Search This Blog

Monday, August 1, 2016

# review # wayang

Review Wayang : Lights Out


Tarikh Mula Tayang : 22 Julai 2016
Pengarah : James Wan 

Review Mya:
Mungkin ramai yang dah menonton filem ini di pawagam ketika ini. Tapi, Mya still nak share pendapat Mya as non-horror-movie-lover. Orang yang rapat dengan Mya know best yang Mya paling tak suka tengok wayang filem seram. Tak kira keluaran negara mana. 

TAK PUAS HATI!

Rasa macam sekejap sangat filem ini berakhir. Apatah lagi bila ada persoalan di akhir cerita yang tak berjawab. *Tapi orang lain macam tak ambil kisah dengan bahagian yang tak selesai tu.* 
Mya memang tak suka tengok filem seram di pawagam.
But this movie should be given an exception. 
*Walaupun sebenarnya Mya dipaksa ikut tengok.*

Bermula dengan makhluk misteri yang membunuh Paul di permulaan cerita, filem ini berkembang terus dengan satu demi satu misteri mengenai makhluk misteri bernama Diana. Memang tak ada satu masa pun yang dibazirkan. Tak ada lewah. Tak ada bahagian yang dibuat semata untuk memanjangkan cerita. Jadi, tak hairanlah kalau filem semenarik ini hanya berdurasi satu jam dua puluh minit . 

Mya mengaku, banyak elemen saspens yang buatkan Mya tersentak berkali-kali. Putus nafas sesaat pun ada. Maklumlah, Mya menonton wayang ni pada tengah malam dan hanya ada lebih kurang 12 orang di dalam cinema hall yang besar tu. 

I will not suggest this film to someone with fear of dark. 
But, you should try to fight your fear or you'll have to live with it forever. 

1 comment:

  1. Okay. Tak nak tengok. Haha! Siqah tak boleh tengok cerita seram.. Terbayang nanti..

    ReplyDelete