Search This Blog

Tuesday, December 13, 2016

# info

Tips hadapi Peperiksaan

Bagi pelajar-pelajar universiti, waktu ini mungkin boleh dikira genting bagi mereka. Apatah lagi buat pelajar tahun akhir. Tika ini, mungkin ada tugasan yang masih belum selesai, walaupun musim peperiksaan makin hampir. Pesan Mya, tidak mengapa! Jangan panik. Lakukan setiap tugasan yang diarahkan dengan tenang. Di sini Mya nak kongsikan beberapa tips hadapi peperiksaan:
Tips hadapi Peperiksaan

Tips hadapi Peperiksaan

Peperiksaan makin hampir.
Apa yang patut dilakukan?

1.       Ambil masa dan pilih tempat yang sesuai.
Bagi Mya sendiri, Mya lebih gemar mengulangkaji pelajaran di perpustakaan, walaupun adakalanya suasana sunyi embuatkan Mya mudah mengantuk. Ini adalah untuk menambah fokus ketika menelaah. Matikan telefon atau tukarkan ke mod senyap.

2.       Mohon maaf dengan ibu bapa dan orang sekeliling
Penting bagi kita untuk memastikan setiap apa yang kita lakukan direstui oleh ibu bapa. Ini kerana, doa ibu bapa adalah doa yang paling mujarab ke atas diri kita. Mohon maaf dengan mereka sekiranya ada melakukan kesalahan. Begitu juga dengan orang di sekeliling kita, termasuklah pensyarah dan rakan-rakan.

Tips hadapi Peperiksaan
source : google
3.       Faham sebelum hafal
Jika awak faham apa yang awak belajar dan baca, proses menghafal akan menjadi lebih mudah. Ambil contoh ini; terdapat enam tahap dalam proses pemikiran kritikal. Tanpa memahami setiap tahap dan perkaitan antara satu sama lain, mungkin ianya mengambil masa lebih lama untuk menghafal susunan enam tahap tersebut dengan lancar.

4.       Jaga hubungan dengan Tuhan
Seringkali kita mendengar akronim ini; D.U.I.T. Doa merupakan satu amalan penting yang paling disukai Allah. Berusaha untuk belajar dengan tekun sambal istiqamah dalam berdoa dan tawakkal kepadaNya. Perbanyakkan amalan sunat.

5.       Tekun & Konsisten

Ulangkaji dengan tekun selama 30 minit dan berhenti seketika selama 5-10 minit dapat membantu daya ingatan dan daya fokus awak. Ulang proses untuk beberapa kali sebelum berhenti lebih kurang 30 minit untuk memberi ruang untuk otak memproses ilmu yang diterima. Uji dengan soalan-soalan peperiksaan lepas atau soalan yang terdapat di dalam buku teks. Cuba sebaik mungkin untuk tidak mencari jawapan dan menjawab dalam tempoh sama seperti di dalam peperiksaan sebenar. Semak dan cari jawapan sebenar untuk setiap jawapan. Beri lebih penekanan kepada soalan yang berulang setiap semester atau soalan yang sering menjadi kelemahan awak. Dengan cara ini, awak tidak akan berada kekal pada satu topik sahaja. 

1 comment:

  1. no 3 tu sllu buat kalau x fhm memang payah nak hafal

    ReplyDelete