Search This Blog


Faiz Subri julang Anugerah Puskas

Setelah lama menanti, akhirnya keputusan akhir Anugerah Puskas telah  pun diumumkan. Tercalon sebagai 3 Kedudukan Teratas sahaja pun sudah menjadi satu kebanggaan kepada rakyat Malaysia apabila Mohd Faiz Subri memasuki sesi pusingan undian terakhir dengan dua lagi calon daripada Brazil, Marlone dan juga Daniuska Rodriguez dari Venezuela, yang berakhir jam 12 tengah hari waktu tempatan apatah lagi saat menerima berita Faiz Subri julang Anugerah Puskas.

Ini merupakan kali pertama apabila Malaysia turut dicalonkan sebagai salah seorang calon Anugerah FIFA Puskas selepas aksi Mohd Faiz Subri melakukan tendangan percuma dalam perlawanan menentang Pahang pada 16 Februari tahun lalu. “Bagai menentang hukum fizik!” Itulah reaksi yang diberikan oleh rata-rata penyokong arena bola sepak tanah air.


Faiz Subri bawa pulang Anugerah Puskas


Mohd Faiz telah bertolak ke Zurich bagi menerima keputusan Anugerah FIFA Puskas bersama keluarganya dengan penerbangan pagi 8 Januari 2017. Isteri Mohd Faiz menyatakan rasa bangga dan sedikit sebanyak menzahirkan harapan agar suaminya menerima anugerah ini kepada media yang hadir semalam.

Selain Anugerah Puskas, beberapa anugerah lain juga turut diadakan. Antaranya ialah Anugerah Terbaik Pilihan Ramai yang telah disampaikan kepada Cristiano Ronaldo yang bersaing dengan dua nama besar lain iaitu Lionel Messi dan Antoine Griezmann.

Faiz Subri julang Anugerah Puskas
Sumber Twitter Rasmi Fifa.com
Carta Keputusan Penuh Kedudukan Undian Anugerah Puskas
Sumber Twitter Rasmi Fifa.com
Apa-apa pun, tahniah Mohd Faiz Subri kerana telah berjaya memperkenalkan nama Malaysia di arena bola sepak antarabangsa. Semoga penghormatan ini akan menjadikan pemain-pemain bola sepak Malaysia lebih bersemangat dan terus bekerja keras untuk kembali ke persada bola sepak dunia

1 comment:

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates