Search This Blog

Friday, September 30, 2016

# filem # review

Review Filem : Tada, Kimi O Aishiteru (Just, Loving You)

Tajuk : 
ただ、君を愛してる
Tada, Kimi O Aishiteru
Just, I Love You 
a.k.a Heavenly Forest

Tahun :
2006

Adaptasi Novel
恋愛寫眞 もうひとつの物語
Renai Shashin : Mo Hitotsu no Monogatari 
Photo of Our Life - Another Story
(Takuji Ichikawa)


Pelakon:
Aoi Miyazaki
Hiroshi Tamaki

Sinopsis :
Makoto, seorang jejaka photographer pemalu yang sering mengasingkan dirinya kerana kekurangan diri telah berkenalan dengan seorang gadis yang bersikap dan berpenampilan seperti keanak-anakan bernama Shizuru. Perkenalan pertama mereka membawa kepada sebuah persahabatan setelah mereka sama-sama menceroboh ke dalam hutan larangan berhampiran akademi mereka. Makoto, pada masa sama, meminati Miyuki, rakan sekelasnya dalam diam. Namun, perasaannya itu dapat dihidu Shizuru yang akhirnya turut berkawan baik dengan Miyuki. 

Menyambut hari lahir Miyuki, mengingatkan Makoto dengan hari lahir Shizuru. Tanpa dijangka, Shizuru menghilangkan diri selepas menerima hadiahnya tanpa sebarang berita secara tiba-tiba. Yakin Shizuru akan kembali, Makoto terus tinggal di rumah yang sama.

Dua tahun kemudian, sepucuk surat muncul dari luar negara di rumah Makoto. Shizuru kini berada di New York dan mengajak Makoto ke pameran pertamanya di sana. Kedatangan surat yang tiba-tiba membuatkan Makoto terus bersetuju dan terbang ke sana. Namun, akhirnya dia mendapat tahu bahawa Shizuru menyimpan satu rahsia besar darinya. 

p/s : Hati tisu macam Mya, mohon sediakan tisu sebelum tonton.

8 comments:

  1. rahsia besar apa tu alaaaaaa stressnya nak tahu. kena tengok drama ni!

    ReplyDelete
  2. dh tgk dah citer ni (^^,) for me, mmg kena sediakn tisu byk2... the main reason tertengok citer is dsbbkn makoto tu tp bila dh tgk, tersuka plak ngan shizuru...(^^,)

    ReplyDelete
  3. http://belogs.blogspot.com/ singgah dari Segmen Nak URL Blog #26 Mia Liana

    ReplyDelete
  4. rajinnya review...

    pssttt.. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #26

    Senarai peserta telah di update di http://www.mialiana.com/2016/10/senarai-url-blog-26.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  5. Mcm ramai je org review cerita ni, kena tgk gak ni 😉

    ReplyDelete