Search This Blog

Monday, January 16, 2017

# hiburan

Hazama, Genervie akhirnya bersatu

Pelantun suara bagi lagu Di Amaran Mama akhirnya kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya pada jam 10.30 pagi semalam. Dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri para sahabat dan keluarga, Hazama dan pasangannya, Genervie Kam, kini sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz akad sahaja. Dengan mas kahwin sebanyak RM 300, Hazama menyatakan dia dan isteri memilih untuk disatukan dalam majlis yang sederhana sahaja demi menyempurnakan apa yang perlu dan patut sahaja. 

Hazama Fokus demi AJL31

http://myafarisha.blogspot.com/2017/01/hazama-akhiri-zaman-bujangnya.html
Hampir lima tahun menyulam cinta, Hazama dan Genervie disambut dalam majlis persandingan yang diadakan di Orchad Villa malam tadi yang turut dihadiri rakan artis dan media itu, tampak lebih bahagia dengan persembahan khas daripada Hafiz Suib yang mendendangkan lagu Ku Akui buat pasangan pengantin. Lega dan bersyukur kerana majlis pernikahan dan persandingannya berjalan lancar, Hazama kini akan menumpukan sepenuh perhatian kepada Anugerah Juara Lagu ke-31 yang akan berlangsung Ahad, 22 Januari ini.

Hazama, Genervie akhirnya bersatu.

Sumber : BH Online
Gambar : Instagram Shuib Sepahtu

2 comments: