Search This Blog

Friday, September 2, 2016

Jangan dipendam rasa kecewa

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua.

Hari ni Mya nak kongsi tips merawat diri daripada perasaan kecewa selepas suatu perpisahan. Sememangnya sukar, tapi ianya perlu dilakukan untuk meneruskan hidup. Jangan menganggap segalanya sudah berakhir.



1. Memaafkan
Sekiranya kamu ditinggalkan dan dikecewakan, maafkanlah si dia. Hilangkan rasa marah dan lepaskan rasa dendam. Pasti anda akan rasa lebih tenang.

2. Bersedia untuk melepaskan.
Baik di tinggalkan mahupun si dia dijemput yang Maha Berkuasa, belajarlah untuk melepaskan. Jangan terus hidup dalam kenangan. Hidup tetap perlu diteruskan. 

3. Pergi bercuti
Bercuti merupakan terapi terbaik. Sebaiknya, jangan diingat semula kenangan yang pernah dilalui bersama. Cipta kenangan baru bersama rakan-rakan dan keluarga.

4. Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan.
Masa yang ada itu gunakan sebaiknya bersama rakan-rakan dan keluarga. Pergilah bercuti, rancang aktiviti harian yang boleh dilakukan bersama mereka.Mereka merupakan sumber kekuatan utama anda.

5. Timba ilmu baru
Alihkan perhatian anda dengan mempelajari ilmu baru. Belajarlah memasak, menjahit atau cari hobi baru yang boleh menyibukkan diri anda dari mengingati si dia yang telah mengecewakan. 

6. Ubah penampilan diri
Mungkin kedengaran seperti tiada kaitan. Tetapi, percayalah! Ini merupakan salah satu jalan terbaik. Anda akan menjadi lebih yakin dan dapat menunjukkan diri anda yang terbaru

7. Jangan takut untuk bermula semula
Jangan pernah mengambil keputusan untuk terus kekal ‘single’ hanya kerana anda pernah dikecewakan. Yakinlah setiap yang berlaku ada sebabnya dan belajar untuk terima orang baru dalam hidup. Siapa tahu, anda akan berjumpa yang lebih baik.


Sumber Dara.com

No comments:

Post a Comment