Search This Blog


Selamat Bercuti Warga Perak

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua

Kepada semua warga dan anak Perak yang bercuti hari ini, selamat bercuti.
Walaupun masih bekerja hari ni *kedai mana boleh tutup*, Mya tumpang happy.
Sebab hari ni tak ada kelas belajar memandu. Jadi boleh rehat lama sebelum masuk kerja tadi.

*gambar ehsan Google*

Mulai tahun ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Tuanku Sultan Nazrin Shah telah bertitah akan memberikan cuti umum pada hari Jumaat pertama November setiap tahun. In fact, hari ini bukanlah hari keputeraan sebenar Tuanku Sultan. Namun, sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Perak dan tanda kebahagiaan untuk hari keputeraan Baginda Sultan yang sebenar iaitu pada 27 November, Tuanku telah menurunkan titah yang semua telah maklum hari ini.


Whatever the real reason and occasion is, yang penting kita dapat cuti. 
Sebab tu, kami sayang Sultan kami lebihhh~
Semoga Tuhan merahmati kepimpinan dan memberi kesejahteraan dan kesihatan yang baik buat Tuanku Sultan Nazrin Shah sekeluarga

Anyway, selamat bercuti and stay with me till next time, okay?
Bye, XOXO

0 pendapat bernas .:

Post a Comment

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates