Search This Blog


SPORT CAM F60R

Apa must-have-item yang seorang traveler patut ada? Kalau Mya, selain daripada keperluan asas, Mya sangat perlukan kamera mudah alih yang membolehkan Mya merakam aktiviti Mya di sesuatu tempat. Tobe honest, sport cam F60R yang Mya beli sebelum ke Johor dulu tu sangat membantu. Baik di tempat tinggi, dalam air, gambar atau video, sport cam F60R menjalankan tugasnya dengan baik. 

Captured with sport cam F60R

SPORT CAM F60R REVIEW


F60R adalah salah satu sport cam yang sangat sesuai bagi mereka yang memiliki bajet rendah. Harga pasarannya hanya dalam lingkungan RM 200 sahaja. Pun begitu, kualiti gambarnya mungkin tidak setanding gambar dihasilkan kamera aksi berjenama seperti Go Pro dan XiaoMi. Tetapi, ianya masih baik dan cantik. Antara gambar yang telah Mya snap dengan F60R ini boleh dilihat di sini.

Unbox-ing SPORT CAM F60R . USB Cable and Plug
also included but not in the picture

Seperti sport cam yang lain, antara kelebihan F60R juga ialah ianya boleh dibawa ketika aktiviti menyelam, setidaknya sehingga kedalaman 30M dibawah paras laut. Apa yang paling Mya suka tentang set F60R ini ialah segala kelengkapan telah diberi di dalam satu kotak. Hanya perlu beli kad memori dan monopod untuk memudahkan kegunaan.

SPORT CAM F60R

Antara kelebihan lainnya, F60R ini hadir dengan 8 pilihan warna yang sangat menarik dan sangat ringan untuk dibawa. Dengan memori 16GB, awak boleh merakam video berformat MP4 sehingga 160 min. Bermakna, dengan memori 64GB, awak boleh merakam sehingga lebih 10 jam secara berterusan.

Contoh video yang pernah Mya ambil dengan F60R boleh ditonton di instagram Mya. Even dengan fungsi fast-forward, video yang diambil masih cantik dan nampak dengan jelas. That’s why Mya sangat mencadangkan F60 R untuk awak yang inginkan sport cam dengan harga yang murah, tetapi dengan kualiti gambar/video yang baik

p/s: I was lucky sebab peniaga yang jual F60R ni sangat baik and considerate
He was asking for my budget and preference before suggesting a few kinds of sports cam to me.

3 comments:

  1. Boleh bawa menyelam tue yg best. Boleh tambah koleksi lagi nie. Thanks for the info :)

    ReplyDelete
  2. Wahh..macam tertarik pula nak beli nie Mya..

    ReplyDelete
  3. Wah menarik! Ju tgh survay2 sport cam skrg ni

    ReplyDelete

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates