Search This Blog


Review Wayang : Aliff dalam 7 Dimensi #AD7D

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua .

Hari ni Mya nak review sikit pasal filem Melayu yang sedang hangat di panggung seluruh negara, iaitu Aliff dalam 7 Dimensi . Best ke filem ni yang Mya nak tengok sangat ? Ataupun sebab barisan pelakon utamanya sahaja ? Okey, here's my review .


Filem Aliff dalam 7 Dimensi tidak lari dari kebanyakan filem bergenre seram di Malaysia yang lain. Hantunya masih terbang , merangkak dari bawah katil dan sebagainya *apa kaitan?*
Penceritaan dan perjalanan cerita memang baik . Tiada satu bahagian pun yang dibiarkan tergantung .
What I'm trying to say is, setiap apa yang terjadi dalam filem ini diterangkan dengan jelas .

Antaranya :
→ Bagaimana Aliff boleh memiliki saka ?
→ Apa tujuan aktiviti Aliff setiap hari ?
→ Kemana saka itu akhirnya ?
dan lain lain lain lain lagi...

Selain itu . filem ini banyak mengingatkan tentang perkara minor yang kita lakukan setiap hari. Scene paling disukai ramai adalah semasa kemunculan anak djin buncit ketika makan . Comel dan mudah untuk kita faham apa yang cuba disampaikan oleh pengarah filem , Faisal Ishak . 

Pemilihan pelakon adalah antara yang terbaik dalam kalangan terbaik . Tidak sia-sia Izzue Islam, Alif Satar dan Juliana Evans berpenat lelah untuk mendalami watak dan mengharung pelbagai cabaran ketika pengambaran untuk filem sebaik ini . Kaka Azraff juga nampaknya bergerak seiring dengan para pelakon lain apabila membawakan watak yang diberikan dengan baik .

P/S : My lil'bro tak boleh tidur malam bila teringatkan salah satu scene dalam cerita ini. I just feel yang he is a coward. So, I keep teasing him  dengan suara saka Aliff . Jahat tak kakak dia ni ?

Stay with me till next time , okay ?
Bye , XOXO

1 comment:

  1. ish.. dah lama benor tak tengok movie melayu kat panggung.. selalu tengok undercover je

    ReplyDelete

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates