Search This Blog

Sunday, July 10, 2016

Novel Drive - Thru Mr. Satay (Aii Fariza)

6:15 PM 2 Comments
Mya sangat tertarik dengan karakter watak-watak utama di dalam novel Drive-Thru Mr. Satay ini. Bagi kebanyakan gadis, semestinya watak Amirul yang budiman dan beriman sangat memikat hati. Watak Izz yang mudah menerima perubahan dan matang selepas perkahwinan mudah diterjemah dan difahami. Jalan cerita yang mudah dan penggunaan ayat yang tidak terlalu berat sangat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia novel. Penggunaan latar masa dan tempat juga sangat kondusif untuk difahami. Novel Drive-Thru Mr. Satay amat dicadangkan bagi mereka yang mencari novel yang ringan.

Novel Drive - Thru Mr. Satay

Watak Utama Novel Drive-Thru Mr. Satay:

Izz Maritza
Amirul Muiz

Sinopsis ringkas by Mya:
Tengku Izz Maritza telah ditangkap oleh orang-orang suruhan nendanya, Raja Safiah berdua bersama teman lelakinya di bilik hotel. Demi menjaga nama baik, Izz Maritza dipaksa untuk menikahi Amirul Muiz, lelaki pilihan Raja Safiah yang tidak pernah dikenalinya. Janji Amirul pada Izz, kebahagian bukan terletak pada kemewahan harta membawa dia tinggal di sebuah kampung atas syarat yang dipersetujui bersama Raja Safiah dalam diam.

Mengenali Amirul dan keperibadiannya sedikit sebanyak mengubah Izz yang liar kepada kehidupan 180 darjah berbeza dari asalnya. Cinta yang menyapa dalam diam menyatukan dua hati selepas kebenaran mengenai Amirul diperoleh Izz dari Raja Safiah.

Namun, bahagia yang tiba digugat rasa khianat yang memerangkap hati Amirul. Kebenaran mengenai perjanjian rahsia antara Raja Safiah dan Izz Maritza meragut rasa percaya terhadap isterinya. Bagaimana Izz mengatasi segalanya? Kena bacalah yeeee.....

P/S : Cukup kalau Allah jodohkan dengan lelaki biasa-biasa yang boleh bimbing Mya ke arah jalan yang diredhai-Nya.