Search This Blog


Tips Jana Income dengan Dropship Part 1

On je Facebook or instagram, mesti nampak orang meniaga kan? Tolak tepilah FB Page and instagram nama-nama besar macam Fashion Valet, Lazada and all, kawan-kawan kita pun ramai sangat meniaga. Memang pelbagai, sampaikan tak perlu nak cari orang luar yang kita tak kenal. Macam Mya sendiri pun as an agent Nurraysa Beauty, Facebook personal Mya dah penuh dengan barang jualan je. Tapi, to be honest, sebelum jadi agent, Mya pun jana income dengan dropship jugak. Sebab, masa tu tak ada modal nak naik level. Well, orang meniaga semestinya nak jana income kan? And, jalan paling mudah is by jadi dropshipper. Tapi, macam caranya nak jana income dengan dropship ni?

Jana income dengan Dropship


Tips jana income dengan dropship (i) | sumber gambar : google

Mungkin ada yang biasa dengan istilah dropship. Mungkin ada yang tak. Kalau tanya pada Mya, maksud mudah dia adalah iklankan produk orang lain. Which simply means, kita tak payah nak simpan barang pun. Cuma jadi orang tengah antara customer dengan supplier. Cara semua orang tak sama. Mungkin cara yang Mya nak kongsi ni, tak menjadi untuk orang lain. Well, it is worth to try, kan? Mana tahu, dari sepuluh jalan yang Mya kongsi, satu daripadanya menjadi. Bila menjadi ni, memang seronok yang tak terkatalah.

Jadi, untuk langkah pertama, kenal pasti platform and target audience. Platform ni maksudnya cara kita nak iklan. Nak iklan di Facebook ke, instagram ke, Whatsapp ke, WeChat ke *banyaknya ke* Kepada siapa kita nak iklankan tu dipanggil target audience. Buat je anggaran berapa peratus perempuan dan berapa peratus lelaki. Lagi selamat kalau buat anggaran range umur sekali. Dari sini, bolehlah kalau nak pilih produk yang sesuai untuk dijual.

Katakan, lebih 70% friends kat Facebook adalah perempuan dalam range umur 18 ke 60 tahun, awak boleh pilih untuk dropship produk khusus untuk perempuan. Contohnya, pakaian, suplemen atau skincare products. Golongan dalam range umur ni dikira 'Golden Audience'. Sebab mereka-meraka ada kuasa membeli.

tips jana income dengan dropship (ii) | sumber gambar : google

Next, cari supplier yang aktif. Bukan apa. Nanti bila customer nak barang, supplier tak menjawab pulak. Silap-silap, awak yang nak kena menjawab dengan customer. Bahana namanya tu. Tapi, kena faham jugak, nak minta supplier terus jawab awak pun susah jugak. Beri masa. Mungkin dia ada urusan lain atau customer lain yang lebih urgent. 

Satu soalan yang selalu Mya dapat is kenapa ada seller yang minta yuran dropship and ada yang free? Tak ada beza pun sebenarnya. Cuma, bila awak kena bayar yuran dopship, awak akan jadi lebih motivated and rajin untuk iklankan barang. Yalah. Dah bayar RM50 tapi tak ada jualan, pasti awak akan rasa rugi kan? Sebab itulah ada yang kenakan yuran dropship. Tapi, jangan sebab tiada yuran permulaan, awak buat sambil lewa sahaja.

Ambil tahu trend is salah satu langkah penting jugak. Always observe and peka trend yang tengah hot kat News Feed Facebook or instagram awak. Ambil contoh, in 2014, trend duo tones and color block memang hot issue masa tu, sampaikan lelaki perempuan semua ikut. So, langkah mudah yang Mya ambil is cari supplier dan iklankan baju melayu dan baju kurung yang ketengahkan trend tu. Memang sambutan dia, tak menang tangan. 

Memang seronok kan? Tapi, macam mana pulak nak tarik perhatian orang untuk beli barang yang kita jual? Macam mana kita nak kekalkan perhatian customer yang pernah beli dengan kita? Masa bila yang sebenarnya sesuai nak postkan iklan di FB, Instagram dll? Yang tu, Mya akan sentuh dalam Part 2 esok. Sabar jap, ye.

p/s: Kalau berminat nak jadi dropship Nurraysa, boleh whatsapp Mya kat 0175721620.

0 pendapat bernas .:

Post a Comment

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates