Search This Blog


Vegetarian : Amalan yang Tidak Sihat

Sejak dari kali pertama Mya memahami maksud perkataan ‘Vegetarian’ lagi, Mya selalu terfikir sama ada golongan ini mendapat zat yang diperlukan tubuh secukupnya ataupun tidak. Di akhirnya, hanya satu yang Mya selalu simpulkan : vegetarian amalan yang tidak sihat. Namun begitu, bukankah dikatakan kita perlu mengambil banyak sayuran dan semestinya juga veterian memiliki kaedah mereka sendiri bagi mendapat zat yang hilang. Mengapa masih vegetarian amalan yang tidak sihat?

Vegetarian : Amalan yang Tidak Sihat


Golongan vegetarian adalah golongan yang tidak menjamah sebarang jenis daging haiwan, termasuk ikan dan binatang ternakan. Malahan, ada di antara mereka yang langsung tidak menyentuh sebarang produk berasaskan haiwan seperti telur, susu, keju dan sebagainya. Namun begitu, amalan ini bukanlah suatu amalan yang baik kerana tubuh kita juga memerlukan zat yang hanya boleh didapati dari daging haiwan.

Benarkah vegetarian amalan yang tidak sihat?
sumber gambar : google

Kurang Vitamin A

Vitamin ini sangat penting bagi memastikan sistem imunisasi, penglihatan dan pertumbuhan tulang berlaku dengan baik. Sudah terlalu banyak kes yang dianggarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di mana kanak-kanak menjadi buta sementara kerana kekurangan vitamin A. Manakala 50% dari jumlah itu pula meninggal dunia dalam masa 12 bulan *ngeri*

 Badan kita memproses beta karotena daripada sumber menjadi vitamin A. Sememangnya ada sayuran dan herba yang mengandungi khasiat itu, namun proses penukaran itu memerlukan elemen lain yang dihasilkan tubuh. Elemen itu pula dihasilkan dengan ransangan lemak pada daging haiwan. Tetapi perlu diingatkan, hanya makan sekadarnya sahaja.

Kurang Vitamin B12

Daging merah merupakan pembekal vitamin B12 yang sangat baik untuk badan. Ada yang berpendapat bahawa daging merah perlu dijauhi kerana boleh mengakibatkan kanser dan sakit jantung. Namun begitu, masalah itu hanya akan terjadi apabila mengambil daging merah melebihi kadar yang diperlukan badan. Purata pengambilan yang digalakkan hanyalah sebanyak 3 hingga 5 auns sahaja setiap hari.

Vegetarian : Amalan yang Tidak Sihat
sumber gambar : google

Walaupun dikatakan vitamin ini boleh diperoleh daripada alga, tempe, ragi dan spirulina, kajian telah menunjukkan bahawa bahan-bahan ini tidak membantu meningkatkan kadar vitamin B12 di dalam tubuh kita. Malahan, vitamin B12 yang didapati dari produk berasakan haiwan juga tidak mampu memberikan kadar yang sama seperti daging merah.

Kurang Omega-3

Sebut sahaja Omega-3, pasti ramai yang terbayang zat daripada ikan. Betul. Zat asid linolenik yang boleh diperoleh daripada ikan dan telur ini mampu membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta mengurangkan peratus risiko menghidap kanser.

Tambahan lagi, dengan pengambilan sayuran yang mengandungi zat Omega-6 sebenarnya tidak membantu tubuh mendapatkan Omega-3, sebaliknya kadar asid lemak Omega-6 yang tinggi pula akan meningkat risiko  mendapat sakit jantung.

Oleh itu, amalkan pemakanan yang sihat dan berpada-pada, sesuai dengan keperluan zat oleh tubuh kita. Makan dalam kadar berlebihan boleh mengakibatkan kita mendapat penyakit, begitu juga sebaliknya.


Bahan penulisan ini diperoleh dari buku Quran Saintifik, hasil tulisan Dr. Danial Zainal Abidin, Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd.

Lihat artikel kesihatan lain :

0 pendapat bernas .:

Post a Comment

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates