Search This Blog


Travelog #DNIAGoingPlaces Part 2

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua

5 Hari 4 Negeri.
Travelog #DNIAGoingPlaces bersambung lagi.
Selepas percutian kami di Johor dalam bahagian 1 yang lepas, sebenarnya, trip hari kedua kami tidak berakhir di situ sahaja. Dari Johor Bahru, kami terus bergerak ke Melaka dengan perjalanan yang mengambil masa hampir 4 jam. Pada perancangan asalnya, kami mahu bermalam di Batu Pahat dan bertemu dengan bekas rakan sekerja ayah di sana. Tapi malangnya, beliau berada di Pontian ketika itu. So, we decided to just have the night in Malacca.

Dah 11 tahun sebenarnya kami tak menjejakkan kaki ke bumi bersejarah ni. Sesat tu dah jadi makanan kami sejak bermula perjalanan bercuti. Paling kelakar bila sampai di Dataran Pahlawan. Yes, dulu tak ada bangunan di situ. Well, that was eleven years ago. Ayah was dumbfounded
At least, we found a place for our dinner that night. Memandangkan ianya malam minggu, the city was crowded. Kami nyaris buat keputusan untuk tidur dalam kereta when we found a place, nice enough to spend the night.

Lucky us. Pheww.

Day 3 (Melaka)

Menara Taming Sari

Selepas perbincangan awal pagi itu, kami decided untuk mulakan exploration di Melaka dengan Menara Taming Sari. Tinggi menara ni, perghh. Oh, ya! Mungkin ada yang dah tahu. So, Mya nak beritahu kepada yang belum tahu. Menara Taming Sari bukan seperti menara lain yang ada di Malaysia. Jadi, jangan terkejut apabila melihat struktur utama menara ini yang umpama tiang sahaja. Keistimewaan menara ini adalah kawasan tinjau yang boleh berputar 360 darjah. Ketinggian menara ini pula adalah demi membolehkan pengunjung melihat keseluruhan kawasan Bandar DiHilir.

Ambil masa lebih kurang 20 minit untuk satu trip


Beli tiket untuk naik ke Menara Taming Sari di sini

Solusi buat yang gayat tapi masih mahu menaiki menara ini:
Pandang ke langit semasa glass case sedang naik ke atas.
Hadkan pemandangan lurus ke hadapan.
Jangan sesekali memandang ke bawah.
atau : Lihat pemandangan luar melalui skrin kamera / telefon bimbit.

p/s: I dont know if this works on everyone.
Tapi, ini cara yang my mom guna.
Her acrophobia is beyond compare.

Food Truck juga ada di sini.

Muzium Samudera

One of the most visited place in Malacca. Mungkin kerana tarikan sejarah dan rekabentuknya. I have so much fun in exploring the ship. Nanti kalau ada kesempatan, Mya akan kongsikan videonya yang telah dihasilkan dalam bentuk time-lapse.

Berangan jadi Pirates of the Carribean kejap, boleh?

Thou' my face look funny bila pakai sunglasses ni, I really love it.
Instead of kawasan dalam kapal, Ayah lebih tertarik untuk mengkaji kawasan luar kapal. Bayangkan, kalau orang lain tertanya-tanya kalau ianya kapal sebenar, ataupun mungkin bagaimana ianya terkandas di situ, Ayah was wondering sedalam mana kapal itu berada di permukaan air. Hampir empat kaki katanya.

Tempat menarik di Bandar DiHilir, Melaka

Banyak. Sangat banyak.
Bila sampai di sini, rajinkan kaki untuk menjelajah ke semua kawasan bersejarah ini. Kedudukan antara satu bangunan sejarah ke bangunan lainnya sangat dekat. Kalau penat, perkhidmatan beca juga ada disediakan di setiap titik utama kawasan ini. 

Di bawah ini, Mya senaraikan beberapa tarikan utama yang perlu awak lawati:

1. Bangunan Stadthuys
2. Muzium TLDM
3. Muzium Kastam
4. River Cruise
5. Kota A'Famosa
6. Istana Kesultanan Melaka
7. Muzium Islam Melaka

Taman tema air di Melaka

Dalam negeri Melaka, terdapat dua taman tema air yang sangat terkenal dalam kalangan penduduk setempat, iaitu A'Famosa Resort dan Bayou Lagoon Resort. But, to be honest, Mya belum pernah sampai ke Bayou Lagoon. Jadi, Mya tak tahu nak komen apa. Dan, it's been eleven years since Mya masuk ke A'Famosa Resort jugak. So, di sini, Mya akan sediakan alamat untuk memudahkan awak mengatur perjalanan ke sana

A'Famosa Resort
Address: Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Malacca, Malaysia
Phone: 06-552 0888

Bayou Lagoon Park Resort
Address: Jalan Wakaf, 75450 Melaka, Malaysia
Phone: 06-233 0888

Tempat menarik di Melaka

1. Pantai Klebang

Ada bustel dan berbagai lagi di sini.
2. Muzium Kapal Selam
3. Dataran Pahlawan
4. Taman Buaya
5. Zoo Melaka
6. Australia Village
7. Perigi Hang Li Po

The day in Malacca ends as we continue our journey to Seremban next.
Hari keempat di Negeri Sembilan; to be continued...

0 pendapat bernas .:

Post a Comment

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates