anggur di tempat sejuk *dalam pasaraya*



Petang tu, lepas makan kat kenduri, Mya dan kawan terus gerak ke Kemaman. Apa lagi? Kita pekena Sata dan Otak-otaklah dulu sebelum balik. Jauh perjalanan tu kita tolak ke tepi. Memang sedaplah sata di Warung Otak-otak Che Wan ni. Kalau datang Kemaman, mesti kena cuba makan otak-otak dan sata kat sini, tau.

Sekarang dah balik KL dan hadap kerja. Tiba-tiba rasa rindu pada bayu laut kat Pantai Batu Buruk. Mungkin dah patut rasanya mula rancang percutian ke pulau untuk hujung tahun ni ? Bolehlah sementara tu kita berangan je dulu.

Wednesday, May 3, 2017

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 13

3:00 PM 0 Comments
SELAMBA NIA MENGETUK hujung jari Haqiem dengan belakang senduk kayu. Mana tidaknya, dengan tanpa rasa bersalahnya lelaki itu meratah ikan kerapu yang sudah berpenat lelah dia dan Lutfi membakarnya sejak selepas solat Asar. Boleh pulak dia tarik muka tak bersalah depan aku? Hati kecil Nia geram.

“Abang nak rasa sikit je. Nak tengok dah masak ke belum.” Senyum Haqiem penuh makna. Alasan yang dibuat-buat. 

Nia menyambut senyuman dengan senyuman, sebelum menukar riak wajahnya. Pandangannya tajam. Dia panggil tu alasan? Nia mengetap giginya rapat. Kalau tak kerana mama angkatnya juga berada di dapur tika ini, mungkin ada yang nak kena pelempang Nia Atilia si Wonder Woman.

“Ingat Nia dengan Abang Lutfi tak reti bakar ikan ke? Pergilah naik mandi ke tukar baju ke, buat kerja lagi berfaedah lagi bagus tau. Kacau kerja orang kat dapur pulak.” Balik kerja terus sibuk nak menempel kat dapur ni sakitkan hati aku pulak. Menyesal pulak tak lempang je mamat psiko ni betul-betul.

“Kamu berdua ni kalau tak bergaduh sehari tak boleh ke? Sakit kepala Mak Timah tengok perangai kamu berdua ni.” Serentak Nia dan Haqiem berpaling. Telunjuk Nia terlebih ditudingkan ke arah Haqiem yang mengangkat bahu tanda dirinya tidak bersalah. 

“Sudah-sudahlah abang oi. Tak payah la nak mengusik Nia je kerjanya. Kejap lagi tetamu sampai, tak sempat nak mandi.” Puan Sri Azizah yang masuk semula dari pintu dapur menegur lembut. Perangai kuat mengusik anak sulungnya itu memang tak dapat nak dibendung lagi. Tak kira masa dan tempat.

“I’ll be back.” Perlahan suara Haqiem berbisik. Namun cukup jelas kedengaran di telinga Nia. Laju dia menayang penumbuk di depan muka Haqiem. Baru sahaja Haqiem hendak membalas, Mak Timah berdehem kuat. Laju langkah Haqiem memanjat tangga balik ke biliknya.

Loceng pintu yang tiba-tiba berbunyi mematikan pekerjaan Mak Timah di hujung dapur. Baru sahaja dia hendak bergerak menuju ke pintu, Nia sudah terlebih dahulu mendahului. Puan Sri Azizah sekadar memerhati. Tak perlu bertanya lebih lanjut. Jika tidak Farah dan Nadia, pastinya Rafiq. Bukannya ramai tetamu yang dijemput malam itu. Sekadar makan malam biasa sebelum dia dan Syazwani ke Bali esok pagi untuk memenuhi jemputan istimewa dari sana.

“Jemput masuk.” Nia tersenyum nakal dengan suara yang sengaja dilembutkan. Rafiq yang muncul di sebalik pintu juga mengucapkan terima kasih dengan nada yang sama. 

“Nak minum apa-apa? I boleh tolong buatkan.” Nia bertanya sebaik Rafiq melabuhkan duduk di ruang tamu. 

“Tak payah nak mengada. Minum air sejuk je dah cukup. Bukannya tetamu istimewa sangat pun.” Belum sempat Rafiq mahu memesan, Haqiem terlebih dahulu memotong dari tingkat atas. Langsung Rafiq menggeleng kepada Nia sebelum gadis itu kembali semula ke dapur dengan wajah separa kelat. Tak puas hati dengan Haqiemlah tu!

Rafiq mengalih pandangan ke arah Haqiem yang sedang menuruni tangga. Ini seorang lagi tayang muka tak puas hati. Baru je nak berborak baik-baik dengan Nia, dia potong ayat aku. Takkan Nia nak layan aku macam tetamu pun tak boleh. Tak puas hati apa?

“Kau ni ada je yang tak puas hati dengan aku kan? Eh, tapi aku nak tanya. Nia tinggal sekali kat sini ke?” Huluran tangan Haqiem untuk berjabat disambut lambat. Fikirannya disapa rasa ingin tahu. 

Dahi Haqiem berkerut. Lain macam saja soalan yang keluar dari mulut kawan baiknya ni. Ni dah kenapa tayang senyum macam kerang busuk pulak? Pelik-pelik saja perangai Rafiq sejak sampai tadi. “Yes. Why?”

“Patutlah kau dah jarang balik rumah. Asyik melekat kat sini je. Ada bidadari rupanya.” Dipandang Rafiq tajam. Pantanglah Nampak perempuan dahi licin sikit. Mulalah nak buat kelakuan kurang sihat dia tu. Bukan semalam dia beritahu aku yang dia nak berubah ke? Eh, licin ke dahi anak angkat mama tu? Ah, dengan aku ikut kepala mengarut manusia sebelah aku ni!

“Ini rumah mama aku tau. Suka hati akulah. Lagipun, kalau balik rumah tu, asyik tengok muka kau je, bosan jugak. Itu pun kalau kau ada. Selalunya aku kena tinggal sorang.” Riak wajah Rafiq berubah kelat. Aku nak kenakan dia, aku yang terkena balik.

“Ke kau nak lari dari Kyra?” Sengaja nama itu disebut. Sekadar memulangkan paku buah keras. Namun, riak wajah Haqiem masih tidak berubah. Mesti dia tengah fikirkan jalan nak kenakan aku semula. Rafiq mengukir senyum kecil, tanda berpuas hati kerana berjaya mengenakan Haqiem.

“Sorry air terlambat sampai. Ingat nak hidang air kosong je tadi. Tapi, macam tak appropriate pulak.”

Nia muncul dengan dulang berisi dua gelas jus oren dalam tangannya. Dihidang satu persatu kepada Haqiem dan Rafiq yang ralit memandangnya. Giliran Nia pula yang memandang dua lelaki di hadapannya itu bergilir-gilir. Aku ni ada kacau perbincangan penting ke sampai dua insan ni tenung aku macam ni sekali?

Haqiem menarik nafas lega dalam diam. Nasib baik sahaja dia tidak menjawab soalan Rafiq tadi. Jika tidak, sampai ke hadapan Nia pun belum tentu topik itu akan berakhir. Kalau sekadar terhenti di hadapan Nia sahaja, tak mengapa. Bagaimana jika sampai ke pengetahuan mama? Mahunya kena bebel sebab masih biarkan Kyra mengganggu dirinya.

“Dah nak maghrib ni. Mama tunggu kat bilik solat.” Nia terus berlalu ke dapur tanpa menunggu. Serius semacam sahaja riak wajah Haqiem pada pandangannya. Ada salahkah yang sudah dilakukannya? Nia menggeleng halus. Apa-apa sajalah. 

“Jomlah. Nanti lambat, mama bising pulak.” Haqiem menepuk bahu Rafiq yang masih tidak putus memandang Nia. Amboi, melebih-lebih nampak!

Menanti sendirian di ruang tamu membuatkan Nia terasa sunyi sendiri. Selalunya, bila dia cuti solat sebegini, masih ada yang menemani. Kalau semasa di Hongdae, sementara menunggu Raihana solat, boleh juga dia berbual dengan teman sepejabatnya yang lain. Di rumah ini, hanya dia seorang sahaja anak dara yang ada.

Loceng rumah yang tiba-tiba berbunyi mematikan ingatannya. Farah dan Nadia rupanya. Sedikit terlewat kerana masalah kereta yang tidak dapat dielakkan. Nasib baik masih sempat sampai ke destinasi. Jika tidak, berpatah kakilah mereka nak sampai ke mari. Nadia berbaik hati bercerita tanpa diminta.

“Dia orang sebenarnya tengah solat kat atas. Tapi, kalau you guys nak jemaah sekali, rasanya dah tak sempat. Apa kata kalau Farah dan Nadia solat dalam my room?” Nadia laju mengangguk tanpa menunggu jawapan daripada kakaknya. Dia sudah terlebih selesa dengan Nia sebenarnya. Kalau ini anak angkat Mak Longnya, bermakna Nia sepupunyalah. Kenapa mesti dirumitkan keadaan?

“You know? I ingatkan you ni jenis pendiam sebab tak banyak berborak dengan orang. Tapi, bila tengok you boleh layan perangai si Nadia ni, barulah I tahu I salah faham.” Farah terus menegur Nia yang tekun menunggu mereka sebaik usai solat Maghribnya. Nia hanya senyum, tanda mengiyakan tanggapan baru Farah kepadanya.

“Anak-anak, mari turun makan semuanya.” Suara Mak Timah di hujung tangga kedengaran sayup-sayup. Nadia yang baru sudah solat menyarung tudungnya ala kadar. Farah dan Nia masih dengan perbualan mengenai kegemaran mereka yang kedengaran asing di telinganya. Dipulas pintu bilik perlahan. Pintu bilik hadapan yang sama-sama terbuka menarik perhatiannya.

Eh?

“Hai abang Haqiem, abang Fiq.” Nadia ringan mulut menegur.

Farah yang leka berbual jadi terkedu. Langkahnya juga. Laju dialih pandangan ke arah Nia yang sama-sama terdiam di sebelahnya. Cuba mencari kepastian. Tetapi, melihat wajah Nia yang serba salah tika ini, dia tahu, Nia tahu mengapa Rafiq ada di sini, malam ini. 

“Nia, you tak cakap pun dengan I yang kita ada tetamu lain.” Nada suara Farah jelas berubah walaupun riak wajahnya kekal sama. Nia menelan liur. Seram pulak tiba-tiba...

“Sorry Farah. He personally asked us to help him. Tapi, ni rancangan abang Haqiem.” Nia berbisik perlahan. Cuba memohon belas dari Farah agar dikecualikan dari dikira bersubahat dengan Rafiq. Selamba dia menjual nama Haqiem tanpa rasa bersalah. Lantaklah. Memang ini rancangan mamat psiko pun. Tapi, ni kalau dia tahu ni, dengan aku sekali bertukar jadi psiko sebab nak berdebat dengan dia.

Sunyi.

“Okey. Apa kata kita sambung perbincangan ini sekejap lagi. Sebab abang lagi takut kalau mama marah kita tak turun-turun.” Haqiem menyuarakan cadangan terbaik. Laju Nia menarik lengan Farah yang tampak masih tidak puas hati menuruni tangga. Nak jadi apa-apa, biar lepas makan. Lepas mama dah berehat dalam biliknya sendiri. Tanpa sedar, Nia dan Haqiem melepas keluh serentak.


MALAM SEBELUMNYA...

NIA MENEGUK MINUMAN COKLATNYA tanpa mempedulikan keadaan di sekeliling. Sudahlah penat dengan berkejar ke sana ke mari demi urusan projek majlis amal dan majlis resepsi Hadi, boleh pula dia diheret sama dalam permasalahan ini. Haqiem di sebelahnya juga nampaknya tidak selesa.

“Kau orang tolonglah aku. Kau sepupu yang paling rapat dengan dia. Nia pulak sama-sama perempuan. Mesti dia dengar cakap kau orang punya.” Rafiq sudah hampir mahu melutut di hadapan Nia dan Haqiem yang langsung tidak memberi apa-apa reaksi. Jika disuruh buat begitu pun dia sanggup.

Haqiem menutup mulut dengan belakang tangan, cuba menahan kuap yang mula singgah. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia mengangkat punggung dan terus berlalu pergi. Namun, memikirkan yang sedang merayu meminta bantuan di hadapannya kini adalah sahabat baiknya, dia memujuk hati untuk bertahan.

“Ini ke masalah besar yang kau cakap dalam telefon tadi? Sampai tak sempat aku dengan Nia nak balik rumah, segarkan badan dan tukar baju dulu? Kau tahu tak hari ni kami sibuk ya amat?” Beberapa pasang mata sesekali menjeling ke arah mereka. Mungkin sedikit terganggu dengan suara Haqiem yang agak meninggi. 

Nia sekadar mengisyaratkan dengan tangan, meminta Haqiem untuk lebih bersabar. Dia tahu lelaki itu kepenatan. Namun, tidak perlulah sehingga meninggikan suara di hadapan khalayak ramai sebegitu. Dia juga merasakan penat yang sama. Cubalah bertahan untuk sedikit waktu lagi. 

“Rafiq, I bukan tak nak tolong you. Tapi, I pun baru kenal you. Then, I baru dua kali jumpa Farah. Jadi, I tak rasa I orang yang sesuai untuk pujuk dia bagi pihak you.” Nia cuba menyuntik rasional dalam fikiran Rafiq.

Memang mengarut rasanya bila memikirkan Rafiq meminta dia memujuk dan menasihatkan Farah Ellyna untuk kembali menerima Rafiq dan mematahkan rancangan Farah untuk memutuskan pertunangan mereka. Kali pertama dia berjumpa Farah adalah pada majlis hari lahir Hadi lebih empat tahun lalu. Sekadar bertentang mata tanpa kata. 

Pertemuan kedua beberapa hari lepas juga begitu. Nia lebih selesa berada di dapur membantu Mak Timah daripada menyertai perbualan keluarga yang dirasakan bukan tempatnya. Berbanding Farah, adiknya Nadia lebih banyak mengajaknya berbual apabila mengetahui dia anak angkat Puan Sri Azizah.

“So, you guys tak boleh tolong?” Suara Rafiq merendah. Riak wajahnya juga berubah tidak semena. Kecewa kerana dua insan yang paling diharap-harapkan tidak mahu membantu. Mungkin ini petanda dia dan Farah Ellyna tidak berjodoh.

“Yalah, aku tolong. Tak payah nak buat muka cekodok basi tu boleh tak? Tapi, ini last time aku tolong kau. Jangan nak buat pasal lagi dah.” Riak wajah Rafiq terus berubah saat dia mendengar persetujuan dari pihak Haqiem dan Nia. Dia tahu, jika salah seorang bersetuju, dia pasti akan dapat bantuan dari kedua-dua mereka sekaligus. Sekali pun mereka sering tidak sebulu dalam pelbagai perkara.

“Betul. Sudah-sudahlah dengan perangai buaya tembaga tak cukup tanah tu.” Nia selamba menyokong. Benda salah, jangan ditegakkan benang yang basah. Kalaupun bukan semata salah sangka, jika dia yang berada di tempat Farah, dia juga akan merajuk sebegitu. Manakan tidak. Baiknya dengan perempuan mana pun tidak ada perbezaan dan batasan. Kalau ditanya, katanya sekadar kawan. Tetapi, keluar berdua berpimpin tangan. Memang teringin makan penangan. Eh, macam berpantun pula.

“Thanks, korang. Aku janji aku tak buat hal lagi. Lagipun, aku memang tengah berusaha nak berubahlah ni. Silapnya, aku terlebih baik hati nak temankan Meela hari tu. Sebab fikir yang kami berdua sama-sama dah berstatus tunangan orang.” Rafiq menunduk kembali. 

Haqiem dan Nia berpandangan. Terasa bersalah kerana menekan Rafiq yang nampaknya sedang belajar berubah demi tunang tersayang. Sepatutnya mereka menyokong usahanya itu, bukannya lagi mengutuk dan memarahi. 

“Okey, macam ni je lah. Malam esok, join us for dinner. Aku dah jemput keluarga Pak Ngah datang sekali sebenarnya. Tapi, mungkin Farah datang dengan Nadia je sebab Pak Ngah kena attend event lain. Kau jangan tak datang pulak. Ini last aku tolong ni.” Haqiem laju pamer wajah serius. Rafiq yang mendengar cadangannya itu mengangguk berkali-kali tanda faham.


Cara Mudah buat Barcode menggunakan Photoshop

9:00 AM 5 Comments
Cara mudah buat barcode menggunakan photoshop

Selalu kita lihat ada yang menggunakan corak barcode dengan ayat tersendiri diletakkan pada baju, mug, beg dan sebagainya. Waktu mula-mula belajar menggunakan photoshop dulu, Mya selalu fikir bagaimana cara mudah buat barcode sebegini. Cuba bayangkan kalau gunakan shape dan line, berapa banyak yang perlu Mya lukis untuk menjadi satu barcode yang nampak cantik dan lengkap? So, di sini Mya nak kongsikan cara mudah buat barcode seperti di bawah ni dalam hanya 5 minit.


Cara Mudah buat Barcode dalam 5 minit


Cara mudah buat barcode menggunakan photoshop

Klik File → Pilih New
Letakkan saiz kanvas mengikut pilihan awak


Pilih fungsi Marquee (arrow kuning).
Lukiskan di atas canvas mengikut saiz barcode yang awak mahu.


Klik menu Filter (arrow kuning) → Noise → Add Noise.
Akan keluar popup window seperti di bawah.


Pada kotak Amount, isi nilai antara 350 - 400 (maximum).
Jangan lupa untuk tandakan pada Gaussian dan Monochramatic (bawah kotak Amount)


Pada fungsi Rectangle Marquee tadi, ubah kepada Single Row Marquee.
Kemudian klik pada tengah kotak. Akan keluar garisan putus-putus.
Tekan kekunci CTRL dan huruf T serentak.
Akan keluar kotak kecil pada kedua-dua hujung garisan tadi (gambar kiri)
Seret salah satu kotak hingga habis kawasan kotak berbintik (gambar kanan)
Buat sehingga semuanya bertukar menjadi garisan.


Pilih semua fungsi Rectangle Marquee.
Tandakan sebahagian kecil untuk dijadikan ruang tulisan (arrow kuning)
Tekan kekunci Delete pada komputer awak.


Apabila keluar popup window seperti dalam gambar diatas,
pilih 'Background Color' pada kotak Use (arrow kuning).
Klik OK.


Hasilnya akan jadi seperti gambar diatas.
Klik Menu Select → Deselect 
atau tekan kekunci CTRL dan huruf D serentak.


Step terakhir, pilih fungsi T (arrow kuning) 
dan tambahkan text seperti yang awak mahu.
Barcode awak sudah siap!