Search This Blog


Okey ke Kopi? Khasiat dan Kebaikannya

Benda yang paling teringin Mya nak buat dari dulu lagi is merasai suasana minum kopi *most probably mocha* sambil membaca macam dalam drama Korea tu. Sampaikan, pernah pasang angan *masih, sebenarnya* nak bukak book cafe kat tempat Mya ni, walaupun mungkin akan kurang mendapat sambutan atas sebab persekitaran. Anyway, ada yang kata kopi ni sebenarnya tak berapa baik untuk kesihatan kita? Meanwhile, ada juga yang kata minum kopi ni membantu meningkatkan daya konsentrasi *ayat skema habis*. Jadi sebenarnya, okey ke kopi ni? Atau, tak okey ke kopi ni?

Okey ke kopi? Khasiat dan Kebaikannya

Kopi ni sebenarnya terlalu pelbagai. Ada black coffee, white coffee, arabian coffee dan bermacam jenis lagi biji kopi yang memang Mya tak akan pernah habis belajar. Itu baru mengenai biji kopi. Belum termasuk jenis minuman kopi yang lagilah pelbagai. Mocha, latte, americano dan cappucino merupakan antara pilihan terkenal para penggemar kopi. Well, mocha-drinker anyone? *high five*

Okey ke Kopi?

Selalunya bila Mya lepak minum kopi atau nescafe dengan kawan-kawan around tea time, ramai yang mengadu kopi buatkan mereka jadi kurang mengantuk apabila sampai tengah malam, menyebabkan mereka tidur when it's almost 3AM. Tapi, betul ke kesan kopi selama tu? Dari sumber yang berbagai, Mya dapati kesan kopi boleh bertahan hanya dalam tempoh empat ke enam jam sahaja. Well actually, kesan pengambilan kopi juga berbeza bagi setiap orang. Ada 3 jenis atau tahap sensitiviti tubuh dengan kopi iaitu :

Hypersensitive - walaupun minum kurang dari 100mg kopi tetapi mengalami kesan yang agak teruk seperti sukar tidur dan degupan jantung lebih dari kebiasaan.

Normal - Kadar pengambilan antara 200 ke 400mg sehari. Tiada kesan sampingan apabila mengambil kopi pada waktu yang sesuai.

Hyposensitive - Golongan ini boleh minum kopi lebih dari 500mg sehari tanpa sebarang kesan, walaupun diminum sebelum waktu tidur.

Kebaikan kopi

Kopi sebenarnya boleh membantu memaksimakan kesihatan kita. Suprisingly, kopi atau kafein membantu sistem imun tubuh menentang penyakit berbahaya seperti punca diabetes dan sakit jantung. 

Berita baik buat mereka yang mahu mengurangkan berat dan lemak badan. Kopi dikatakan sangat membantu kerana ianya meningkat kadar metabolisma yang yang membakar lemak. Tetapi, kurangkan gula, okey? Oh, dan jangan minum terlalu kerap. Kesannya mungkin akan berkurang.


Be happy with coffee. Kajian menunjukkan mereka yang minum kopi kurang mengalami stress. Malah, kajian juga menyatakan kopi membantu mengelakkan Alzheimer dan Parkinson dengan keupayaannya meransang sistem saraf. 

Inilah sebahagian daripada kebaikan meminum kopi yang sempat Mya kumpulkan pagi ini. Jadi, rasa-rasanyalah kan, okey ke kopi ni? Jom kita fikir sama-sama sambil Mya bancuh mocha kesukaan Mya ni.

7 comments:

  1. biasanya minum hujung minggu je tapi sesekali teringin tu belasah juga hikhik..kalau dah minum tu gerenti malam tu susah nak lelap dah huhu

    ReplyDelete
  2. Suka latter tp bukan addict coffe, minum bila rasa nak sja =D

    ReplyDelete
  3. suka minum but klu coffee 3 in 1 ada risiko..

    ReplyDelete
  4. nice info.. mhon share ye nty.. hehe.. :D

    p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..
    banyak info menarik yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

    ReplyDelete
  5. sekarang feveret minum Wonda kopi tarik...sedap sgt !
    dan nescafe gold...

    kuronofu91.blogspot.my

    ReplyDelete
  6. elsa jarang sangat minum kopi. kalau dah minum memang payah nak tidur huhu

    elsa cari 45 pemenang. jemput join :)

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/giveaway-happy-birthday-aireen-by.html

    ReplyDelete
  7. Coffee lover tp time period xbole mnum lau x terganggu kenapa pun xtaulaa .. xdpt mnum time tuu

    ReplyDelete

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates