Search This Blog


Laksa Telur Sarang Taman Botani, Ipoh

Memandangkan hari ni cuti sebab pada rancangannya nak ke stadium untuk menonton secara langsung perlawanan Liga Super antara pasukan Perak dan Johor DT, Mya sekeluarga pun cuba penuhkan dengan aktiviti bersama kawan-kawan mama. As planned, kami pun berkumpul di restoran laksa telur sarang Taman Botani yang sangat terkenal di Ipoh ni. Nasib baiklah kawan-kawan mama dah reservekan meja untuk kami. Kalau tak, memang tak dapatlah nak merasa laksa telur sarang ni.

Laksa Telur Sarang Taman Botani, Ipoh

Laksa Telur Sarang Taman Botani, Ipoh


Nama sebenar kafe ini adalah Kafe Setinggan. Tapi memang orang setempat lebih selesa dengan gelaran restoran laksa telur sarang. Bila dah sampai sini, mestilah nak merasa laksa yang famous sangat ni. Mya memang sedikit cerewet bila menghadap hidangan laksa. Sebab Mya suka bandingkan dengan laksa yang mama masak. For the taste, bagi Mya biasa-biasa sahaja. Tetapi, for most, mungkin rasanya sudah cukup memuaskan hati. Laksanya pun banyak. Memang kenyang sungguhlah.

I really love the environment yang cuba diketengahkan restoran ni. Klasik dan sangat mengimbau memori. Rasa macam berada dalam filem Rock Oo. Tambah pula dengan poster-poster kumpulan rock lagenda yang digantung pada dinding. Terkeluar sebaris dua dialog filem Rock Oo tanpa sedar.

Ada juga makanan lain yang dijual di luar restoran ini. Jadi, kalau awak mahu menikmati hidangan lain, just pilih je anything dari gerai-gerai yang berada berhampiran.

Cara paling mudah untuk ke Kafe Setinggan adalah dengan gunakan Waze atau Google Maps. Taip saja Laksa Telur Sarang Taman Botani, terus keluar alamat yang dicari. Bagi yang belum mencuba tu, bolehlah mencubanya.

5 comments:

  1. huhuhu.. nampak sedap.. Nurul ni hantu laksa jugak :D


    jemput join ye
    http://www.syahirahvaliant.com/2017/02/segmen-review-blog-by-syahirahvaliantcom.html

    ReplyDelete
  2. laksa telur sarang eh..! ok mark siap2.. nanti ke Ipoh MESTI cari tempat ni.. selalu kak ain kalau ke Ipoh menu wajib kak ain mesti la Mee Kicap.. hehehehehe.. kali ni tambah satu lagi menu must try..

    :)

    ...

    ReplyDelete
  3. Mya cannot compare laksa mak buat dengan kat luar..the best mesti yang mak masak..akak kalau makan laksa kat luar, saja nak try je..laksa air tangan mak, is da best all the time...laksa telur sarang ni selalu dengar tapi tak pernah cuba lagi setakat ni..

    ReplyDelete

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates