Search This Blog


'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Tarikh 19 Januari semestinya merupakan tarikh penuh emosi buat para peminat Rain seluruh dunia apabila berita mengenai perkahwinannya bersama kekasih hatinya, Kim Tae Hee mula tersebar. Apa yang lebih mengharukan, Rain sempat merakamkan sebuah lagu yang diberi tajuk The Best Gift yang disempurnakan pada awal tahun ini. Lagu itu dikatakan merupakan hadiah Rain buat isterinya berdasarkan lirik yang ditulis pada bahagian korus. Sememangnya the best gift buat kedua-dua mereka.

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

http://myafarisha.blogspot.com/2017/01/the-best-gift-hadiah-rain-buat-isteri.html

Rain, atau nama sebenarnya, Jung Ji Hoon memaklumkan peminat mengenai berita perkahwinan pada 17 Januari sebelum melangsungkan perkahwinannya dua hari kemudian melalui surat bertulisan tangan yang dipos pada laman media sosialnya.  Rata-rata peminat meluahkan rasa gembira apabila menyaksikan kisah cinta yang dijalinkan lebih lima tahun itu berakhir dengan sebuah perkahwinan. 

Sekadar menjalankan sebuah majlis ringkas dan tertutup, Kim Tae Hee dan Rain disatukan di sebuah gereja Katolik, dihadiri seluruh kaum keluarga dan teman rapat kedua belah pengantin. Rain juga dikhabarkan telah menyanyikan lagu terbarunya, The Best Gift, buat isteri tersayang di hadapan para tetamu yang telah hadir. 


Kim Tae Hee, yang popular dengan drama My Princess, kemudiannya turut mengepos surat bertulisan tangan di laman media sosialnya sebagai tanda terima kasih kepada peminat mereka berdua yang menyokong dan mengucapkan tahniah atas perkahwinannya. Janjinya adalah untuk menjadi pelakon yang lebih baik, disamping memberikan yang terbaik sebagai seorang isteri.

Pasangan ini dikhabarkan akan menetap di apartment milik Rain di Cheondamdong dan akan berbulan madu di Bali, Indonesia. Rain dan Kim Tae Hee kini disahkan pasanagn artis Korea yang memiliki aset harta terbanyak iaitu sekitar 43 Million Dolar.

0 pendapat bernas .:

Post a Comment

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates