Search This Blog


Travel Backpack Selesa atau Gaya?

Hari-hari bukak media social, ada je yang tayang gambar bercuti dan melancong ke sana ke mari. Mya pun suka bab melancong ni walaupun jarang dapat peluang. Tapi, satu masalah yang selalu fikir sebelum pergi travel is the travel bag itself. Bila pergi kedai, banyak sangat pilihan yang ada sampai rambang mata dibuatnya. Tapi, yang penting sekali bukan semata design backpack tapi fungsinya, kan? Seronok nak bergaya, badan pulak yang tak selesa nak angkut beg.

Travel Backpack : Selesa atau Gaya?


Biasanya, bila Mya nak pergi melancong ke lokasi yang dekat sahaja dengan rumah ataupun dalam tempoh yang sangat singkat, cuti hujung minggu contohnya; Mya akan pilih beg yang bersaiz sederhana and amat mudah nak dibawa ke mana-mana. Yalah. Bukan nak isi apa pun. Sekadar beberapa helai pakaian dan barang perluan sahaja. Meanwhile, bagi my dad yang pandai bab isi padu beg ni, beliau lagi prefer cari beg yang berukuran 10 – 15 liter bila bercuti hujung minggu.

travel backpack

Disebabkan Mya tak pernah melancong ke luar negara, Mya sempat bertanya kepada a few of friends of mine yang biasa ke oversea. Memandangkan beliau pun jenis yang lebih suka gunakan beg isipadu, beliau cadangkan Mya untuk beli beg dalam saiz 20 ke 35 liter. Sebab, biasanya untuk tempoh percutian dalam seminggu, beg sebegitu sahaja pun sudah cukup untuk bercuti ala backpacking style.

And if, awak sememangnya dah merancang nak bercuti backpacking style, lebih mudah juga kalau memilih untuk gunakan hiking bag terus. Bukan semata untuk mengembara, malah boleh selitkan juga aktiviti mendaki dalam plan awak. Macam yang kita tahu, backpacking ni adalah jenis travel budget rendah. Jadi, saiz beg hiking ni memang sesuai sangat sebab awak tak akan banyak membeli-belah.

  

Atau, jika awak tak kenakan bajet untuk projek travel awak, boleh je gunakan ‘day pack’. Lagi bergaya dan mudah dibawa. Sangat sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan sebenarnya. Apatah lagi untuk gadis-gadis yang tak ambil kisah tentang gaya, macam Mya *bukan tak kisah pasal gaya, tapi tahap selekeh macam jantan*.

Jenis-jenis bag dah tahu. So, kita nak melancong ke mana pula seterusnya? Nak pilih travel bag ni.

2 comments:

  1. Sekarang ramai prefer bawak hiking backpack je for travel.. Senang.. :D

    ReplyDelete
  2. ada juga beg ni...lama beli masa hantaran kawen dulu

    ReplyDelete

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates