Search This Blog

Thursday, March 23, 2017

# info # kecantikan

Teknik penjagaan rambut bermasalah

Macam tiba-tiba je kan tajuk ni? Actually semalam, Mya sempat pergi potong rambut dengan satu salon muslimah kat Manjung ni. Yalah. Lepas ni, entah bila lagi nak servis rambut ni lagi, kan? Ikut rajin jelah ceritanya akan datang ni. Okey, back to our story. Sambil-sambil cuci and potong rambut tu, sempatlah staf ni cerita pasal penjagaan rambut. Rambut Mya ni memang banyak masalah. So, based on masalah yang dia nampak pada kepala and rambut Mya ni, staff ni pun sempatlah ajar teknik penjagaan rambut yang betul. Bukan khas untuk perempuan je. Lelaki pun boleh cuba.

Teknik penjagaan rambut bermasalah


Teknik penjagaan rambut bermasalah | sumber : google

First, kita kena cuci rambut at least berselang dua atau tiga hari. Which means, dalam sekali atau dua kali saje seminggu. Jangan terlebih. Kerana rambut kita ada natural moisture yang akan membuatkan rambut jadi lembut dan cantik. Tapi, kalau rambut awak jenis yang sangat cepat berminyak atau berminyak teruk macam Mya, awak boleh lah basuh rambut setiap selang sehari dengan sikit saje kuantiti syampu. Bak kata kakak staff salun tadi, sekadar nak mencuci minyak. Bukan apa. Kalau rambut terlalu berminyak, akan sebabkan masalah rambut dan kulit kepala yang lain pulak.

Sesekali kita kena jugak sapukan conditioner pada rambut. Sebabnya, rambut kita ni ada masalahnya sendiri. Maybe terdedah bawah matahari. Mungkin terperap dalam tudung sepanjang hari. Jadi, untuk pastikan kesihatan rambut kita terjaga, kita kenalah sapukan conditioner ataupun minyak argan. Bukan susah pun kan? Cuci rambut, keringkan and sapu conditioner. Barulah rambut kita nampak lagi lembut, lagi flowy... Guna jari pun boleh...

Last sekali, kakak staff tu ada pesan jugak. If kulit kepala jenis berkelemumur tu, at least once a month, cubalah dapatkan rawatan di salun. Kalau biarkan, mungkin akan sebabkan masalah rambut gugur yang teruk. Tapi, Mya ada jugak dapat satu tips dari mama Mya on how to treat dandruff problem. Kiranya cara tradisional yang boleh kita amalkan di rumah je. Caranya mudah sangat pun.

Teknik penjagaan rambut bermasalah | sumber : google

Just perah limau kasturi ataupun lemon dalam bekas. Then kita gosokkan pada kulit kepala. Urut-urut sikit dan cuci dengan air. Bolehlah ulang sekali atau dua dalam seminggu. Ulang sampai kelemumur berkurang ataupun hilang terus.

So, setakat ni je tips atau teknik yang Mya boleh kongsikan. Itupun sebab banyak tu je ilmu yang sempat Mya korek dari kakak staff tu semalam. Anyway, kita boleh cuba sama-sama. And to kakak staff salun berkenaan, thanks sebab dah tolong cuci and potongkan rambut Mya dengan baik. I feel like a shampoo model until this moment. Okey, karut. Bye.

4 comments:

  1. Ju pun jarang ke salon utk merawat rambut mlainkan utk gunting rmbut shja, tp tahun ni xkot sb nak pnjgkan semula rmbut ni =D Btw, sharing yg baik pasal guna lemon utk dandruff tu =)

    ReplyDelete
  2. Yeah.. rambut saya kadang2 berkelimur2 juga.. dah bagi botak pun kadang2 ada juga sikit..

    mungkin ini la masanya untuk saya gunakan tips ni

    ReplyDelete