Search This Blog


Cintakan Kucing : Sifat Terpuji Rasulullah

Mya tergerak untuk buat entri ini sebab kebelakangan ni Mya asyik ternampak orang share kes penderaan kucing. Simbah cat, simbah air panas, diracun dan pelbagai kekejaman lain lagi yang dilakukan dengan rasa bangga dan tanpa rasa bersalah. Rasa nak menangis tengok gambar-gambar yang dikongsikan pihak yang sama-sama prihatin dengan nasib haiwan comel ini.

Bagi Mya, walaupun kucing kurap, kotor dan tinggal di jalanan, ianya tetap kucing. Sebab tu, Mya dah setkan dalam kepala Mya, if nampak kucing lapar, kongsi makanan yang ada. Tak salah pun kalau tengah makan kat kedai makan tu, belikan sebungkus nasi dan ikan goreng *gaulkan* untuk kucing tu. Dia pun macam kita. Kalau tak makan, akan lapar.

Di kawasan perumahan Mya, tiada istilah bela dan kurung dalam sangkar. Kucing bebas untuk bergerak dan bermain dalam suasana yang mereka mahu. Bila tiba masa, kami akan beri makan. Terserah pula pada kucing mahu makan di rumah yang mana. Hampir setahun kami berbuat begitu. Alhamdulillah, kucing yang kami jaga tidak pernah sakit dan paling penting, kekal comel. 

Berbalik kepada kisah Rasulullah, kucing Rasulullah bernama Mueeza sangat dikasihi Baginda. Malahan, Baginda juga punya seorang sahabat yang juga sangat sayangkan kucing. Tentu sahaja awak pernah mendengar nama Abu Hurairah bukan? Yang mana membawa maksud 'bapa kucing'. Kisah kasih sayang Rasulullah kepada kucing bukan semata dengan menjaga Mueeza, tetapi sehinggakan Baginda sanggup memotong sebahagian jubahnya hanya kerana tidak mahu mengganggu lena tidur Mueeza diatasnya.

Latte mengendap Omey ke tu?
Jadikan kisah yang berikutnya ini sebagai pengajaran. 
"Seorang wanita masuk neraka kerana kucing.
Ia mengurung kucing tanpa memberi makan, 
sehingga tidak membiarkan kucing itu makan serangga tanah."
- Hadith riwayat Bukhari.

So, berbaiklah kita dengan semua haiwan, terutamanya kucing.
Cuba bayangkan kita berada di tempat haiwan itu, disepak dan diterajang.
Apa yang awak rasa?

Anyway, stay with me till next time, okay?
Bye, XOXO.

3 comments:

  1. Yea betul tue, sedih rasanya bila melihat ada orang menganiaya kucing2 nie, sebabnya mereka pun ada perasaan macam kita, cuma takde berkebolehan untuk bersuara betapa seksanya mereka bila terkena aniaya..

    ReplyDelete
  2. banyk kucing teraniayh sekg..kucing binatang kesayangn Rasullulah

    ReplyDelete

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates