Search This Blog

Thursday, March 2, 2017

# fashion # info

Tips Memilih Sunglasses yang Sesuai dengan Bentuk Wajah

Dalam zaman sekarang ini, sesiapa sahaja gemar mengenakan kacamata hitam atau lebih senang dipanggil sunglasses atau shade. Baik lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa, semuanya memilih sunglasses sebagai elemen perhiasan diri yang sangat membantu dalam menambah gaya. Tetapi, tahukah awak adanya cara memilih sunglasses yang sesuai dengan bentuk wajah anda? Jika padanan sunglasses dan wajah awak tidak kena, awak akan kelihatan sedikit awkward dan out-of-place. Memilih sunglasses yang sesuai membuatkan awak berasa lebih yakin dan tampak lebih bergaya.

Memilih Sunglasses yang Sesuai dengan Bentuk Wajah
sumber gambar : google

Memilih sunglasses yang sesuai dengan bentuk wajah

Ramai yang memilih sunglasses kerana jenama, tanpa mengambil kira perihal kesesuaian dengan bentuk wajah sendiri. Ada juga yang memilih sunglasses dengan fikiran 'asalkan selesa dipakai'. Namun begitu, seiring dengan perkembangan dunia fesyen yang semakin menitikberatkan soal gaya dan penampilan, kita seharusnya bijak memilih kaca mata yang padan dengan bentuk muka.

Memilih Sunglasses yang Sesuai dengan Bentuk Wajah

Bentuk Muka Hati

Bagi yang berwajah bentuk hati, mereka memiliki wajah dengan kawasan dahi yang agak luas dan tulang pipi  yang tinggi. Oleh itu, mereka sangat sesuai dengan sunglasses jenis rimless. Ini adalah bertujuan bagi mengelakkan tulang pipi nampak terlalu jelas.

Memilih Sunglasses yang Sesuai I

Bentuk Muka Panjang

Oleh kerana mereka yang memiliki bentuk wajah sebegini biasanya memiliki garis lurus pipi dan hidung yang panjang, mereka lebih sesuai mengayakan sunglasses jenis berbingkai lebar. Untuk menampakkan kesan wajah lebih kecil atau lebar, pilih kaki (temple) bercorak dan 'jatuh'.

Memilih Sunglasses yang Sesuai II

Bentuk Muka Bulat

Bagi yang memiliki wajah berbentuk ini, ketahuilah bahawasanya awak sangat comel! Bagi mengelakkan wajah awak nampak lebih bulat, pilih sunglasses jenis petak. Ianya sangat membantu dalam memberikan kesan wajah berbentuk kepada awak. Tambahkan efek wajah panjang dengan memilih kaki yang tinggi dan imbangkan dengan bingkai berwarna gelap.
Memilih Sunglasses yang Sesuai III

Bentuk Muka Bersegi

Awak hanya perlu mengelakkan sunglasses yang berbentuk petak di bahagian bawah sekiranya awak memiliki bentuk wajah sebegini. Jika tidak, wajah awak akan kelihatan lebih bersegi. Sunglasses dengan bingkai berbentuk bulat atau bujur sangat membantu memberikan bentuk wajah yang seimbang.

Memilih Sunglasses yang Sesuai IV

Bujur Muka Sirih atau Bujur Telur

Rata-rata wanita Malaysia memiliki bentuk wajah sebegini. Pilihan yang terbaik adalah sunglasses jenis bingkai bersaiz sederhana. Elakkan dari memilih sunglasses berbingkai dengan kaki rendah kerana ia akan membuatkan bentuk wajah nampak tidak kena.

No comments:

Post a Comment