Search This Blog


Late Dinner di Kongsi Bistro, Ipoh

Senyum sampai telinga. Memang berbunga-bunga hati penyokong pasukan Perak The Bos Gaurus lepas keluar dari stadium. Mama awal-awal dah menari cha-cha kat dalam stadium. Mya? Tengah melawan rasa sakit perut yang dah masuk angin. Balik je dari stadium, kepala dah fikir makanan. Nasib baiklah lalu depan Kongsi Bistro. Jadi, apa lagi? Kita isi perut dululah sebelum balik ke rumah di Kongsi Bistro ni.

Kongsi Bistro, Ipoh

Kongsi Bistro ni sebenarnya tak jauh pun dari rumah Mya kat Kampung Sengat, Simpang Pulai tu. Dan sebenarnya lagi, sebelum ni, Kongsi Bistro ni dipanggil Laypark Cafe. Mungkin owner-nya dah berubah, Mya tidak tahu. Tetapi, konsep and suasana kedai pun terasa lain dari sebelumnya. Mya lagi sukakan konsep yang sekarang. Santai dan mesra untuk yang datang dengan family. Gaya hipster pun ada juga terselit di beberapa tempat. Simple je decoration yang bistro ni guna. Minimal at max.


Kongsi Bistro #1

Waiter pun nampak sempoi dan mesra. Senyum je memanjang. Relax je dia attend family Mya yang tak berapa nak 'sihat' tengah-tengah malam tu. Maklumlah. Bila happy dan lapar bergabung, dia jadi luar alam sikit. Dah hampir pukul 12 pula. Memang kami jadi hyper sikit.

Disebabkan dah tengah malam dan hidangan bergoreng semuanya dah habis, also I'm not in the mood for Nasi Ayam, Mya pilih Chicken Chop. Selalu sangat makan Lamb Chop pun tak boleh jugak kan? But, definitely masuk senarai 'To-Eat-at-Kongsi-Bistro-next-time'. Sebab, to me, makanan kat sini semuanya sedap. Ayah dengan mama sapu licin Nasi Ayam, tak sempat nak join. Adik yang order Fish and Chip pun katanya sedap juga.

Kongsi Bistro #2 : Chicken Chop

Semestinya akan datang lagi after this. Silap-silap, boleh datang sini after every home game. Oh ya! Isnin cuti tau. Manalah tahu kut-kut dari Gopeng nak ke Ipoh atau sebaliknya, teringin nak singgah Kongsi Bistro ni. Tengok tutup, marah pulak. Waktu operasi tak sempat nak check. Tapi, around late evening until late night-lah jugak.

Nak datang guna PakCik Google Maps pun boleh. Google je 'LayPark Cafe Ipoh' (nama lama). Senang je nak cari. Betul-betul depan Jalan Nazrin Shah ni. Tepi jalan sangat.

7 comments:

  1. Uik..temptingnya chicken chop tu...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Mya...nt kalu ke area sana..boleh cuba

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaa chicken chop. Bila entah nak sampai Ipoh ni. Hehe. Banyak jugak tempat makan best dekat sana

    ReplyDelete
  4. okay den tengah puasa nii tengok pulak chicken chop yang menarik tu adoii hahaha

    ReplyDelete
  5. Sedapnya..baik kampung nanti boleh la singgah

    ReplyDelete
  6. Nanti nak ajak husband la kalau balik ke Ipoh..Dekat hometown dia ni...

    ReplyDelete

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates