Search This Blog


Tips ambil gambar ala-candid yang cantik

Sebenarnya Mya bukanlah orang yang sangat sesuai untuk berikan tips ambil gambar ala candid yang cantik, berkesan atau terbaik. Kalau diukur dari tahap kepakaran dan kelulusan Mya dalam bidang fotografi ni, memang macam tak layak langsung. Tapi, dengan sedikit ilmu yang Mya ada ni, Mya nak kongsikan sedikit sebagai panduan awak-awak di luar sana beberapa tips ambil gambar ala-candid yang cantik dan nampak natural. Tips ini juga boleh digunakan dengan smartphone ataupun DSLR.

Tips ambil gambar ala-candid yang cantik

Bersedia

Bersedia yang dimaksudkan di sini, bukan terhad kepada subjek dan alatan sahaja. Awak sebagai jurugambar juga perlu bersedia kerana gambar candid yang cantik memerlukan pengiraan masa yang tepat. Kata orang, it's like a once-in-a-lifetime chance. Good candid photo comes with perfect timing.

Setkan device dalam mod burst/continuous

Gambar ala-candid yang nampak natural tidak terjadi dalam satu click sahaja sebenarnya. Setkan smartphone/ digital camera/DSLR dalam mod continuous dan ambil gambar subjek untuk beberapa ketika. Ambil contoh dari rentetan gambar yang pernah Mya tangkap lebih kurang dua bulan yang lalu untuk pre-convo kakak senior Mya ini *versi edited*

Tips ambil gambar ala-candid yang cantik : Bersedia dalam mod burst/continuous

Dengan mengambil gambar sebegini, awak akan mendapat lebih banyak pilihan gambar yang boleh digunakan dan gambar candid awak juga akan nampak lebih natural. Ini kerana, subjek lebih bebas bergerak berbanding one-click photoshoot.

Selesa

Subjek, kamera dan sekeliling.
Ketiga-tiga aspek ini perlu diambil kira untuk menjamin gambar candid yang cantik. Apa yang dimaksudkan dengan selesa adalah, ketiga-tiga aspek ini tidak terikat dan bebas bagi memudahkan proses fotografi. Model yang tidak berasa selesa, ianya akan jelas terpamer di wajah. Jadi, biarkan model berasa selesa berada di hadapan kamera buat beberapa seketika dalam suasana yang ingin awak capture. Smartphone atau camera awak juga perlu berada dalam keadaan yang selesa untuk digunakan.

Tips ambil gambar ala-candid yang cantik : Selesa

Alih Perhatian

Cara ini bukan sahaja untuk model kanak-kanak, malahan orang dewasa. Pergerakan akan sedikit terkawal apabila mereka sedar adanya kamera disekeliling mereka. Berpura-pura mengambil gambar subjek lain atau berbual mengenai tajuk yang mungkin menarik perhatian mereka, boleh membantu awak mengambil gambar yang cantik.

Tips ambil gambar ala-candid yang cantik : Alih perhatian

'Under the eye'

Ini bukan bermaksud awak kena pukau subjek ya. This simply means yang awak perlu elakkan dari mengambil gambar dari sudut yang lebih tinggi dari mata subjek. Kedudukan device haruslah berada sama ada sama tinggi dengan paras mata subjek atau sebaiknya, lebih rendah. Kenapa perlu elakkan mengambil gambar dari atas? Ini kerana, ia akan menyebabkan gambar awak nampak distant, kurang menarik dan tidak nampak natural.

Setakat ini yang boleh Mya kongsikan.
Bagi yang mahu mencuba, bolehlah cuba.
Seperti yang Mya beritahu di awal tadi, Mya bukanlah pakar.
Sekadar berkongsi ilmu selepas ditanya oleh beberapa teman dan keluarga.
Check-out lebih banyak gambar preconvo di atas dgn klik di sini

0 pendapat bernas .:

Post a Comment

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates