Search This Blog

Sunday, January 1, 2017

Perlu ke sambung Master ?

Tajuk entri kali ni sebenarnya bukan semata-mata soalan yang ada dalam kepala Mya, malahan bagi hampir semua lepasan ijazah sarjana muda macam Mya jugak. Besar sebenarnya topik ni kalau hendak dinilai semula oleh kami yang baru habis belajar ni.

So, baru-baru ni, masa Mya pergi selesaikan urusan clearance di uni, Mya sempat jumpa dengan salah seorang lecturer yang jugak coordinator bidang yang Mya belajar kat sana. Lama jugak kami berborak. Habis semua topik kami sentuh. Termasuklah mengenai perlu atau tidak untuk melanjutkan pelajaran ke master. Walaupun sebenarnya Mya tak pernah consider walau sekalipun untuk sambung master, bila dengar kawan-kawan bertanya sama ada patut atau tidak, Mya tertanya-tanya juga.

So, bila dah berbangkit isu ni depan lecturer tu, beliau hanya tanyakan satu soalan sahaja kepada Mya and Dee; do you wanna be the industry or in education?

Bila Mya kata yang I’m not into education that much, terus beliau beritahu yang maybe Mya tak perlu sambung master dan continue cari kerja yang sesuai. Sebabnya, kata beliau, sambung master adalah langkah pertama untuk jadi lecturer.

Sambung beliau lagi, bagi kebanyakkan majikan di luar sana, apa yang penting bagi mereka adalah pekerja yang berkemahiran dan boleh menerima arahan. Yang paling memudahkan Mya untuk faham adalah, apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat master, umur akan bertambah. Jadi peluang mencari pekerjaan menjadi lebih sukar kerana majikan semestinya akan mencari pekerja dari golongan usia yang lebih muda.

Hence, bagi orang lain yang memiliki kerunsingan yang sama, Mya cadangkan awak tanyakan soalan di atas tu kepada diri sendiri. Bukanlah ini bermaksud yang menyambung ke peringkat master adalah perkara yang tidak bagus. Tetapi, dalam zaman yang memerlukan kita bergerak lebih pantas dari orang lain, keputusan kita hari ni menentukan masa depan kita.


It ain’t over till it’s over.

1 comment:

  1. Ada betulnya apa yg Mya tulis. Tp tak salah sambung master sambil bekerja. Sy pun begitu, working and studying at the same time, cuma hati kena kental sbb kena juggle and manage time. :)

    ReplyDelete