Search This Blog


Kuiz/Trivia : Adakah anda seorang 'KEPOHCI' ?

Adakah anda seorang #kepohci atau jenis tidak ambil peduli?


1) Rakan kamu tertinggal telefon mereka sewaktu di perpustakaan, adakah kamu akan menggunakan peluang itu untuk melongkar telefon rakan kamu?
a) Ya. waktu beginilah saya boleh tahu siapa teman istimewanya
b) Tidak. saya tidak berminat
c) Mungkin. jika telefonnya asyik berbunyi

2) Pernahkah kamu mencuri dengar perbualan orang lain?
a) Ya. lebih-lebih jika orang itu menarik perhatian saya
b) Tidak. Buat apa mahu menyibuk?
c) Kadang-kadang. jika orang bercakap dengan kuat di tempat awam

3) Pernahkah kamu digelar #kepohci oleh kawan-kawan sebelum ini?
a) Ya. kerana saya mengetahui semua gosip terkini
b) Tidak. tidak berminat dengan gosip langsung
c) Kadang-kadang. Saya hanya mengambil tahu gosip mengenai perkara tertentu sahaja

4) Adakah ibu bapa kamu menasihati kamu supaya jangan mencampur urusan orang lain?
a) Banyak kali. Terutama di kenduri apabila ibu bapa sedang berbual dengan saudara.
b) Tidak. Saya lebih suka buat hal sendiri
c) Kadang-kadang. saya hanya turut serta jika ada kaitan dengan diri saya

5) Pernahkah kamu mencelah di dalam perbualan orang lain?
a) Banyak kali. saya suka berkongsi pendapat saya walaupun tidak ditanyakan kepada saya
b) Tidak. Saya tidak ambil peduli.
c) Kadang-kadang. Jika keadaan memerlukan sahaja.

6) Adakah kamu mengetahui kisah semua orang di sekeliling?
a) Ya. Malah kisah ahli keluarganya
b) Tidak. saya tidak ambil tahu mengenai mereka
c) Hanya mereka yang rapat sahaja

7) Pernahkah kamu mengintip seseorang?
a) Ya. terutama seseorang yang saya suka
b) Tidak. rasanya tidak perlu
c) Kadang-kadang. Jika keadaan memerlukan. Adakalanya saya masih ingin tahu

-
-
-

BANYAK A
Anda memang #kepohci tegar! Semua cerita sensasi kamu tahu. Jika ada gosip panas, anda pasti tidak mahu terlepas dari mengetahuinya. Mungkin ada baiknya jika dikurangkan sedikit sikap anda yang sebegini. Mungkin ada antara rakan anda yang tidak mnyenanginya. Jika kena kepada anda, anda juga sebegitu, bukan?

BANYAK B
Anda memang tidak ambil peduli mengenai apa yang berlaku di sekeliling anda. Anda lebih suka buat hal sendiri dan ini membuatkan anda menjadi 'loner'. Mungkin sesekali anda patut bergaul dengan orang lain juga supaya tidak digelar katak bawah tempurung.

BANYAK C
Sikap anda neutral. Ada masanya anda menjadi seorang #kepohci, ada masanya anda suka menghabiskan masa dengan perkara lain. Kamu hanya ambil tahu hal-hal mengenai orang yang rapat dengan kamu sahaja.

Sumber: Majalah Dara.com

3 comments:

Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates