Search This Blog

Tuesday, December 20, 2016

# hotel # travelog

Hotel De Art, Seksyen 7, Shah Alam

Hari ni Mya update pakai phone sahaja sebab masih dalam mood bercuti *Ngee*
Esok dah masuk mode kerja, Mya update pasal travelog #dniagoingplaces ye. Rabak jugak mata and badan bila merayap empat negeri dalam empat hari je. Tapi, lumrahlah kan tak cukup tidur time travel. Takkan nak stay on bed je sepanjang hari, kan ? Nasib baiklah dapat berehat di Hotel De Art, Seksyen 7, Shah Alam ni. 

Hotel De Art, Shah Alam

Mungkin ada yang sudah familiar dengan hotel ini. Mungkin juga ada yang pernah melihat hotel ini di laman Facebook. Tapi, untuk pengetahuan awak yang baru seperti Mya dan family, terdapat dua cawangan Hotel De Art di Shah Alam, iaitu di Seksyen 7 dan Seksyen 19. Bagi yang ingin ke I-City, sebaiknya ambil di Seksyen 7.

Tempat Berhampiran Hotel De Art Sek 7

McDonald
KFC
Pizza Hut
Hospital
I-City
Shell

Kadar Harga Bilik Hotel De Art Sek 7

Standard - RM 158
Family - RM 258

Review Hotel De Art Sek 7

Suasana selesa. Bilik yang luas. Terasa berada di rumah. Sesuai dengan namanya sebagai hotel seni, banyak lukisan 3D pada dinding hotel. Pekerja dan receptionists mesra pelanggan. Paling best, ada baucar sarapan *Ngee*. Sorry la Mya tak dapat sediakan gambar dalam bilik. Every time masuk bilik, Mya akan over excited nampak katil. Terus landing. 



Hotel De Art, Seksyen 7, Shah Alam

1 comment: