Search This Blog

Thursday, December 22, 2016

# travelog

Travelog #DNIAGoingPlaces Part 1

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua.

5 Hari 4 Negeri.
Kata orang disekeliling kami, ini kerja gila.
Malah, ada yang tidak percaya, sampaikan minta bukti.
Paling kelakar, reaksi kawan baik Mya sendiri, Mr. B, yang terkejut apabila dapat tahu Mya sudah berada di Melaka. Sedangkan, pada malam sebelumnya, Mya baru sahaja update keberadaan Mya di Johor melalui Instagram. Haihh, cerita panjang pun tak guna.

Let's start our journey.

Day 1

Nothing much.
Perjalanan selama 9 jam dari Lumut, Perak ke Gelang Patah, Johor.Lebih kurang 30% masa perjalanan dihabiskan di RnR.Makan, minum, rehat tandas, rehat minum dan sebagainya. Tiba di Gelang Patah lebih kurang jam 7 malam dan terus check-in di 'The Vintage Hotel'. *Later I review hotel ye. Ngee* So, since dah agak lama on road, kami rehat sebentar untuk mandi dan solat, sebelum keluar semula untuk dinner. Tempat makan pun tidak begitu jauh dari tempat kami menginap. Restoran Tajri namanya. Our evening end early since semua orang dah sabar nak pengsankan diri.

Day 2 ( Johor )

Kota Iskandar

Ramai kawan-kawan Mya yang berasal dari Johor yang mencadangkan tempat ini sebagai salah satu kawasan yang perlu dilawati di Johor Bahru. Bila dah sampai sana, I know now why they are so proud dengan tempat bernama Kota Iskandar. Memang cantik. Dengar cerita, ramai photographer yang memilih kawasan ini untuk sesi fotografi.

Legoland

To be frank, Mya and family tak masuk pun dalam taman tema paling gah dalam negara kita ni. Well, the simplest reason is Mya dan adik dah muak main lego dari kecil. The other reason is harga tiket yang tidak kena dengan tema percutian kami kali ini. Jadi, kami cuma singgah untuk ambil gambar di luar dan beredar. Punyalah ramai orang, hinggakan tak terdetik di hati kecil Mya untuk masuk. Mya memang kurang gemar pergi ke tempat yang perlu bersesak.


Kilang Bateri

Tempat wajib lawat di Johor Bahru. Sebenarnya kilang bateri ini merupakan bekas kilang sebenar yang kemudiannya diubah menjadi kawasan tarikan yang menggabungkan sektor fesyen dan makanan bawah satu bumbung. Tidak susahpun mahu mencari tempat ini sebenarnya. Pilihan makanan? Dari barat ke timur, sampailah Jawa, semuanya ada dijual. And yang paling best *walaupun Mya bukan kuat shopping* semua jenama pakaian ada dijual, termasuklah para selebriti tanah air.


Stadium Larkin @ Tan Sri Dato Hj. Hassan Yunos

As per wish, my brother wajibkan untuk melawat stadium utama setiap negeri. So, here we are. 
*I was laughing sebab takde orang lain yang ambil gambar tepi jalan macam kami.
So, jadilah gambar selfie tutup mulut macam ni*


Tempat menarik di Johor

Di sini Mya nak senaraikan beberapa tempat menarik lain yang boleh dilawati jika bercuti ke negeri Johor. Ini termasuklah tarikan semulajadi yang telah kami skip kerana ianya ada di kawasan rumah kami sendiri *ngee*

1. Air Terjun Kota Tinggi
2. Wet World Batu Pahat
3. Desaru Beach
4. Pantai Mersing
5. Tanjung Piai
6. Pekan Yong Peng

Selesai dengan beberapa tempat lain, kami terus bertolak ke Melaka.
Travelog #DNIAGoingPlaces akan bersambung ke entri seterusnya.
Nanti Mya kongsikan tempat wajib lawat di Melaka pula.

1 comment:

  1. Kira year end trip la nie ye. Kilang bateri tue mcm menarik. Boleh masuk dalam list bila nk ke johor nanti. Desaru sis dah penah sampai. Ke hujung dunia rasanya. Tp biasa2 jer.hehe

    ReplyDelete