Search This Blog

Sunday, January 8, 2017

# kesihatan # lifehacks

Mengantuk selepas Tidur Lama : Sebab dan Punca

Pernah tak rasa mengantuk selepas tidur lama? Atau mungkin, awak masih rasa mengantuk di waktu malam walaupun sudah tidur sepanjang hari? Kenapa perkara sebegini boleh terjadi? Bukankah sepatutnya kita akan lebih segar bila sudah lena dalam waktu yang panjang? Mengapa masih mengantuk selepas tidur lama?

Mengapa masih mengantuk selepas tidur lama?
Sumber : Google

Soalan: Mengapa masih mengantuk selepas tidur lama?

Badan manusia memiliki sistem jaga/lena homestasis yang membantu mengekalkan keseimbangan tahap sedar dan lena. Sistem inilah yang membantu kita untuk kekal sedar selepas tidur lena di waktu malam. Tubuh manusia mempunyai had masa kesedaran tersendiri dan apabila tempoh sedar dipenuhi, kita akan mula rasa mengantuk. Jadi, lebih lama kita berjaga, kita akan lebih mengantuk dan mahu tidur lebih lama.

Situasi : awak kebiasaannya tidur selama 6 jam setiap malam. Namun begitu, kerana sibuk atau mungkin faktor sekeliling, awak telah memotong waktu tidur awak menjadi kurang dari 6 jam. Mengambil kira faktor sistem jaga/lena homeostasis, awak akan menjadi lebih mengantuk dan memerlukan tidur yang lama. Namun, apabila awak berjaga selepas ‘qada’ tidur selama 10 jam, awak masih mengantuk dan berasa letih.

Ini kerana, jadual pada jam biologi tubuh telah terganggu dan badan awak masih tidak boleh menerima perubahan itu. Tubuh kita dipengaruhi oleh jam biologi yang menjaga sistem setiap organisasi tubuh. Ini termasuklah waktu tidur, waktu segar dan waktu makan. Apabila waktu tidur, awak mengantuk. Apabila waktu makan, awak akan lapar. Begitulah sebagainya. Apabila rutin jam biologi ini terganggu, badan akan mula menjadi letih dan tidak menentu. 

Cara terbaik untuk mengelakkan masalah ini adalah dengan mengekalkan waktu tidur yang secukupnya. Jadikan ianya rutin dan elakkan dari melanggar rutin itu agar badan awak lebih segar dan bertenaga.

3 comments:

  1. Oh, get it why. Thank you for sharing! =)
    sibodohjangankacau.blogspot.com

    ReplyDelete