Search This Blog


Running Man Diteruskan, Tak Jadi Dibatalkan

Berita terkini mengenai rancangan variety Korea terkenal, Running Man ini pastinya mengembalikan semula senyuman di wajah para peminat. Pengumuman yang telah dikeluarkan oleh kru penerbitan rancangan itu pada penghujung tahun 2016 kini telah dibatalkan, lanjutan persetujuan ahli-ahli sendiri agar Running Man diteruskan. Berita mengenai Running Man diteruskan semula selepas episod istimewa ahli ini nyata menggembirakan hati para peminat yang asalnya bersedih dengan berita pembuangan Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook pada Disember 2016.

Running Man Diteruskan, Tak Jadi Dibatalkan


Running Man Diteruskan, Tak Jadi Dibatalkan

Bermula dengan penarikan diri oleh Kang Gary pada November tahun lalu, peminat mula berasa sedih dan langsung tidak dapat menduga apabila berita Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo juga akan menyusul langkah Kang Gary atas alasan tanggungjawab lain mula tersebar. Namun begitu, berita itu disangkal oleh kedua-dua pihak pengurusan yang mendakwa artis mereka telah dilucutkan atas tujuan pembaharuan.

Setelah perbincangan dengan Ketua Ibu Pejabat SBS sendiri, Mr. Nam, keenam-enam ahli akhirnya bersetuju untuk meneruskan pengambaran dan membatalkan pembatalan rancangan yang sepatutnya berakhir bulan hadapan. Kang Gary juga dikatakan akan menghiasi episod minggu ini sebagai tetamu istimewa tanpa pengetahuan para ahli lain.

Kinda a happy news for a 6-years-long loyal fan like me.
Sumber : Koreaboo

5 comments:

  1. Lahhh tak jdi batal pulak.. baguslah gitu ek. Kelakar RM

    ReplyDelete
  2. Nasib baik..kalau tak, sunyilah rumah ni tak ada gelak ketawa hahaha

    ReplyDelete
  3. yayyy! boleh gelak gelak lagi lepasnie

    ReplyDelete
  4. kalau semua masih join RM lagi best kan huhu

    ReplyDelete

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates