Search This Blog

Tuesday, January 10, 2017

# kesihatan # lifehacks

Memandu dalam keadaan separa sedar

Pernah tak awak merasa yang awak tidak sedar atau ingat apa yang berlaku sepanjang pemanduan awak pulang dari tempat kerja atau kawasan yang sering awak kunjungi? Baru sebentar tadi awak mula memandu, dan apabila sedar sahaja, awak sudah sampai di rumah atau mana-mana tujuan awak? Tahukah awak yang awak sudah memandu dalam keadaan separa sedar? Bagaimana keadaan memandu dalam keadaan separa sedar boleh terjadi?


Memandu dalam keadaan minda separa sedar


Minda separa sedar selalu dikaitkan dengan keadaan di bawah hipnosis atau mimpi. Namun begitu, kedaan minda separa sedar ketika memandu bukanlah bererti awak sedang dipukau atau bermimpi. Sebaliknya, ia terjadi kerana penguasaan otak yang membimbing anggota badan bertindak seiring dengan rutin.

Memandu dalam keadaan separa sedar
Sumber : Google.com

Apabila awak memandu ke arah destinasi yang kerap dikunjungi sambil mendengar lagu ataupun berbual, otak awak telah membahagikan tugas antara refleks dan tugas lain. Disebabkan itulah, awak boleh memandu tanpa terlalu memberikan sepenuh perhatian kepada perjalanan awak. Memori yang ada dalam otak pula menginterpret setiap halangan dalam laluan (lampu isyarat/selekoh/simpang dsb) sebagai halangan kekal dan membolehkan tubuh memberikan refleksnya apabila mata melihat halangan di hadapan. 

Berbahayakah memandu dalam keadaan minda separa sedar?


Secara jujur, masih banyak kajian mengenai perkara ini sedang dijalankan. Ini kerana setiap orang memberikan reaksi dan refleks berbeza sekiranya berlaku sebarang kemalangan semasa pemanduan separa sedar. Malah punca kemalangan adalah berbeza. Ada pemandu yang mengatakan bahawa beliau sedang berbual dengan penumpangnya apabila kemalangan berlaku. Ada juga yang menjadi kurang berhati-hati kerana jarak dan laluan yang digunakan adalah jarak dan laluan yang sama digunakan setiap hari.

Antara langkah yang boleh diambil adalah, pastikan mengamalkan rehat yang secukupnya dan cuba untuk terus fokus pada pemanduan. Jangan ambil ringan walaupun untuk seketika. Antara punca penat boleh dibaca di sini.

Memandu dalam keadaan separa sedar adakalanya membahayakan diri
Sumber : Google.com

1 comment: