Search This Blog

Wednesday, March 15, 2017

Kisah Seram Asrama Perempuan (Bahagian 1)

Dah kenapa tiba-tiba Mya nak bercerita pasal kisah seram asrama perempuan pulak kan? Semuanya gara-gara team AFB *geng blogger yang best and banyak membantu* yang buka topik ni pagi tadi. Disebabkan sekarang ni waktu siang, bolehlah kalau Mya nak bercerita. Mungkin ada yang tak tahu yang Mya ni pernah bersekolah di sekolah berasrama penuh perempuan dulu *bukan SBPA ya* melainkan kawan sekolahlah kan. So, Mya nak beritahu awal-awal yang compilation kisah seram asrama perempuan yang Mya nak ceritakan ni sebenarnya adalah kisah benar yang Mya dan kawan-kawan Mya sendiri alami. Kita tolak kisah adik-adik junior histeria beramai-ramai, kita tolak kisah-kisah biasa macam ada makhluk atas loker dan sebagainya. So, ini kisah seram kami. 

Kisah Seram Asrama Perempuan

Mya takkan susun cerita ikut tahun. Sebab Mya akan tulis apa yang terlintas je. Sebab banyak sangat yang kami dah rasa sepanjang 5 tahun di sekolah ni. Kadang-kadang, ada orang yang kata, dah lali sangat. Cuma bila jadi kat diri sendiri tu, seramnya tetap ada. Tapi, kami simpan jadi kenangan dan pengalaman. Sebab, setiap yang jadi tu, mesti ada puncanya.


Cerita pertama Mya ni terjadi masa Mya di tingkatan menengah atas *tak pasti form 4 atau form 5*. Biasanya, bila dah dekat dengan hari sukan, semua ahli rumah sukan akan berkumpul di satu tempat dan berkumpul sampai lewat sangat. Dah jadi rutin setiap malam akan buat segala kerja siapkan baju untuk pasukan kawad, pasukan sorak dan sebagainya. Biasanya juga, adik-adik junior ni akan dilepaskan awal. Jadinya, kakak-kakak senior ni akan teruskan buat kerja sampai badan dah tak larat sangat.

Nak jadikan cerita, bilik Mya terletak paling jauh dari bilik port kami berkumpul. Dan, sebelah bilik Mya adalah bilik kosong yang tak digunakan. Dulu ada tingkatan 6 yang stay bilik tu. Tapi, kakak-kakak ni diamanahkan untuk jaga adik-adik junor yang banyak sangat kes lemah semangat. So, disebabkan bilik kami ni hujung, nak pergi mana-mana pun mesti akan lalu depan bilik kosong ni. 

It was almost 3AM masa Mya dan dua junior Mya balik dari siapkan bahan untuk hari sukan. Hari sukan tinggal lagi dua hari, mestilah kerja keras sikit bila ada banyak lagi yang belum siap. Dengan lagak tenang, kami berjalan dari bilik port yang berada di blok lain, balik ke blok kami. Memang tak pandang kiri kanan, and jalan pun seiringan macam 3 bujang lapok. It was a very, very calm night. Tak ada angin, tak ada tanda-tanda nak hujan. Nothing was out of its place.

Kami pun jalan ke bilik sambil bincang pasal baju dan pergerakan pasukan kawad yang masih ada sedikit sumbang. Sedar tak sedar, kami dah berada depan bilik kosong tu. Memang tak sedar langsung dah nak sampai bilik until...

PAPP!

Ada bunyi something tampar tingkap masa kami lalu depan bilik kosong tu. Out of reflex, kami bertiga serentak menoleh. It was nothing. Nothing at all. Except, sekeping kalendar yang memang dah lama tergantung kat tingkap tu. Mesti awak nak kata angin tiup kalendar, kan? Remember I did say tak ada angin earlier? Memang tak ada angin. And if ada angin pun, scientifically, bunyi tu tak mungkin dari kalendar tu sebab tingkap bilik bertutup.

Memang tak tunggu lamalah. Pandang depan, terus lari pecut. Nasib baiklah kami bertiga ni wakil pecut rumah sukan. Terus basuh kaki, naik katil, baca doa, dan tidur. Bukan semata sebab takut. Sebab badan dah penat. Esok hari terakhir untuk buat persiapan. Yang pasti, kami bertiga janji tak akan buat kerja sampai 3AM lagi. Baik bawak kerja tu balik bilik dari kena lalu depan bilik tu tengah malam sunyi lagi. Dahlah malam jumaat. Taubat!

Nanti Mya sambung cerita seram versi lain pula. Versi Mya ni banyak yang seram-suram-sepi macam kat atas ni. Mya kongsi versi kawan Mya nanti. Ada banyak lagi. Bonus kisah seram apartment dan jalan raya sekali nanti .

7 comments:

  1. Hehehhee...main tepuk2 tingkap plak dia yer...say hi kot sbb korang lalu..

    ReplyDelete
  2. Ala... Dia nak tengok kalendar la tu.. Bila tengok kalendar tu kalendar tahun lepas, tu yang dia marah tu. Terus hempas kalendar tu..haha..

    ReplyDelete
  3. memang seram kalau alami sendiri

    ReplyDelete
  4. asrama memang macam2 lah akan kita lalui. elsa pun dulu sekolah asrama juga huhu. nasib baik sis mya jalan bertiga. kalau sorang sorang? mesti berderau jantung kan huhu

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/alexa-rank-blog-elsaalicious-1.html

    ReplyDelete
  5. Tak sabar nak baca kisah seram seterusnya..suka baca kisah seram, tapi Kak Sue nie penakut orangnya Mya..

    ReplyDelete
  6. Hehehe...akk pn ada cerita seram.. afb dulu la ni buka topik pagi hehehehe

    ReplyDelete
  7. Zaman sekolah dlu aina xde alami kisah seram sbb xtinggal di asrama. Tapi bila masuk u ni... Aishh.... Byk pulak. Dlm bilik sendiri plk tu. Huhuhu

    ReplyDelete