Search This Blog

Monday, January 16, 2017

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik?

Seiring peredaran zaman yang kian maju, pelbagai bidang teknologi kini semakin bercambah dan berkembang. Hal ini tidak terhad kepada perkembangan dunia penggunaan data dan teknologi smartphone yang mula berubah dan semakin canggih sahaja. Malah, dalam segala aspek kehidupan. Berbalik kepada tajuk utama kita, iaitu ' Apakah ciri hard disk terbaik?', kita...

Opss! Back up a sec. Too hardcore to be followed, 'aite?


Apakah Ciri Hard Disk Terbaik?

Dalam zaman kita sekarang ini, storage merupakan salah satu perkara paling penting. Bukan semata dalam telefon, malah apa-apa sahaja simpanan mudah alih yang membolehkan kita menyimpan maklumat, audio, video, gambar dan segala jenis adik-beradik mereka yang lain. Bukan trying to be funny, tapi dalam zaman sekarang ni, storage 16GB pun belum tentu cukup. Itu dalam dunia smartphone. Bagaimana pula dengan portable memory storage?

Apabila ditanya kepada orang ramai, ciri pertama yang disebut semestinya saiz storage yang BESAR. Why BESAR? Semestinya untuk menyimpan data yang banyak dan pelbagai. Video langkah pertama anak, video Smule bersama Charlie Puth malam tadi, gambar helang terbang dan sebagainya. Semuanya perlu disimpan dalam satu storan yang berkapasiti besar. Takkanlah hendak disimpan di dalam pendrive kecil sahaja, bukan? 

Speed juga perlu diambil kira. It's an easy equation. Semakin tinggi kadar kelajuan pemindahan data keluar atau masuk ke storage, semakin baguslah hard disk tersebut. Nobody loves waiting too long, kan?

Ciri Hard Disk Terbaik : No waiting ~
Antara ciri lain hard disk yang terbaik adalah ianya ringan dan mudah dibawa. Seriously, ini mungkin nampak mudah, tetapi sangat perlu diambil kira. Lagi best apabila ianya bersaiz kecil dan tahan lasak. Bukankah mudah bila kita boleh simpankan memory storage dalam beg dan bawa ke mana sahaja tanpa halangan? Andai kata berlaku gegaran atau terjatuh dalam bekas air pun, ianya tidak begitu terjejas. Manalah tahu. Ia boleh terjadi.

Last but not least, harga pun kenalah BEST jugak. Selain huge storage, high data transferring speed, mudah dibawa dan tahan lasak, harga juga merupakan elemen utama yang menjadikan suatu hard disk menjadi SUPER BEST dan TERBAIK. Dalam keadaan ekonomi yang sedikit mendesak sekarang ni, harga adalah antara perkara yang paling awal dinilai oleh pengguna. Hence, harga adalah ciri hard disk terbaik yang terakhir.

Wujudkah hard disk dengan semua ciri yang sudah ditulis di atas? 
What will you do if I say 'YES'?

Ciri hard disk terbaik

AData, hard disk dengan harga berpatutan, kapasiti besar, kadar kelajuan pemindahan data yang tinggi, tahan lasak, malahan, boleh berada sehingga kedalaman 1.5 meter selama 60 minit.
Paling best, dengan pilihan warna dan corak yang menarik perhatian.

3 comments: