Search This Blog

Saturday, April 29, 2017

[LIRIK] Kumbang dan Bunga - Wani Kayrie & Viral (OST Hikayat Cinta Si Pematah Hati)

6:54 PM 0 Comments

Lirik Kumbang dan Bunga - Wani Kayrie & Viral
(OST Hikayat Cinta Si Pematah Hati)

[LIRIK] Kumbang dan Bunga - Wani Kayrie & Viral (OST Hikayat Cinta Si Pematah Hati) [LIRIK] Kumbang dan Bunga - Wani Kayrie & Viral (OST Hikayat Cinta Si Pematah Hati)
mengapa kau dustai janjimu
adakah salahku
mudahnya engkau pergi
tanpa fikirkan ku  di sini

mengapa kau cari silapku
adakah kau jemu
senangnya engkau pergi
perasaanku tidak kau peduli

fikir kau istimewa
namun tidak buat selamanya
fikir kau istimewa
kau musnahkan segala

kau kumbang ku bunga
jangan kau hancurkan oh tamannya
ku kumbang kau bunga
jangan kau hancurkan oh tamannya

Mengapa kau dustai janjimu
Adakah salahku
Senangnyanya engkau pergi
perasaanku tidak kau peduli

sudah cukup sudah
ini tidak mudah
untukku hadapi
semua yang tak pasti
sudah cukup sudah
ini tidak mudah
untukku hadapi
apa kau mahu lagi

bukannya aku tidak peduli
sedar siapa kau sering diuji
tenang hadap yang kita kena
sebab ia permintaan kau tidak dipenuhi
banyak merancang belum menjadi
dunia kau ibarat siang tanpa mentari
tidak lagi musnah tamannya
ada lagi kumbang bawa cahaya

kau kumbang
jangan kau hancurkan oh tamannya
kau kumbang ku bunga
jangan kau hancurkan oh tamannya

kau kumbang ku bunga
jangan kau hancurkan oh tamannya
ku kumbang kau bunga
jangan kau hancurkan oh tamannya
[2X]


Thursday, April 20, 2017

[LIRIK] Di Sana Cinta Di Sini Rindu - Wany Hasrita & Tajul

2:48 PM 1 Comments
[LIRIK] Di Sana Cinta Di Sini Rindu - Wany Hasrita & Tajul [LIRIK] Di Sana Cinta Di Sini Rindu - Wany Hasrita & Tajul

[LIRIK] Di Sana Cinta Di Sini Rindu
Wany Hasrita & Tajul


sejak ku dengar merdu suaramu
tidak ku sangka jiwa terganggu

apa kurangnya suara manjamu
menyentuh hati membawa mimpi

kamu wanita manis sekali
lirik matamu membawa cinta

kamu lelaki pandai menggoda
hingga hatiku mulalah rindu

riang hatiku
hilangnya resah

di sini cinta
di sana cinta
benarkah

di sana rindu
di sini rindu
sejiwa

di sini sayang
di sana sayang
sekata

orang di sana
orang di sini
sama menanggung rasa

cinta tak dapat diduga
cinta hanya dapat dirasa
senada dalam cinta

di sini cinta
di sana cinta
benarkah

di sana rindu
di sini rindu
sejiwa

di sini sayang
di sana sayang
sekata

orang di sana
orang di sini
sama menanggung rasa

cinta tak dapat diduga
cinta hanya dapat dirasa
senada dalam cinta

smulekan cinta
irama indah
semoga hilang kesunyian
semoga hilang kesunyian


Friday, April 14, 2017

Tips lulus Adsense

1:30 PM 3 Comments
Hari ni, atas janji Mya dengan kak Sue Aida yang nak tahu tips lulus Adsense sebab Mya baru je lulus dua minggu yang lepas, Mya nak kongsi sikitlah dengan semua orang yang setia datang ke blog ni, tapi masih belum mendaftar dengan Adsense, ataupun kecewa dengan Adsense sebab tak lulus-lulus juga walaupun dah cuba banyak kali. Teruskan mencuba sambil ikut tips lulus Adsense yang Mya beri hari ni. Mya pun sama juga hampir putus asa dulu *lebih lima kali dah cuba apply rasanya*

Tips Lulus Adsense


Tips lulus adsense | Sumber gambar : Google

Anyway, sebelum jauh nak pergi, Mya nak ucap terima kasih bebanyak pada Abe We dan KakCik yang setia ajar dan bimbing Mya sampailah berjaya lulus dengan Adsense ni. Mudah je rupanya. Tapi, sebab tak faham kehendak sebenar dalam syarat yang Adsense bagi tu yang jadi lama dan application gagal banyak kali. Buat hal betullah kan Mya ni. Degil sangat.

Ok, sebelum apa-apa hal, usha dulu blog awak tu. Banyak text atau banyak gambar? Pastikan lebih banyak text ya. Maksud Mya, lagi elok kalau buat sementara waktu *sementara menunggu permohonan diluluskan* ni, awak gunakan template klasik. Atau, guna template yang menunjukkan satu perenggan penuh di bawah tajuk. Bukannya sekadar tajuk dan perenggan yang tergantung *ayat tak habis*

Satu lagi kes adalah, kalau awak pernah join apa-apa segmen/giveaway/contest yang hanya memaparkan banner atau gambar sahaja, revert-kan semua entry tu kepada draf. Ataupun, kalau awak sudah tak gunakan semua entri tersebut, delete sahaja. Sama juga dengan entri wordless wednesday. Sebab, takut nanti, entri-entri tersebut akan membuatkan Adsense menolak permohonan awak. Nanti, bila dah lulus, boleh tukar semula template awak.

Tips lulus adsense ii 

Next, jangan lupa letakkan widget 'Label' ataupun 'Categories' dalam blog awak. Kenapa? Kerana ini akan memudahkan pihak Adsense memahami niche blog awak dan membantu pembaca dan pelawat blog awak 'bergerak' di dalam blog. Kalau awak dapat sediakan menu pun ada baiknya juga. Oh ya. Pesan daripada para pengajar, ada eloknya kalau awak dapat sediakan satu ruangan untuk 'Penafian' dan 'Hubungi Saya'. Dari situ, kita boleh menyatakan bahawa segala isi blog kita bukan hasil ciplak dari orang lain. *tak mau ciplak idea orang ye. buruk betul perangai kopipes kerja orang ni*

Last sekali, letakkan widget Adsense di mana-mana ruangan yang kita mahu. Boleh jadi di sidebar atau di bawah header atau di bawah post. Letak je di mana-mana yang kita rasakan sesuai. Ada baiknya diletakkan di ruangan yang mudah dilihat, sebagai tanda yang kita bersungguh mahu memaparkan iklan daripada Adsense.

So, ini serba sedikit yang Mya buat selepas banyak kali gagal review bahagian kedua oleh pihak Adsense. Tapi bila Mya buat semua benda yang Mya tulis kat atas ni, tiga hari je, Mya dah dapat emel yang application Mya diluluskan. Awak cubalah pula. Mana tahu, untung nasib kan? Nak sambung buat kerja ni sikit ni. Bye~

Thursday, April 13, 2017

[LIRIK] Bukan Untukku - Hyper Act (OST Shh... I Love You)

8:51 PM 1 Comments
LIRIK Bukan Untukku - Hyper Act (OST Shh... I Love You) [LIRIK] Bukan Untukku - Hyper Act (OST Shh... I Love You)

Lirik Bukan Untukku - Hyper Act 

(OST Shh... I Love You)

Malamku tak berbintang
Siangku hanya berlari-lari
Apakah tanda makna mengenalimu
Sekadar mimpi

Jariku sentuh dingin kurasai
Kosong tiada makna
Diamnya tak berkata

Hanya aku yang tak pernah 
mengejar kejora kau janji bersama
Walau dirimu berharga
tidak kau bahagia
jika ku bersama denganmu

Uuuuu...

Tanpa sayap cintamu
tak akan ku terbang setinggi ini
Ku tuju langit cerah
Rupanya kelam kabus menanti

Percaya kasih ku cuba sedaya
Namun tiada beza
Biar ku undurkan diri

Hanya aku yang tak pernah 
mengejar kejora kau janji bersama
Walau dirimu berharga
tidak kau bahagia
jika ku bersama denganmu
Uuuu...

Hanya aku yang tak pernah 
mengejar kejora kau janji bersama
Walau dirimu berharga
tidak kau bahagia
jika ku bersama denganmu

Mungkin kecewa mencari
Gelapnya berteman ku rindu selama
Namun harus ku mengerti 
kiranya kau disisi
cintamu bukannya untukku


Friday, April 7, 2017

Template dan Header baru untuk blogger Lyana

8:15 AM 5 Comments
Assalamualaikum and hello to all my favorite people. Sendu sangat blog ni sekarang, kan? Sorrylah uolls. Since dah dapat kerja ni, macam tak ada peluang sangat nak update blog. Sebab Mya kena belajar programming language baru. Dengan si manja *laptop Mya* ni buat hal pulak. Tak pepasal, Mya jadi lambat nak catch up dengan orang lain belajar sama. Orang dah sampai London, Mya sangkut lagi kat imigresen *dah macam sangkut blacklist PTPTN tak bayar pulak rasanya ni* Sabarlah duhai hati. 

Saja nak bagitau awak semua yang sebelum masuk kerja haritu, Mya sempat tolong editkan template untuk blog cik Lyana Ishak kita yang comel ni. Termasuklah dengan headernya sekali. Bukanlah pakar pun bab ni. Tapi, cukup lega dan happy teramat bila tuan punya blog suka tengok blog beliau yang sekarang. Yang paling buat mata keluar love-love adalah bila Cik Lyana puji header yang kita buatkan untuk dia. Dia suka sangat katanya. Mya pun jadi double suka lah.

Jom usha blog cik Lyana pulak

Thanks Kak Lyana Ishak for believing in me masa amanahkan Mya tolong editkan template dan buatkan header baru. Siap promote Mya pada blogger lain lagi untuk designkan header. Rasa terharu sangat ni *menangis kat bucu bilik* Okeylah. Dah boleh stop merapu ni. Sila buat kerja anda sekarang, cik Mya. Moga terus bertabah hadap coding.

Thursday, April 6, 2017

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 12

9:00 PM 0 Comments
JAM MENUNJUKKAN HAMPIR PUKUL SATU PETANG. Perbincangan mengenai projek majlis amal yang diketuai Haqiem masih belum nampak tanda-tanda akan berhenti. Nia dan Fidzreen nampaknya tekun membuat senarai surat rasmi yang perlu diserahkan kepada Adreena. Pekerja yang lain juga nampaknya asyik berbincang dengan Haqiem mengenai rancangan aturcara majlis serta hidangan yang mahu disediakan.

“I harap untuk mesyuarat pada hari khamis nanti, dah ada progress.” Tepat jam 1.30 petang, mesyuarat itu berakhir. Pesanan Haqiem dipaksa masuk ke fikiran. Serentak kesemua mereka mengangguk. Seorang demi seorang keluar dari bilik mesyuarat dengan wajah lapar tidak tertahan. Yang tinggal hanya Fidzreen, Haqiem dan Nia.

“Kalau boleh, I nak you siapkan surat untuk rumah anak yatim tu petang ni. Esok I nak ke sana, nak beri kata akhir kepada pengasas.” Fidzreen membuat isyarat faham dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk. Serentak, Haqiem mengajak Nia dan Fidzreen keluar dari bilik mesyuarat.

Haqiem menyeluk poket seluar yang terasa bergetar. Melihat tulisan pada skrin telefon yang baru ditarik keluar, langkahnya diperlahankan. Nia dan Fidzreen yang sedar dengan tingkah aneh Haqiem laju menoleh. Tadi dia yang lapar sangat. Sekarang, dia yang terhegeh-hegeh.

“Kenapa ni, bos?” Rendah suara Fidzreen bertanya. Dalam keadaan pejabat yang sunyi sepi, kelakuan Haqiem sedikit menambah seram dalam hatinya. Walaupun itu bukan kali pertama dia tidak keluar rehat tengah hari. 

“You cakap you tak mahu keluar makan, kan?” Haqiem bertanya, berbahasa-basi. Fidzreen laju mengangguk. Apa pula yang tidak kena dengan bos aku ni? Angin kus-kus dia datang balik ke?

“Kalau macam tu, you tolong tengok-tengokkan office. I rehat lama sikit. Nak hantar Nia balik terus.” Senyum Haqiem semacam. Fidzreen tahu, ada maksud di sebalik ayat itu. Tetapi, dia masih belum mampu menangkapnya. Atau, mungkin dia hanya berburuk sangka. Fidzreen mengangguk lagi sambal membuang segala fikiran yang muncul dalam kepalanya.

“Eh, tak apalah, encik. Saya boleh balik dengan teksi.” 

Nia menolak dengan suara yang lembut. Takkanlah dia mahu menunjukkan perangai kurang asam jawa yang selalu ditayang di hadapan Haqiem kepada Fidzreen. Apa pula katanya nanti? Silap-silap, terus sampai ke pengetahuan mama. Gelaran encik yang digunakan kepada Haqiem pun kononnya sebagai tanda hormat semasa berada di pejabat. Kalaulah mereka tahu yang dia dan Haqiem bagai anjing dengan kucing…

Haqiem memandangnya tajam. Lagaknya seperti dapat membaca apa yang sedang bermain di fikiran Nia. Pandangan Haqiem tidak dibalasnya seperti selalu. Nia buat-buat tidak perasan dan terus mengatur langkah untuk pergi. Perutnya dirasakan sudah mula mendendangkan lagu Keroncong Untuk Nia. Eh, wujudkah?

“You tunggu kat lobi. I ambil you kat sana.” Entah bila Haqiem memotong langkahnya dia tidak tahu. Fokusnya hanya pada perut yang semakin lapar. Padanlah dengan dirinya sendiri yang hanya menjamah sekeping roti sahaja sewaktu sarapan pagi tadi. Gementar untuk mesyuarat pertama konon.

“Tapi, bos… ikut jalan ni lebih dekat untuk ke basement.” Belumpun sempat Fidzreen menghabiskan ayatnya, Haqiem sudah hilang mengikut laluan belakang. Suaranya memudar sebelum memandang Nia yang sama-sama keliru sepertinya. Apa sahajalah punca perangai pelik yang dilakukan majikannya hari ni?

Usai mengiringi Nia sehingga gadis itu menghilang di sebalik pintu lif yang tertutup, Fidzreen kembali bergerak perlahan-lahan ke pejabat. Mujur sahajalah dia membawa bekal dari rumah. Tidak perlulah dia berpenat untuk keluar dalam jangka masa rehat yang makin berkurang. Seleranya pun masih lagi tidak menentu walaupun usia kandungannya sudah masuk ke trimester kedua. 

“Mana Haqiem?” Suara yang tiba-tiba menyergahnya dari belakang nyaris membuat dia menghayun fail sekuat hati. Nafas ditarik dalam, cuba menenangkan diri. Wajahnya ditampal dengan senyuman seplastik mungkin. Sejenak, dia berpaling.

“Ya, Cik Kyra. Sekarang waktu lunch break. Bos dah keluar.” 

Wajah Kyra yang mencuka jelas menunjukkan jawapan yang diberikan Fidzreen untuk soalannya tidak boleh diterima. Baru sahaja tadi dia melihat kereta milik Haqiem di tempat letak kereta bawah tanah. Sekarang, kau boleh beri jawapan yang dia dah keluar? Dengan apa? Pintu Doraemon?

Jelingan Kyra dibalas selamba. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Fidzreen memanggil security untuk mengheret Kyra keluar dari pejabat mereka. Sudahlah datang tanpa diundang, berlagak macam pejabat ini suami dia yang punya. Hei, bos kita tak teringinlah dengan awak yang tak tahu malu ni! Hidung dah elok mancung, pipi pulak tersorong-sorong.

Sudahnya, dia hanya membuat isyarat tanda mempersila Kyra keluar. Sebelum dia yang dimarahi Haqiem kerana membenarkan Kyra masuk, lebih baik dia mengambil langkah berjaga-jaga. Atau mungkinkah sebenarnya Haqiem sudah mengetahui kehadiran Kyra dari awal lagi? Fidzreen mengukir senyum sebaris. Patutlah lari...


NIA HANYA MELIHAT NASI dan lauk di dalam pinggannya yang tidak habis dijamah. Perutnya masih lapar. Namun, tekaknya seakan tidak mampu menerima makanan yang sedap terhidang di hadapannya. Mungkin kerana dia sudah hampir sejam terlewat makan dari waktu kebiasaannya.

Haqiem yang masih tekun menghabiskan makanannya dipandang lama. Entah kenapa, Nia diserbu rasa ingin bertanya. Manakan tidak. Buat pertama kalinya dia melihat Haqiem yang sering membawa dirinya sebagai seorang yang berpendirian dan penuh karisma jadi tidak tentu arah. Seperti ada yang mengejar.

“Jangan tenung I lama-lama. Nanti you jatuh hati dengan I pulak.” Haqiem berkata tanpa langsung memandang Nia. Bersungguh dia cuba menghabiskan hidangan ketam masak lemak yang dipilihnya sebagai lauk makan tengah hari. Wajah Nia memerah. Malu sendiri. Terkantoi pula merenung si anak sulung Puan Sri Azizah.

“Ke encik yang takut terjatuh hati dengan saya?” Balas Nia bersahaja, tidak mahu mengalah dalam perang psikologi yang dimulakan Haqiem. Haqiem buat-buat melopong dengan kaki ketam yang masih di dalam mulut. Ketawa Nia pecah tanpa dipaksa. Haqiem juga.

“Kalau saya nak tanya sesuatu boleh?” Nia cuba menyusun ayat berhati-hati. Tidak mahu pula nanti Haqiem menganggapnya suka menyibuk hal tepi kain orang lain.

Haqiem mengangguk. Dia tahu ada sesuatu dalam fikiran anak angkat mamanya itu. Jika tidak, masakan gadis itu merenungnya sebegitu. Biarpun tidak begitu mengenali, sedikit sebanyak perangai Nia sudah boleh dibacanya. Mungkin Nia perasan dengan kekalutannya tadi semasa di pejabat.

“Kenapa tadi saya tengok encik macam melarikan diri? Macam kena kejar oleh seseorang.” Nia melarikan pandangan daripada Haqiem yang merenungnya. Ada yang tersilap pada soalannyakah?

“Percayalah, you tak nak jumpa dia. She will be your worst nightmare ever.” Haqiem seperti dapat membayang seandainya Hadi tidak memaklumkan kepadanya tentang kedatangan Kyra tadi, pasti tika ini, dia sedang melayan karenah gadis itu. Haqiem melepaskan nafas lega tanpa sedar.

“‘She’? Bunyinya macam Puan Sri bakal dapat menantu baru.” Nada suara Nia mengusik. Sesekali dia yang memulakan perang mulut, tidak salah, bukan? Haqiem yang berhenti mengunyah makanannya memandang Nia lama. Seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

“I kalau nak cari calon isteri, biarlah yang mama berkenan. Yang pandai ambil hati mama. Macam you. Macam Wanie. Lagipun, you nak ke dapat kakak ipar yang psiko macam tu?” Nia menjungkitkan bahunya. Tetapi, kira sesuailah tu. Psiko dengan psiko juga. Kalau dah seorang Azri Haqiem berkenan, apa lagi yang nak dikata? Does my two cents worth either way?

Perihal perangai sebenar Kyra biarlah kekal sebagai rahsia. Tidak perlu rasanya untuk dia memburuk-burukkan gadis itu di hadapan orang lain yang masih belum mengenalinya. Apatah lagi, di hadapan orang yang tidak pernah bertentang empat mata dengannya. 

“Just promise me one thing. Jangan sampai mama tahu pasal kejadian tadi. Please.” Melihat raut wajah Haqiem yang tampak benar-benar mengharap, Nia mengangguk. Nampaknya, kita ada satu lagi rahsia yang perlu dijaga. 


“UNTUNG JADI ANAK ANGKAT PUAN SRI. Tak payah kerja susah-susah, terus jadi Project Manager.” Fidzreen yang baru hendak keluar dari pantri, berhenti melangkah. Suara orang berbual dari dalam bilik cetak yang berada terletak bersebelahan pantri menarik perhatiannya.

Amboi, cantik nampaknya port budak-budak ni mengutuk. Mentang-mentanglah bos masuk lambat sikit petang ni. Pantang ada peluang betullah. Asyik nak bergosip dan sebar cerita ke sana ke mari. Aku rempuh dengan perut ni nanti, tumbang rebah dua-dua sekali. Fidzreen menarik nafas panjang. Mahu menyambung dengar perbualan sulit yang masih berlangsung.

“Itulah. Orang lain kerja separuh mati pun belum tentu lagi dapat pegang jawatan tu.” Suara kedua juga nampaknya tidak berpuas hati dengan keputusan Puan Sri Azizah melantik Nia sebagai Pengarah Projek Majlis Amal. Fidzreen mengukir senyum sinis. Mengumpat je kerja dua orang ni. 

“Sebab orang lain yang kerja separuh mati, memanglah you guys tak dapat jawatan tu.” Ayat Fidzreen terasa menyengat. Jelingan yang dihadiahkan Fidzreen juga tidak berbalas. Masing-masing berpura-pura fokus dengan kerja sendiri. Yang berada berdekatan bilik cetak juga tidak berani menyampuk. Padan muka korang. Mengumpat tak kena tempat. Sekali Reen muncul depan mata, mati akal terus. Masing-masing mengutuk di dalam hati.

“Kami ni tak cakap pasal kami. Orang lain. Kan ramai yang kerja bersungguh-sungguh dalam office ni.” Dua sekawan itu cuba memberi alasan. Cuba menyembunyikan rasa cemburu yang ada dalam hati. Berlawan cakap dengan setiausaha kehormat Haqiem bukanlah pilihan yang baik.

“Sebab semua orang sibuk dengan kerjalah, mereka diberi pelepasan dari menguruskan majlis. You guys teringin nak join? Boleh volunteer. Nanti I tolong beritahu bos. Manalah tahu, nama you pula naik untuk next event. Tapi, kena rajinlah. Tak bolehlah asyik nak bergosip je.” 

Naik merah padam muka kedua-duanya apabila mendengar perlian Fidzreen. Hendak keluar dari bilik cetak, lagilah malu yang tidak terkata. Pasti seisi pejabat itu bisa mendengar apa yang dikatakan Fidzreen tadi. Sudahnya, mereka hanya berpura-pura sibuk dengan mesin fotokopi yang tidak berfungsi. 

Fidzreen mengukir senyum sinis dengan sengaja. Puas pula rasa hatinya apabila berjaya menutup mulut kaki gosip itu. Sudahlah dari tadi lagi dia memang tidak puas hati dengan kemunculan Kyra yang sangatlah tiba-tiba. Saat mahu meninggalkan dua sekawan yang masih terdiam, Fidzreen menambah.

“And one more thing, Cik Nia tu bukan setakat anak angkat Puan Sri je. Pengalaman kerja dia sampai luar negara. You guys ada?” Tak ada, kan? Jadi, diam! Sibuk je nak jaga tepi kain orang. Kain sendiri koyak, tak perasan. Fidzreen sekadar menghabiskan kata-kata berbisanya di dalam hati.


Sunday, April 2, 2017

Pengalaman pertama guna monorel

7:46 PM 1 Comments
Hello. Anybody home? Lama sangat rasanya tinggalkan blog ni. Sejak dari hari pindah ke Ukay Perdana rasanya. Ok. Back up a second. Bila masa pula Mya pindah ke Ukay Perdana ni? Sebenarnya, awal bulan Mac lepas, Mya ada attend satu temuduga untuk jawatan 'Junior Developer' kat Ukay Perdana ni. Nasib Mya baik sebab terpilih untuk isi kekosongan tu. Long story short, here I am. Sebab tulah, kalau Mya jarang update lepas ni, Mya minta maaf sangat-sangat. Sebab company tengah sibuk siapkan projek dan Mya terlibat sama. 

Anyway, pengalaman pertama guna monorel kat Kuala Lumpur ni sebenarnya lebih kepada Mya nak belajar membiasakan diri dengan sistem pengangkutan awam kat sini. Kalau dah namanya motor dengan kereta tinggal kat Perak, memang tak ada peluanglah nak bergerak ke mana-mana sendiri kan? Mula-mula macam risau jugak sebab belum biasa. Tapi, bila dah cuba, senang je rupanya. Janji jangan salah naik platform je.

Merasalah jugak sesat platform semalam. Padahal masa tu Mya dah jumpa dengan Cik Dee yang dah lama tinggal kat sini berbanding Mya. Tak tahulah jalan mana yang Cik Dee ni bawak. Rasa macam Mya pulak yang nak kena tunjukkan jalan pada Cik Dee. Nak ke arah lain, dia ke arah lain. Penat bertekak dari satu stesen ke satu stesen je.


Walau apapun, terima kasih pada Cik Dee yang belanja kita makan and bawa kita jalan-jalan pusing Berjaya Times Square dan Nu Sentral. Sesat tu perkara biasa untuk benda yang baru kita nak cuba, kan? Lepas ni dah tahu dah nak arah ke mana dan platform mana yang nak dijejak. Oh ya. Thanks for the rapidKL card too. Kalau tidak, jenuh nak beli tiket saje semalam.