Search This Blog


5 Jenis Fobia yang Unik

Idea untuk entri ini tercetus semasa Mya tonton semula potongan episod lama Running Man yang bakal berakhir Februari ini. Seperti yang ramai maklum, Haha dan Yoo Jae Suk sememangnya dikenali sebagai ahli yang mempunyai banyak ketakutan. Takut kepada ketinggian, takut kepada kegelapan dan pelbagai lagi. Song Ji Hyo yang sering tampil dengan imej gadis berani pula mempunyai ketakutan kepada serangga. Semua jenis ketakutan yang dimiliki mereka merupakan ketakutan, atau lebih senang dipanggil fobia yang sering kita dengar. Tetapi, tahukah awak adanya banyak lagi fobia yang unik dan pelik, sehingga kita rasakan bagai tidak percaya fobia seperti itu wujud? Dalam entri ini, Mya akan senaraikan 5 jenis fobia yang unik dan pelik yang wujud di sekeliling kita.

5 Jenis Fobia yang Unik

5 Jenis Fobia yang Unik


Chirophobia - Fobia kepada tangan

Ini bukan sahaja bermaksud pesakit takut kepada sentuhan tangan, malah dengan anggota tangan itu sendiri. Mungkin bunyinya pelik dan tidak logik memandangkan tangan merupakan anggota penting dalam kehidupan seharian kita. Pun begitu, ada beberapa orang yang mengakui mempunyai ketakutan ini. Ianya terjadi akibat trauma kepada sesuatu yang berlaku ketika mereka menggunakan tangan mereka sendiri. Unik bukan?

Botanophobia - Fobia kepada tumbuhan

Bagi orang lain, ketakutan ini mungkin kedengaran mengarut. Namun bagi pesakit dengan ketakutan ini, mereka sanggup untuk terus tinggal di dalam rumah tanpa keluar demi mengelakkan dari berhadapan dengan sebarang tumbuhan. Ada antara mereka yang memiliki ketakutan yang sangat ekstrim hingga boleh membayangkan tumbuhan itu boleh bergerak sendiri dan memakan mereka. Punca ketakutan ini biasanya apabila melibatkan kematian ataupun kesakitan yang teruk.

Papyrophobia - Fobia kepada kertas

Bunyi seperti kelakar. Apatah lagi dengan keadaan di sekeliling kita yang dipenuhi dengan penggunaan kertas. Tetapi, ketakutan ini benar-benar wujud. Mereka dengan ketakutan ini bukan sahaja takut kepada kertas A4 putih yang bersih itu sahaja, malahan dengan kertas yang sudah direnyuk dan sebarang kertas pembalut pun begitu juga. Punca? Masih lagi dalam kajian.

Nephophobia - Fobia kepada awan

Harapnya tiada kawan Mya yang mempunyai masalah ini. Jika tidak, pastinya Mya sudah menyiksa jiwanya. Tidak seperti pesakit dengan fobia ini, Mya sangat suka melihat awan dan menikmati pemandangan yang disertakan awan yang memutih. Eh, dah macam berpuisi. Anyway, sehingga waktu ini, punca ketakutan yang dapat dikenalpasti dalam dari keadaan trauma teruk yang pernah dialami.

Geumophobia - Fobia kepada rasa

Suka menikmati makanan yang tidak mempunyai sebarang rasa? Tanpa rasa masin, pedas, masam, manis mahupun pahit? Awak mungkin memiliki fobia kepada rasa. Bagi Mya yang sangat suka makanan yang kaya dengan pelbagai perasa, pastinya Mya dan pesakit sebegini tidak sehaluan.

Terdapat beratus lagi ketakutan yang unik selain daripada lima ketakutan yang yang sudah Mya senaraikan di atas. Rasakan ketakutan anda biasa-biasa saja? Fikirkan semula.

4 comments:

  1. Nasib baik akak xde fobia tu semua..akak cuma fobia dengan hospital je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita palingtakut bila check BR1M tak keluar pape

      Delete
  2. Salam sejahtera.

    Jemput untuk sertai giveaway terbaru.

    Entri giveaway : http://www.aerillhassan.com/2017/01/giveaway-new-year-2017.html

    Ada pelbagai hadiah menarik di tawarkan.

    Senarai hadiah : http://www.aerillhassan.com/2017/01/senarai-hadiah-giveaway-new-year-2017.html

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Sab sampai sekarang fobia dgn air... tapi air yg dalam la...

    ReplyDelete

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates