Search This Blog


Punca Diet Tidak Menjadi

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua .

Siapa yang sedang berdiet, sila angkat tangan! Penat berdiet , tapi berat badan masih tidak berubah ? Ada juga yang mahukan hasil segera , tapi tidak boleh bersabar dan cepat berputus asa . Okey, jom kita kongsi punca-punca diet gagal yang Mya dapat dari majalah Dara.com ini.


1. Berlapar
Siapa kata awak perlu berlapar ? Ini akan membuatkan awak makan lebih banyak . Makan sahaja seperti biasa namun dikurangkan kuantitinya. 

2. Snek
Elakkan menyimpan makanan ringan di rumah . Amalkan menyimpan buah-buahan tinggi serat dan jadikan sebagai kudapan sampingan .

3. Saiz pinggan
Pinggan yang besar akan membuatkan kamu mengambil makanan lebih banyak . Jadi, gunakan pinggan yanglebih kecil dan semestinya kuantiti makanan yang kamu ambil juga akan berkurang dari kebiasaannya.

4. Makan cepat
Seperti yang disunnahkan oleh Junjungan Mulia Rasulullah s.w.t , kita hendaklah mengunyah sebanyak 40 kali sebelum menelan makanan. Ini bukan sahaja membuatkan makanan mudah dihadam, malah ia akan mengelakkan tercekik dan kamu akan jadi lebih kenyang.

5. Beraktiviti sambil makan
Makan sambil melakukan pekerjaan lain boleh membuatkan awak jadi gemuk! Takut bukan membaca kenyataan itu? Ambil contoh ini : berapa banyak kuantiti makanan yang diambil semasa menonton movie?

6. Malas berjalan
Berapa ramai yang lebih gemar menaiki kenderaan walaupun hanya untuk ke kawasan yang berada berhampiran? Atau menaiki lif sekadar hanya ke tingkat atas ? Ubah kebiasaan itu secara paksa. Parking kenderaan lebih jauh atau elakkan menaiki lif adalah lebih baik dan membantu diet anda.

7. Minuman berkarbonat ‘DIET’
Tidak bererti apabila perkataan DIET bertulis pada kebanyakan minuman soda , ianya lebih baik dari minuman berkarbonat biasa. Kandungan pemanis di dalam minuman sebegini masih banyak, ya?

8. Kurang rehat
Rehat atau tidur yang mencukupi sebenarnya membantu mengawal berat badan. Kurangnya rehat boleh mempengaruhi hormon penghadaman. Jadi, rehatlah secukupnya, ya!

9. Ajakan teman
Ini kerap terjadi kepada sesiapa sahaja. Apabila teman-teman mengajak mengajak atau menghulurkan makanan yang enak, pasti sukar untuk menolaknya. Tidak mengapa, tolaklah dengan baik. Atau ambil sedikit sahaja, sekadar untuk menjaga hati. Terangkan kepada mereka yang awak sedang mengawal pemakanan. Jika anda boleh bertolak-ansur, mengapa tidak mereka juga , kan?

10. Cheat day
Ini memang punca utama mengapa diet anda sering gagal. Boleh sahaja awak luangkan sehari untuk menikmati hidangan kegemaran awak. Tapi, elakkan mengambil terlalu banyak . Adakalanya , apabila awak sudah meluangkan masa untuk cheat day, awak jadi malas untuk berdiet semula . Buang rasa malas itu walaupun terpaksa .

Jadi, jom kita amalkan tip-tip pemakanan sihat untuk kesihatan tubuh yang lebih baik. Mya akan kongsikan tip-tip lain akan datang.
Terima kasih kerana sudi baca.

Stay with me till next time, okay ?
Bye , XOXO

1 comment:

  1. Assalammualaikum..

    datang daripada blog kak mialiana,

    http://mselim3.blogspot.my/

    mselim3

    pls: datang baca2 kat sini

    ReplyDelete

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates