Search This Blog

Friday, November 18, 2016

# review # wayang

Review Wayang : Fantastic Beast and Where To Find Them

Assalamualaikun w.b.t

Hai semua

I just could not resist myself . Memang Mya dari kecil suka indulge in fantasy world . Kawan-kawan yang kenal Mya pun tahu Mya ni sometimes imagination tahap melampau tapi sedikit sebanyak benda tu membantu Mya move on after every downs came into my life . So, after Mya berikan tiket percuma tayangan ekslusif tajaan Media Prima kepada kawan baik Mya macam yang Mya ceritakan dalam entri sebelum ini, I decided untuk pergi tonton filem terbaru hasil rekaan J.K. Rowlings sendiri di pawagam terdekat .


Berlatarbelakangkan bandar New York lama , Newt Scamander melawat bandar itu dengan alasan mahu mendapatkan hadiah istimewa yang hanya ada di sana. Entah di mana silapnya , kekecohan mula berlaku apabila dia terbawa seorang No-Mag *a.k.a Muggle dlm versi Harry Potter* dalam menyelesaikan masalah yang ditimbulkan salah seekor beast jagaannya.

Disebabkan masalah itu juga, dia akhirnya ditangkap oleh seorang pegawai MACUSA . Tanpa disangka, masalah demi masalah mula timbul dan kekecohan di dalam bandar New York semakin menjadi-jadi. Kematian No-Mag , kemusnahan bandar dan pelbagai lagi.

Penggunaan spells yang biasa digunakan di dalam siri filem Harry Potter sebelumnya sedikit mengujakan . Pun begitu , kewujudan beasts di dalam filem ini lebih mengujakan . Kagum rasanya dengan daya imaginasi J.K. Rowlings yang sangat tinggi namun bersahaja ini . Watak Newt Scamander ini sememangnya layak dibawakan oleh Eddie Redmayne . Terasa setiap elemen imaginasi yang ada dalam filem ini betul-betul hidup .

Imaginasi - 5 bintang
Special effect - 5 bintang
Cinematography - 5 bintang

Bagi yang kurang berminat menonton siri Harry Porter, mungkin awak akan mengalami sedikit masalah pemahaman. Penat juga nak explain everything kepada adik Mya tadi. Overall , filem ini menarik dan mungkin juga anda boleh menantikan watak jahat yang baru
*teringat Voldemort tiba-tiba*

Anyway, stay with me till next time, okay?
Bye, XOXO

2 comments:

  1. Sebab utama nak tenok filem ni selain Jk Roling adalah sebab Eddie Redmayne. Bae kite tuuuu. Tak sabar nak pergi tengok <3

    ReplyDelete
  2. raizah tengok cerita ni sabtu lepas. memang best :))

    ReplyDelete