Search This Blog

Monday, January 2, 2017

# info # kesihatan

Khasiat Daun Pandan

Pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa tiba-tiba Mya menulis mengenai khasiat daun pandan, bukan? Sebenarnya Mya baru lepas mengulang tonton drama Awak Sangat Nakal lakonan Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat dan Tash Yong. Ada satu bahagian di mana Johan meminta Sue dan Erine menyampaikan kek pandan kepada Mak Munah yang sedang merajuk. Terfikir pula hendak kongsikan khasiat daun pandan yang bukan sahaja terhad kepada masakan. Jom kita tengok senarai kebaikan daun pandan di bawah.  Which mean, bolehlah kita amalkan sama-sama.

Kebaikan Daun Pandan


Menyegarkan udara

Sejak dari dulu, daun pandan selalu digaulkan dengan potongan bunga-bunga untuk dijadikan haruman rumah. Ianya membantu mengembalikan kesegaran pada udara dan mengekalkan bau haruman bunga-bungaan yang dicampur dengan air mawar.

Mematikan kuman dalam darah

Ini yang selalu Mya dengar apabila melihat nenek-nenek saudara Mya di kampung meminum air rebusan pandan. Apabila ditanya, kata mereka, air pandan membantu membunuh kuman yang ada dalam darah.

Agen masakan

Kata orang, apabila dimasukkan daun pandan dalam masakan atau minuman, makanan tersebut tak akan mudah basi. Apa yang lebih baik, ada yang mengatakan pandan membantu melembutkan daging.

Mengecutkan rahim

Dari sebuah majalah yang Mya baca, petua ini sangat baik diamalkan oleh wanita selepas bersalin selama 40 hari secara berterusan. Bersihkan akar pandan sebaik-baiknya, rebuskan dan minum air rebusannya.

Menurunkan tekanan darah

Selain itu, majalah itu juga turut menyatakan daun pandan membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Rebuskan daun pandan dengan sukatan dua gelas air. Biarkan didih sehingga air hanya tinggal setengah gelas. Biarkan sejuk, barulah diminum.


Khasiat Daun Pandan
Source : Google

1 comment:

  1. Banyak kegunaan daun pandan wangi ni terutama untuk masakan dan minuman.

    ReplyDelete