Search This Blog

Monday, January 16, 2017

# hiburan

Goblin Special : Tanda Penghargaan tvN kepada Peminat

Drama bersiri Korea, Goblin yang kini menjadi bualan ramai peminat seluruh dunia kini telah sampai ke kemuncaknya dalam episod 13 pada 14 Januari lalu (waktu siaran Malaysia). Sebagai tanda penghargaan kepada kesetiaan peminat, tvN telah menyediakan dua-bahagian episod khas Goblin Special yang dihoskan oleh watak Setiausaha Kim (Jo Woo Jin). Kenyataan mengenai episod Goblin Special ini sedikit sebanyak meredakan kegelisahan peminat yang rata-rata mesih terkejut dengan pengakhiran episod 13.

Goblin Special : Kemuncak bermula


Goblin Special : Tanda Penghargaan tvN kepada Peminat

Dalam sidang media, tvN memberitahu bahawa episod Goblin Special ini adalah demi membantu peminat dan penonton setia untuk lebih memahami jalan cerita dan hubungan antara watak memandangkan drama ini menggabungkan beberapa genre iaitu, fantasi, cinta, kehidupan dan kematian di dalam sebuah drama. Jalan cerita drama ini juga dikhabarkan akan lebih memuncak dan peminat bakal bermain emosi dalam tiga episod terakhir yang akan kembali ditayangkan pada hujung minggu ini.

Episod Goblin Special bahagian satu memaparkan bagaimana permulaan kisah seorang pahlawan menjadi goblin dan bagaimana hubungan antara Kim Shin dan Ji Eun Tak bermula. Manakala di bahagian kedua pula memaparkan kisah Wang Yeo dan Kim Sun yang bertemu di atas jambatan.

Sama-sama kita saksikan pengakhiran drama Goblin yang akan berakhir pada episod 16 nanti .

No comments:

Post a Comment