Search This Blog

Wednesday, November 16, 2016

# filem # review

Day 2 : A Movie Review

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua .

Hari ni Mya nak review pasal salah sebuah filem Jepun yang pernah Mya tonton .

Tajuk : Another (Live Action Movie)


Tahun : 2012

Genre : Thriller , Horror , Suspense

Review : 
Filem ini diadaptasi dari siri manga Jepun . Filem ini bermula dengan seorang remaja lelaki bernama Koichi yang baru berpindah ke kawasan pendalaman dan tinggal bersama datuk dan makciknya, yang ditahan di hospital atas masalah kesihatan , bertemu seorang gadis cantik seusianya di hospital yang sama . Gadis itu memakai eye patch dan menghilang di bahagian simpanan mayat. 



Sebaik sihat , Koichi pergi ke sekolah dan menyedari gadis cantik itu sekelas dengannya. Pun begitu , gadis bernama Mei Misaki itu tidak dilayan oleh semua guru dan rakan sekelas mereka . Termasuklah makcik Koichi sendiri , iaitu guru kelas pembantu, Ai Kato.

Atas dasar ingin tahu yang dalam , Koichi cuba mencari jawapan . Namun begitu , jawapan yang diterimanya tidak begitu meyakinkan sehinggalah berlaku kemalangan yang meragut nyawa salah seorang rakan sekelasnya. Menurut salah seorang sekelasnya , kelas mereka mempunyai sumpahan di mana hanya jumlah tertentu dibenarkan di dalam kelas itu . Apabila jumlah mereka terlebih , salah seorang akan menerima padah .

Sangka mereka , kemalangan pertama itu berlaku sejak Koichi menegur Mei dan menganggap gadis itu wujud . Namun , kemalangan demi kemalangan terus berlaku sehinggalah mereka menemui rahsia sebenar dari tape rakaman senior mereka . Dari rakaman itu , mereka mendapat tahu bahawa bencana besar akan berlaku selagi 'orang tambahan' sebenar tidak ditemui .

Bagi Mya yang memang kurang melayan filem bergenre horrow, thriller dan suspense , filem ini dikategorikan sebagai filem yang seram. Namun, lebih baik sekiranya awak tonton dulu anime versi drama untuk lebih faham dan lebih seram .

4 comments:

  1. Saya dah tengok filem nie, dan pada pandangan saya filem nie boleh dikatakan seram jugak, dan ada persamaan dengan filem omputih, 'Final Destination'.. =)

    ReplyDelete
  2. Okay.. Baca review pun dah seram..
    Tak mampu la nak tengok kot.. hehehe

    ReplyDelete
  3. baca sinopsis macam best tapi takut nak tengok waaaa #bukanteammovieseram

    ReplyDelete