Search This Blog


Tips Jana Income dengan Dropship Part 2

Untuk entri hari ni, Mya nak sambung berkongsi tips jana income dengan dropship. Hari tu kira entri permulaan untuk orang yang baru bercita-cita and tak pernah langsung cuba berdropship. So, sekarang ni Mya nak kongsi, dari macam mana nak jana income dengan dropship, sampailah ke make a saving out of it. Dulu, Mya sampai boleh kumpul duit beli baju raya and everything dengan income dari dropship ni je. Macam mana ? Macam ni

Tips Jana Income dengan Dropship Part 2

Bila dah ada bahan iklan, kita mulalah share kat platform yang kita nak kan? Tapi, betul ke tidak waktu yang kita iklankan tu? Ayat yang kita guna pulak macam mana? Too formal? Too simple? Berapa kerap kita iklankan dalam sehari? Macam mana nak tarik perhatian orang kepada produk kita?

First, belajar traffic di platform kita. Perhatikan pukul berapa biasanya orang mula online. Ye la. Tak semua orang bekerja kan? Yang bekerja pun, ada yang start pukul 8, ada yang start pukul 9. Jadi, belajar pukul berapa biasanya timeline kita mula sibuk dengan update atau like. Time nilah kita boleh gunakan untuk munculkan diri. Maximum, empat kali sehari untuk beriklan. Jangan malu. Kita meniaga, bukan mencuri.

Next thing is, macam mana cara kita tonjolkan barang kita. Ada banyak cara nak menjual ni. Hardselling, softselling, direct selling *eh, masuk jugak?* Nak mudah, kita bagi segala detail pasal product masa iklan. Senanglah customer nak tahu harga, saiz, khasiat dan segala-galanya kat situ. Dah habis baca detail, tulis whatsapp Melah ye. Hujung sekali hashtag blablabla panjang berjela.

Tips jana income dengan dropship | Sumber gambar : Google
Boleh. Mya pun buat jugak sekali sekala bila dah tak tahu nak tulis apa. Time PMS tu mulalah malas nak fikir ayat, kopipes je detail barang, tambah nombor telefon and hashtag, terus tekan Post. Lantak kaulah ada yang baca atau tidak. Lepas tu, bila check balik, takde yang whatsapp, apatah lagi like status, mulalah angin PMS menjadi semakin kencang.

Salah siapa? Salah sendiri la. Dah tahu jual baju cantik macam Princess Anna of Arendelle tu, buatlah ayat manis-manis sikit. Nak menyanyi kat status pun tak ada hal. Silap-silap, ada yang menyanyi sama. Letak harga and no telefon sudahlah. Hashtag pun gunakan yang penting and trending je. Contohnya: #bajumurah #bajubridemaid #lofatah *masukkan je* 

Kalau awak meniaga produk kecantikan pulak, jangan asyik nak buat ayat keras kejung je. Memanglah awak nak share kebaikan dan kehebatan produk tu. Tapi, lama-lama orang boleh bosan nanti. Sharelah sikit pengalaman awak sendiri pakai produk tu macam mana. Orang lain tu pun nak tengok jugak awak pakai elok ke tak elok. 

Engagement kita dengan orang pun nak kena jaga. Kita nak orang like or komen status kita. Tapi, kita ada buat kat orang lain tak? What you give you get back. Dah la penuhkan timeline dengan produk jualan, kan? Ada orang tak kisah, ada yang menyampah. Jadi, engage dengan orang lain untuk jaga hati semua. Okay?

Setakat ni dulu yang Mya nak share. Itu pun dah terlebih membebel dah. Kalau ada lagi ilmu lain yang terlintas di fikiran Mya lagi nanti, Mya akan share. Termasuklah bab 'close deal' dan kekalkan customer sedia ada supaya setia dengan awak. Next time, okay. Muahh cikitt

4 comments:

  1. Tips yang bagus ni. teringin nak try jadi agen dropship. mungkin satu hari nanti la hehe.

    ReplyDelete
  2. ya..mana yang nak save better join dropship dulu

    ReplyDelete
  3. elsa dah mahir handle agen dropship pulak kali nie hehe dulu elsa just jadi agen je sekarang elsa dah ada agen! alhamdulillah business kecik kecik, hasilnya boleh beli keropok hari hari hehe. thanks for sharing sis :*

    ReplyDelete
  4. Yeay Tips Yang bagusss. Alja pun meniaga as Dropship je. yela kita kena bekerja 2-3 kerja, harap gaji je memang menangis. hihi

    ReplyDelete

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates