Search This Blog


Tukar Kad Debit dengan Maybank2U

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua

Tengok tajuk pun dah rasa lapuk kan? Yelah. Ramai lagi yang dah buat dulu sebelum Mya kan? Semuanya gara-gara pemalas sangat nak pergi ke bank. Ayah dah banyak kali bising dengan Mya. Yelah, sebab ayah tahu anak dia ni rajin shopping online beli macam-macam. Sudahlah proses nak tukar kad di bank ambil masa sampai dua hingga tiga jam.

At last, Mya try jugak guna cara online lepas Mr. B asyik bebel suruh guna Maybank2U sahaja. *maybe sebab tahu kawan baik dia ni pemalas macam dia jugak* Tapi walaupun dah buat, rasa macam tak percaya yang segala urusan dah selesai. Macam senang sangat. Cuma perlu pastikan nombor kad ATM dan masukkan alamat surat-menyurat.

Enam hari Mya tinggalkan rumah untuk vacation dengan family. Jejak je depan pintu rumah semalam, ayah terus serah surat yang ada dalam postbox. Nak melompat je rasanya bila tengok kad debit Maybank dah sampai depan muka. Tak sampai 21 hari bekerja pun. Dah boleh sambung shopping.


my new debit card

1 comment:

  1. bestla dapat cepat. cik mijah sebulan menunggu. Sabor jewlah

    ReplyDelete

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates