Search This Blog

Sunday, January 15, 2017

# info # photoshop

Teknik Mata Futuristik menggunakan Photoshop

Mya nak kongsi satu ilmu photoshop editing yang boleh dikatakan menarik untuk dipelajari. Bagi peminat filem futuristik seperti Mya, mungkin awak pernah melihat poster yang menggunakan teknik mata futuristik atau sebagainya yang sama seperti contoh dibawah ni. Mungkin juga ada yang lebih tahu dan miliki langkah lebih mudah untuk teknik mata futuristik menggunakan Photoshop ini. 

Teknik Mata Futuristik menggunakan Photoshop
Teknik ini tidak terhad untuk digunakan pada bahagian mata sahaja. Ada yang menggabungkan teknik ini dengan tangan, bola dan apa sahaja objek yang tampak bersesuaian. Jadi untuk sesi tutorial ini, awak cuma perlukan gambar mata dan gambar angka binary seperti yang dibawah ini:

Teknik Mata Futuristik menggunakan Photoshop

Teknik Mata Futuristik menggunakan Photoshop


1. Klik 'File' dan pilih 'New'. Masukkan saiz canvas yang diinginkan.
Sebaiknya, ikut saiz gambar mata yang sudah siapa disediakan.


 2. Klik ikon 'Add New Layer'.

3. Pilih fungsi 'Rectangle Shape'.

4. Ubah 'Style' kepada kosong dan 'Color' kepada warna putih seperti gambaran diatas.
Lukiskan beberapa garisan random dalam jarak yang berbeza.


 5. Klik pada kesemua layer shape tadi dan right-click pada tetikus.
Apabila keluar menu, pilih 'Merge Layers'.
Sesudah itu, right-click pada shape sekali lagi dan pilih 'Duplicate Layer'.
Klik pada icon mata kecik untuk sembunyikan salah satu shape.

6. Klik pada shape yang hendak digunakan, pilih fungsi 'Filter'.
Pilih 'Distort'  dan 'Polar Coordinates'.
Apabila keluar pop-up window, terus tekan 'Enter'.


7. Sembunyikan pula layer yang sudah siap pada arahan 6 tadi.
Tayangkan semula layer yang sudah disembunyikan pada arahan 5.
Pusingkan gambar hingga menjadi garisan tegak seperti dalam gambar.

8. Ulang Arahan 6.


9. Sembunyikan semua layer kecuali yang paling bawah.
Klik pada ikon 'Add New Layer'.

10. Ubah tetapan pada 'Style' kepada 'Stroke,0% Fill Opacity' seperti dalam gambar di atas.
Lukiskan satu petak segi empat dalam saiz sederhana.


11. Double-click pada layer shape yang baru dilukis.
http://myafarisha.blogspot.com/2017/01/teknik-mata-futuristik-menggunakan-photoshop.html
12. Pada pop-up window 'Layer Style', klik pada petak 'Stroke'
dan ubahkan tetapan seperti dalam gambar.


13. Teruskan melukis segi empat dalam berbagai saiz dan bentuk.
Sesudah selesai, highlight ke semua layer segi empat tadi dan right-click pada tetikus.
Pilih 'Rasterize Layer' pada menu yang keluar.
Kemudian, right-click sekali lagi untuk merge layers.


14. Klik pada 'File' dan pilih 'Place'.
Pilih gambar mata yang sudah disediakan.


15. Susun layer supaya gambar mata berada di kedudukan paling bawah.

16. Munculkan shape yang telah disembunyikan satu persatu dan 
klik pada kotak 'Normal' yang berada di sebelah Opacity. Pilih 'Soft Light'.
Ulang langkah yang sama pada gambar garisan kedua.


17. Double-click pada layer segi empat.

18. Pilih 'Outer Glow' dan ubahkan tetapan seperti dalam gambar.


19. Ulang langkah 14 untuk memasukkan gambar angka binary.
Susun supaya gambar angka berada paling atas. 
Right-click pada layer gambar angka binary dan pilih 'Soft Light'


20. Right-click pada gambar angka binary seklai lagi dan pilih 'Screen'.


21. Ubah opacity kepada peratus rendah supaya gambar angka binary menjadi samar-samar.
Klik pada fungsi 'Eraser' dan tetapkan hardness kepada 0%.
Padam gambar angka binary pada kawasan yang diingini.

22. Siap!

Semoga berjaya kepada yang mencuba.

No comments:

Post a Comment