Search This Blog


Day 3 : Appreciation Post (Artist)

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua .

Untuk cabaran hari ini, Mya perlu menulis sebuah entri apresiasi kepada artis yang menjadi inspirasi Mya. Namun , disebabkan Mya bukanlah jenis yang terlalu mengambil tahu mengenai dunia hiburan, Mya memilih untuk menulis mengenai Hanis Zalikha, blogger yang kini bergelar pelakon dan isteri kepada Hairul Azreen.


Kenapa Hanis Zalikha?
Hanis a.k.a Keknis bukan semata-mata dikenali sebagai bekas power blogger dan pelakon terkenal, malahan sebagai pengusaha perniagaan yang berjaya. Bagi Mya, walaupun di permulaannya, Keknis termasuk dalam kalangan orang berada, Keknis bukanlah seorang yang suka memanjakan diri. Berkahwin pada usia muda, Hanis mempunyai kebolehan memasak setanding para suri rumah yang lain. Semestinya, semua ilmu dipelajari sejak sebelum bernikah lagi.

Sebagai seorang entrepreneur pula, Mya melihat Hanis sebagai seorang yang selalu memandang jauh ke hadapan . Produk yang dikeluarkannya mungkin sudah berada di pasaran. Namun, Hanis sentiasa mencuba untuk memberikan kelainan dan cuba mencari kemudahan kepada pengguna. Mya kagum dengan semangatnya di samping caranya membahagikan masa untuk bersama keluarga dan masa bekerja.


Tak banyak yang Mya boleh tulis mengenai Hanis sebenarnya. Kerana Mya pun bukanlah betul-betul mengenali Hanis di dunia sebenar. Sekadar sedikit sebanyak mengagumi wanita muda yang juga merupakan ibu kepada bayi lelaki comel, Yusuf Iskandar.

1 comment:

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates